Monday, November 1, 2010

TRIFLE PUDDING

Hahaha gatal nk buat lagi trifle ni..masa first time buat aritu tak baper nak menjadi sangat.. sebab gatal plak tangan dok tambah pudding coklat..sekali puding tu hangus..tah hape hal..padahal api perlahan je..then sentiasa dikacau..ermm oleh sebab penat tangan kacau puding tu, letak gak kt lapis trifle tu sebab sayang sgt nk buang. Tapi yg jadi masalahnya, apabila semua trifle tu jadi tk sedap hanya kerana puding coklat yg hangus..huhuhu..tapi abis gak dimakan..hehehe...

So, kali ni sangat berkobar2 utk buat trifle yg baru dan mengikut resipi yg betul. Tokleh menderhaka pada resipi ni (hahah ikut ayat MatGEbu).. So, hasilnya Alhamdulillah. Sangat sedap dan dalam masa 1hari je dah abis. Hahaha..well bukan laa kitorg 3org je makan sampai abis dalam masa 1hari..tuh pelahap namanya..Tapi dibawa ke rumah kak Ida di Armanee. Sebab Ende satu family ada kat sana. So ramai laa, dan mmg rezeki diorg nak rasa my Trifle. HEhehe.. And of course I've got the credit!!.. Habiss wehhh...! Satu kepuasan apabila memasak sesuatu dan semuanya habis dimakan tau!!

Next time boleh buat lagi ni. Diorang siap cakap, nih boleh buat jual ni...hahaha kembang semangkuk laa tuan tanah ni..hahahaha..!

Resipi:

1 buku swiss roll (I used strawberry flavor)

1 tin peaches in syrup/koktel buah

1 tin susu cair

1 tin air

4 sudu besar tepung kastad

1 paket jeli kristal (perisa apa2 but I used mango)

1 senduk rata gula (boleh kurangkan, ikut manis yg disukai)

Cara:

Mula2, masak kastad. Kacau tepung kastad bersama susu cair hingga semua tepung kastad larut. Masukkan ke dalam periuk dan campur 1tin air (guna tin susu cair tadi). Masuk juga gula dan masak adunan itu dengan api perlahan hingga pekat (bila dh ada buih2 letup, dh boleh padamkan api). Tuang separuh adunan ke dalam loyang/mangkuk kaca. Masukkan sekejap ke dalam tempat beku peti ais untuk keraskan kastad. (5min je). Potong beberapa keping swiss roll selebar 1cm (1jari). Kemudian, susun swiss roll itu ke dalam loyang berisi kastad tadi. Basahkan swiss roll dengan sedikit air sirap peaches. Kemudian susun peaches itu di atas swiss roll itu. Peaches itu boleh dihiris sama besar supaya tak terbonjol2. Tuang kastad yg separuh lagi ke atas buah peach itu. Dan seterusnya bancuh jeli mengikut arahan pada kotak (2cawan air dididihkan, dan masukkan 1paket jeli itu. Kacau hingga semua larut). Tuang jeli ke atas lapisan kastad tadi dan biarkan sejuk sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Sedap dimakan sejuk.

Nampak mcm leceh kan. Tapi tuh sebelum try. Bila dh buat, senang sangat. Pejam mata pon boleh buat..hahaha konon! Tapi serius mmg senang. Kalau ikut resipi sebenar ada 3lapis je (sebb tu panggil TRIfle). Tapi utk mudah dipotong, saje tambah kastad utk lapisan pertama. So dh byk lapis laa kiranya. Then, makan ni pon mengenyangkan jugak tau. Sebab ada kek, kastad, buah..ermm..

4 comments:

Dah baca..marilah komen plak..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...