Tuesday, December 30, 2008

TAG GAMBAR KAHWIN

Syarat2nya: - Pada yang telah berkahwin,anda dikehendaki postkan gambar perkahwinan anda dlm blog anda... - Pada yang belum berkahwin,postkan gambar perkahwinan yang paling bermakna buat anda yang pernah anda hadiri.. contohnyer perkahwinan X-kekasih ,kawan baik,artis populer..tak kiralah,asalkan ianya membawa seribu erti buat anda...



Ish tak pasal2 ibu kena tagged ngan auntie ain ni. Ermm takpelaa..leh gak ibu tayang gambo kawin. Hehehe..lama dah tak tgk gambar kawin ni..Ayah, jom amik gambar kawin lagi..tingin ar nk jadik artis lagi..hehehhe

Nak tag sape ek..haaaaa...auntie AnnFazar.. sila le ye mama..boh gambor kawin!!hehehe

Monday, December 29, 2008

RENDANG DAGING CILI API

Aritu tetiba tingin plak makan rendang daging. Daging korban masih ade lagi dalam fridge so apa lagi mulakan projek la. Hehehe..

Bahan-bahan:
300g daging (agak2 pon takpe)
35biji cili api kampung (campur merah n hijau)
1inci kunyit hidup
1inci halia
1/2inci lengkuas
2btg serai
5biji bawang merah
2biji bawang putih
1kotak kecil santan
1sudu besar kerisik
daun kunyit/daun limau purut
garam dan gula secukup rasa

Cara:
cili api,kunyit,halia,lengkuas,serai, bawang merah dan bawang putih dimesin halus. Masuk daging yang telah dipotong dan dibersihkan ke dalam kuali.Jangan buka api dapur dulu. Tuang semua bahan mesin ke dalam kuali, tambah sedikit air dan dikacau rata. Baru api dinyalakan.Guna api sederhana ketika mengacau rendang. Setelah air agak kering (jgn sampai kering terus) dan daging sudah empuk baru masukkan santan dan sedikit air lagi. Kacau sampai hampir kering dan masukkan kerisik. Kacau lagi dan masukkan daun kunyit atau daun limau purut. Masukkan juga gula dan garam mengikut citarasa. Sedia untuk dingap.




Wednesday, December 24, 2008

AUSSINO WAREHOUSE SALE

Last Saturday, ibu ajak ayah gi jualan gudang Aussino. Saje nk cari cadar dan towel baru. Barang-barang Aussino berkualiti pada pendapat ibu. Dan kalau nak beli kt butik dia, ermm memang mahal. So bila ade peluang jualan gudang cmni, mana ibu boleh lepaskan peluang. Ibu harap dapatlah cadar dalam 2-3set dan tuala mandi.

Tapi harapan ibu hanya tinggal harapan. Huwaaaaa. Hanya indah khabar dari rupa. Sampai kt sana (dah ler sesat2), tak banyak barang yg tinggal. Yg ade pon, quilt cover (sarung selimut tebal) set. Ibu cari queen fitted sheet. Yg tinggal untuk set queen fitted sheet cuma gambar anjing,burung hantu dan chinese coins. Lor pe hal lak ibu nk beli cadar gambo anjing. Puas ibu selongkar sampai hitam2 tangan dek habuk. Lastly jumpa laa satu, itupon gambar buah oren. Jadilaa ada gak satu so tkde laa rasa hampa datang dari jauh. Kemudian ibu jumpa king fitted sheet. Ibu rembat gak satu sebab dari alang2 sampai, amik jelaa. Towel?? Lagilaa hampeh, satu pon tarak. Bath mat banyak ler..huhu makan hati betul gi jualan gudang ni.

Sampai kt umah ibu buka laa set cadar sebab nak basuh. Cisss sakit hati tol bila ibu tgk, king fitted sheet tu cuma ade cadar dan bolster case. Pillow cases takde even sehelai pon. Hah! Dah le sakit hati sebb barang tak banyak, lepas tu kena tipu lak lagi. Aduyaiiiii..dugaan tol. Dan dan tu ibu rasa nk bakor jer gudang Aussino tu. Nasiblaa yg cadar buah oren tu cukup setnya. Kalau tidak, ade yg ibu gie serang gudang tu esoknya. Huh..serik dah nk pegi jualan gudang Aussino. Kalau nak pegi pon, ibu akan pegi at first week diorang wat sale. Kalau dah masuk 2nd week, mmg takde apa laa...huhuhu..

Tuesday, December 23, 2008

BELASUNGKAWA CIK MAH

Last Friday, my husband received a sad news. His auntie Cik Mah passed away at 2.05am at PPUM due to kidney failure. We've quite shock because she looks healthy at last time we met her.(raya time)

Knowing her is like having a new mother. She is nice,friendly,gentle and caring(maybe because she was English teacher at her time). Eventhough I am just a new comer in the family, but the feeling is just like we've been bond together all this time. She's the one who predicted I'm carrying a boy (at my pregnancy time) which turned out to be true as Muhammad Ammar was born in last April. I did remember her touch on my tummy.

The other things that I adore about her was her love stories. Eventhough Cik Sam (her husband) already passed away 4years ago,the memories never die. She did tell us that her love life began back at her uni time which Cik Sam was her senior and "till death do us part" promises, really works out for them.

Sayonara Cik Mah. Semoga Tuhan mencucuri rahmatNya ke atas rohmu.Amin. AlFatihah.

Wednesday, December 17, 2008

JALAN JALAN BUANG DUIT: BUKIT TINGGI

29hb NOVEMBER 2008

Nih entry yg amat lambat sebab ibu asik lupa je nak masukkan.
Lepas mama de + family, mama ngah + family dan maktok, balik dari Langkawi, diorang ajak kita sefamily pegi Bukit Tinggi. Kita bertolak dari rumah mama tam dalam pukul 12+. Dan sampai kt Bukit Tinggi pukul 2+. Biasala kalau dah pegi ramai-ramai, mesti banyak benda yang perlu diuruskan sebelum keluar.

Sampai je kt Bukit Tinggi, hujan turun selebat-lebatnya. Mm dah tentu skang ni musim hujan. So kita tunggu kejap kt parking bawah Japanese Tea Garden. Agak2 hujan dah reda, satu shuttle angkut orang sampai kt parking tu. Apa lagi kita semua pon naik shuttle tu dan terus dibawa ke Japanese Tea Garden. Huuuuuuuu dengan hawa sejuk ditambah dengan cuaca lepas hujan, mmg syok. Sejuk dan nyaman je..
Lepas tour Japanese Garden tu, kita turun semula ke tempat parking untuk bergerak ke Colmar Tropicale. Tak jauh pon. Sampai kt sana, ibu terpegun jap. Cantikkkk..Bangunan ala2 macam kt Perancis. Macam kingdom in fairy tale. Dah le sejuk. Haihhh..mcm kt obersea la plak. Tambah lak nak Krismas ni, decoration dia mmg marvelous. Sini banyak cafe dan kedai2 souvenir. Tapi harga mak aii...pengsan. Mahal2 belaka. Tapi sebab semua dah lapo, tutup mata je la makan kt cafe sini.

Tuesday, December 16, 2008

JALAN JALAN BUANG DUIT: TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR

Ari ahad lepas ayah tny ibu, nak gi mana2 tak. Boring ar dok umah. So ibu on je laa since ari sabtu kita dh penat kemas rumah. So ibu cadangkan kita gi bird park sebb dekat tapi tk penah pegi. Sampai sana kol 1+.Ayah la ni.Cakap nk kuar awal, tapi dia sebok main chess online. geram jer ibu.Sudahnya ptg br sampai. Masa sampai bird park, hari dah mendung.Tapi belum hujan lagi. So takpela. Mungkin tak hujan kot.Hehehe
Agak2 20min jalan dalam bird park, hari dh semakin gelap. Dah rupa senja. Tapi kita terus gak berjalan sambil tgk macam2 jenis burung.Burung merak,bangau,punai,burung hantu ish macam2 la.
Tup2 gedebushhhh hujan turun dengan lebatnya.Huwaaaa kilat sabung menyabung..petir berdentam dentum. Takutnyaaaaaa..Nasib ade pondok,kita dok bawah pondok sampai hujan reda skit. Lepas tu kita terus jalan lagi. Sampai kat hornbill cafe, ayah tanya nk gi lagi ke or dah nak balik. Memandangkan hujan masih turun dan kilat pon ade lagi, ibu ajak ayah balik jer. Takutlaa. Balik kt umah, dok tgk peta yg diorg bg masa beli tiket. Rupanya kita semua terlepas nk gi parrots world dan banyak lagi tempat yg menarik. Huwaaaaaaaaaaaaaaa melepas....!!Tak dapat tgk parrots. Takpelaa..ayah pon dh janji nk gi lagi lepas ni.Hehehhe..jom..sape nk ikut??

Monday, December 15, 2008

HAPPY BELATED BIRTHDAY MAMA ANN..

VANILLA CAKE

Hahaha...ibu tgh kemaruk mem'baking' skang ni. Aritu wat kuih, ari sabtu lepas sempena harijadi muhammar ammar yg ke 8bulan ibu watkan kek vanila. Even bukan muhammar ammar yg mkn, tapi sekurang2 ade gak laa tanda ibu sgt menghargai kehadiran muhammar ammar dlm hidup ibu dan ayah. Nanti untuk harijadi muhammad ammar yg ke 1thn, ibu buatkan yg lebih special lagi ek. Untuk auntie ain yg suka makan kek, meh laa dtg umah. Kek ni ade lagi..hikhikhik..


Kek panas baru kuar dari oven

Setelah disapu coklat topping

Kek yg fully siap

Tekstur dalam kek


Bahan-bahan:
250g mentega
3 sudu kecil vanilla
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/3 cawan tepung serbaguna (pakai tepung gandum je)
3/4 cawan susu pekat
kulit oren yg dicincang halus (optional)


Cara:
Mentega dan telur dipukul hingga gebu.Masuk telur sebiji demi sebiji sambil dikacau rata hingga sebati. Masuk susu berselang seli dengan tepung naik sendiri dan tepung serbaguna yg telah diayak bersama. Akhir sekali masuk esen vanila. Boleh tambah kulit oren yg dicincang halus. Lagik sedap ada rasa oren2 skit tapi tak rasa oren sepenuhnya (paham dak?? hehe). Bakar pada suhu 175darjah selama 1jam or sampai kek masak.Selamat untuk dingap.








credits: resipidiana

Saturday, December 13, 2008

MUHAMMAD AMMAR IN 8MONTHS



Sudah besar anak ibu ni. Hari ni dah masuk 8bulan. Rasa mcm semalam melahirkan Muhammad Ammar ni. Tup tup dah 8bulan.

Perkembangan Muhammad Ammar:
~Sudah merangkak. Laju jugak especially bila nk capai benda2 yg diminati.
~Sudah mula belajar untuk berdiri.
~Mulut dah mula bising. Ata ta ta ta..ada da da da..nanananen..hehehe nk nenen la tu.
~Gigi bawah dh tumbuh.Sudah keluar dari gusi.
~Dah makan macam-macam. Nasi, roti, buah, biskut dan macam2 lagi.
~Pakai pampers saiz L.
~Suka hentak2 kepala kat dada ayah or ibu.
~Suka minum air masak. Bagus anak ibu.
~Masih suka menggigit. Tak kira la apa pun.
~Rambut dah semakin banyak skang ni. Dah tokleh panggil baby botak lagi.Hehehe


Thursday, December 11, 2008

AIDILADHA DI PERANTAUAN

Ceh tajuk cam gempak je..seolah cm raya jauh sgt..padahal JB je pon. Mana lagi kt umah mak tok laa.Hehehhe.

Raya tahun ni ibu rasa mcm raya thn lepas jugak. Adik beradik ayah ade buat korban. Ibu pon ade join amik 1bahagian. Saham akhirat. Aminn..Semoga ibadah kali ni diterima Tuhan. Aminn.


Pagi raya Muhammad Ammar bangun awal. Tapi yg tak bestnya, time org nk amik gambo raya Muhammad ammar tido plak. So tkde laa gambar kita 1family. Bukan org tak nak tunggu Muhammad Ammar bangun. Tapi sume tgh kelam kabut nk cepat sebb nk tgk org sembelih lembu. Ayah pon pegi sekali. So tkde la gambar kita ngan ayah. Petang baru ayah balik sebb tempat sembelih tu jauh dan waktu sembelih pon lewat. Agak2 kol 4 baru lembu yg dah siap disembelih sampai kt umah maktok untuk dilapah.


Ramai gak tolong lapah daging lembu hari tu. Tok Daud ngan Tok Mail pon ade. Kata Tok Daud lembu tahun ni tak sebesar lembu tahun lepas. Takpela. Yg penting, lembu tu dh cukup umur/baligh. Bukan kanak-kanak lagi.hikhikhik..

Friday, December 5, 2008

DONUTS CRAVINGS

Hey I am making some donuts today. Well actually i'm cravings for Jco or Big Apple donuts. But couldnt get them, so i just make i own version.Heheh.. It is not as good as Jco or BA but jadi laa.




Can't believe that i made myself? I don't believe it either..hahaha..but that's real babe..


Bahan:
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar mauripan
2 sudu besar gula
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan air suam

Cara:
Gula dan garam dicampur dalam air suam dan dikacau rata.
Marjerin dicampur ke dalam tepung dan gaul sebati
Setelah sebati campur mauripan, dan kacau rata.
Tuang air suam yg dicampur gula dan garam ke dalam adunan tepung.
Uli sehingga menjadi doh yg lembut.
Tutup doh dengan kain basah selama 1jam.
Setelah 1jam, cubit doh sebesar bola pingpong dan bentuk menjadi donut.
Rehatkan selama 10min sebelum digoreng.
Setelah goreng, bolehlaa ditabur gula atau dicelup coklat mengikut kesukaan.
Sedia untuk dingap..hehe

p/s: saje testing tulih in english. hampon ek klu grammar tunggang langgang...

Thursday, December 4, 2008


I LOVE THIS PICS.....tima kasih ye auntie fizah...heheh

SUBHANNALLAH..



Ajaib kan kejadian Tuhan.. ;-)

Wednesday, December 3, 2008

KUIH KERIA

Semalam ibu buat kuih keria. Lama dah tingin makan. So kebetulan ade beli keledek 2buku. So ibu buat laa skit kuih keria ni. Tapi tak menjadi sangat. Tepung kurang kot sebb masa goreng ade yg pecah. Masa nk salut gula pon tak bape menjadi. Ibu tingin nk buat cam mak tok buat. Cantik je gula yg tersalut kat kuih keria mak tok. Macam salji. Ibu punya keria tak nampak pon gula tang mana..hehe..

Bahan-bahan
1 buku keledek (sederhana besar)
Tepung gandum - agak2 la
2 sudu gula
Minyak untuk menggoreng


Cara:
Keledek dikupas kulit dan direbus. Masukkan sedikit garam ketika merebus.
Setelah empuk, toskan keledek dan biarkan sejuk sebentar.(kalau uli masa keledek masih panas nanti kena guna byk tepung, tak best)
Lenyek atau tumbuk keledek dan campur tepung sehingga boleh membentuk doh.
Bentukkan seperti gelang.
Goreng sehingga kuning keemasan.
Gula dimasukkan ke dalam periuk bersama sedikit air.
Masak sehingga berbuih dan nampak bertali2 skit.
Padam api dan masukkan kuih yg telah digoreng.Dengan pantas balik2kan kuih supaya semua kuih bersalut gula.
Selamat untuk dingap..hehe


HUWAAAAAAAAAAAAA.....

Ermm susah nk cakap n tak reti nak cakap macam mana..Naper laa Muhammad Ammar ni asik jatuh je..macam2 dah ibu buat..segala safety ibu dah letak. Tapi jatuh gak..aduh aii tak reti ibu nak buat mcm mana lg. Ibu kesian sgt kt muhammad ammar. Ibu rasa jugak sakit yg muhammad ammar rasa. Hari ni muhammad ammar jatuh lg. Padahal ibu dah kepung bagai. Tapi jatuh jugak...Aduyaii sakit hati ibu ni..Nape laa ibu tk dengar bila muhammad ammar bangun dr tido. Kalau ibu dengar,mesti muhammad ammar tak jatuh. Kesian anak ibu.. :-(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...