Thursday, November 4, 2010

PAI PENGEMBALA=SHEPARD PIE




Hahaha..pai pengembala konon.
.saje tukar kepada bahasa melayu..
sangat tidak menarik tajuknya..heheh
Okeh this is our dinner last night..
Sedap tu..
Sangat mengenyangkan
Tapi taklaa sampai kembung perut...
Yang sedang sedang saja..
Sume khasiat ada..
Cukup karbohidrat,protein dan vitamin
Next time leh buat lg ni..hehe..
Resipi Inti:
1 bungkus daging kisar ramly
2 bj tomato---
2 bj carrot---
2 bj bawang besar---didadukan
1 btg celery---
garam+gula secukup rasa
2sudu makan cili kisar
2sudu sos tomato
2sudu kicap
2sudu tepung gandum (utk pekatkan)
Minyak utk menumis
Cara:
Tumis bawang besar hingga naik bau. Masuk cili kisar dan kacau rata. Masuk daging yg telah dibasuh. Kacau dan biar sekejap. Masuk sos tomato dan kicap. Kemudian masukkan sayuran yg telah didadu. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali masukkan tepung utk pekatkan inti. Padam api dan ketepikan.
Resipi mashed potato:
8-9bj kentang (kupas dan potong 4 kemudian rebus hingga empuk)
200 ml susu segar (sy guna 1cawan air+3sudu susu tepung)
3sudu butter
1 sudu teh lada hitam
1bj telur
Garam secukup rasa
Sedikit kiub ayam
Cara:
Tumbuk atau lenyek kentang yg telah direbus dalam sebuah mangkuk. Pecahkan telur kedalamnya. Sementara panaskan susu dan dan butter didalam periuk. Masukkan lada hitam, garam dan kiub ayam. Setelah butter larut, tuang ke dalam mangkuk berisi kentang tadi. Kacau rata.
Cara susun pie:
Masuk separuh kentang ke dalam loyang. ratakan. Masuk pula inti keseluruhannya. Dan akhir sekali tutup dengan separuh lagi kentang tadi. Ratakan. Boleh juga disapu kuning telur atau ditabur cheese. Hehehe saya tk buat pun. Bakar hingga kekuningan pada suhu 200 c selama 30-40 min.
Credit to Suzi and mamasuzi for the recipe!

10 comments:

  1. sedapnya pai nie...macam senang jer cara membuatnya...

    ReplyDelete
  2. aah lynn, senang je..try laa buat nnt

    ReplyDelete
  3. nampak sedap n menyelerakan.. nyum2

    ReplyDelete
  4. ziha..tenkiu2!percubaan pertama tu..

    ReplyDelete
  5. caliph shuriken..buleh2!amiklaa..

    ReplyDelete
  6. wah sedapnya..kita ambil resepi yer

    ReplyDelete
  7. datang tengok shepard pie jiha...hehehe.:)

    ReplyDelete

Dah baca..marilah komen plak..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...