Monday, May 27, 2013

LUAHAN HATI


kadang saya pun tak berapa nak faham dengan sesetengah org..


ermm..
niat sy hanya menegur kawan lama yg mmg dh lama tak jumpa..
takde niat lain..
lps jumpa..sy adalah bertny beberapa soalan..
dan sy sgt sgt terlupa ttg keadaan dia masa tu..
yelah kan..bukan sy yg hadap benda tu..
so mmg sy terlupa sgt yg dia sebenarnya baru je miscarriage utk kali ke-2
yelah..sy jumpa dia kt pusat membeli belah..
dalam keadaan dia segar..
happy dengan keluarga dia..
so dari segi luaran, sy nmpk dia ok..
tapi dalaman mmg sy taktau..
dan demi allah, sy mmg tkde niat nk kecikkan hati dia dgn soklan soklan sy..
tapi what do we expect kan..
ermm


agaknya dia merasakan sy sepatutnya merasakan juga kesedihan dia..
dan tak sepatutnya sy bertanya soalan2 sensitive yg mengguris hati..
sy juga sepatutnya hanyut dengan kesedihan dia..
dan berterusan simpati pada dia..


tapi dia lupa...
sy bukan dia..
sy taktau apa yg dia rasakan..
sy hnya melihat luaran dia..
sama seperti org lain..
sy hanya manusia biasa..


tapi apabila sampai poskan status dalam facebook..
mengatakan betapa terasanya hati dia..
dan berharap betapa perlunya org memahami keadaan yg sgt menyedihkan itu..
membuatkan sy terasa SANGAT menyesal menegur dia smlm..
sepatutnya sy hanya berlalu pergi tanpa perlu bersapa dgn dia..
niat hati yg gembira bertemu teman lama..
sudahnya berakhir dgn rasa bersalah
tapi bila baca plak status dia di fb...
terus plak rasa menyampah..
betul ni!


demi allah niat sy hanya utk menyapa..
tak berniat langsung nk mencerca atau buat dia terasa
tapi klu dia dh berkecil hati..
hanya maaf yg mampu sy minta..


cuma satu pesanan sy..
sampai bila bila pun org takkan faham apa yg kita rasa..
sebab yg faham hanya diri kita..
berharap tak semestinya mendapat..
kadangkala harapan hanya tinggal harapan..
kembali ke alam realiti..
hadapi kenyataan dan bukan lg bermimpi..


#hanyaluahanhati#







Sunday, May 26, 2013

PAMERAN TENTERA DI FESTIVAL HARI BELIA




dalam banyak2 aktiviti dan acara dlm festival ni..
ini laa yg ditunggu tunggu beno oleh encik suami sy ni..
adoii tak paham aku!


padahal sama je ngan tahun lepas..
tapi nk tgk gak..
takpelaa..
org dh minat pasal ketenteraan ngan asekor asekor gini..
layan kan je ler..
dulu takmo plak masuk tentera..
hihihi..


banyak peralatan2 dalam ketenteraan ada dalam pameran ni..
yg pasal OPS DAULAT kt sabah tu pun ado..
diiorg pamerkan barang2 yg dijumpai..
gambar2 pengganas..
haihh..semuo ado...
kira tak rugi laa pegi sini..
banyak gak ilmu baru yg boleh kita belajar..


apa pun gambar ngan 'abang rumput' mmg ammar takkan lupa laa..
hahahha..
dia takut ngan abg rumput tu..
kikikiki..
buat2 berani je tu..

Saturday, May 25, 2013

FESTIVAL HARI BELIA PUTRAJAYA 2013

Alhamdulillah..


ammar balik dgn selamatnya ari rabu aritu..
masa sy smpi kt sekolah dia dlm 615ptg..
rupanya dia pun br sampai..
legaa tgk dia balik dgn selamat..


muka ontok ontok je..
rupanya dia penat..
dia cakap dia tido dalam bas..
hahaha kesian ammar..


bila tanya dia, pengalaman sume..
dia tak cite banyak..
tak pandai kot nk cite..
cuma dia cakap..dia seronok masuk petrosains..
dok main lori tanah..
lori tanah??
rupanya ada mcm prototype lori ngan kren angkut tanah..
ms kitorg gi dulu, mmg dia suka betl main bendalah tu..
nih dia main lagi laa tu..
tak sempat tanya cikgu dia cmne dia aritu..
cikgu sebok uruskan budak lain..
takpelaa janji dah selamat..


then tny dia jumpa fish apa kt aquaria..?
dia ckp jumpa ikan jaws..jumpa ikan yu...
jaws?yu?
samolaa jang oiii..
dh tu sy tny, jaws tu besar ke kecik..?
dia jawab..KURANG BESAR..
mmg kurang hasamm betol jawapan dia..
adehhh..


ade lah dia bawak balik keychain aquaria..
alaaaa keychain je ke nak oii..
ikan siakap ke ikan jenahak tkdo ke..?
leh gak wat masak 3 rasa..
hahahah..


apapun this is new experience for him..
harapnya ada laa benda baru yg baik dia belajar..
sy pun dh yakin skit ngan dia..
boleh rupanya anak aku ni berdikari..
pandai je uruskan diri..bila ayah ngan ibu tkde..
Alhamdulillah..


esoknya ari kamis..
ada hari guru kt sekolah dia..
sekali ngan sambutan birthday dari bulan januari-mei..
so semua kena bawak potluck msing2..
malam hr rabu tu..sempat laa sy menggodek wat kek coklat utk ammar bawak..
kenmain dia excited sy buatkan kek coklat utk dia..
hihihi..
gambar ada..
tp dlm henpon lg..nnt sy transfer..
sy tayang..
hahaha...


oklaa..
kt putrajaya ni ada festival hari belia..
dari 23-26mei ni..
byk nau acaranya..JOM HEBOH pun ado..
tapi kot hari panas malas sy nk gi..
tadi hr mendung, tp malas lak nk kuar..
hihi


sy akan beriya iya nak pegi kalau ANUAR ZAIN wat show..
hahahha...







Friday, May 24, 2013

KISAH MUIN DAN PAK NGAH ADAN..

BUAT RENUNGAN BERSAMA..
 


 Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"
...

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Imgat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."
#PETIKAN DARI ARTIKEL DALAM FB

Thursday, May 23, 2013

WANITA CEPAT TUA?

Sebab Wanita Lebih Cepat Nampak Tua?


Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehinggabenar2 hancur, itu akan membantu proses
penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami..layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak.. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak dan TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia lakukan.



#petikan dari artikel di FB..

Wednesday, May 22, 2013

SEMOGA SELAMAT ANAKKU..

igt psl entry ammar sebok nk gi lawatan tu?
hari ni laa hari bersejarah tu...


hati sy tgh dup dap dup dap..
risau jer bila pikir apa laa yg dia tgh wat kt sana..
dh mkn ke?
dh gi toilet ke?
tercicir tak dia dari group..?
haihhh mcm mcmla..


ammar pegi aquaria n petrosains arini..
dia mmg suka gi petrosains..
sebb dlm tu kan bykkk je benda boleh dibuat main..
takut jer dia lekaa main sampai tertinggal..
harap tk mcm tu la..


trip ni lama gak la..
dr kol 8 pg tadi sampai kol 6ptg br smpi sekolah katanya..
tp hati sy ni mcm dh tk sabar je nk jemput dia balik..
adoiiii..
rasa semacam je bila dia tkde kt rumah..
adik pun mcm terpinga2..
takde kawan nk main..


sy ade ajak alan gi spy..
tp alan tkmo..
dia ckp biarlah ammar belajar berdikari..
adoii berdikari apa bang oii
dia br 5 thn laa..
huhuhu..
tp alan tetp ckp tkmo..sebb kna amik cuti bagai kan..
so end up, ammar je yg gi..
ibu tggu kt rumah je laa ye..


semoga elok elok jer ammar kt sana..
behave ye nak..
ibu doa yg terbaik je utk kamu..

KAMI vs KITA

sy bukan laa cikgu bahasa melayu..
tapi saya pencinta bahasa melayu..
sebab itu dulu, masa time sekolah..
subjek bahasa melayu sy mmg cemerlang..
bukan nk riak..
cuma nk bitau,sy mmg suka bahasa melayu..
bahasa bangsa saya..


skang ni mmg la tak dinafikan..
bahasa dh jadi macam rojak..
bercampur gaul..
ditambah plak dengan mcm mcm pelbagai perkataan baru yg dicipta..
haihh naik pening kepala ni haa..


well tang bahasa sms skang ni..sy taknak sentuh..
itu rasanya banyak dh blogger lain wat entry..
dan mmg sy geli geleman bila baca sms yg ada "eww"  kt belakang perkataan..
eg: ittew, lettew,kitew, etc etc
iskk takde kojer betul org yg rajin nau menulis gitu..


cuma sy cite pasal penggunaan KITA dan KAMI..
ramai sgt yg confuse especially retis kt tv tu haa..
bila wartawan interview, bagi jawapan guna KITA instead of KAMI..
padahal ngko bercerita pasal diri ngko..
ermm


KAMI = kata ganti diri yg digunakan bila menyebut perihal diri sendiri bersama org lain TETAPI TIDAK TERMASUK dengan orang yg bertanya.

KITA = kata ganti diri yg digunakan bila menyebut perihal diri sendiri bersama orang lain dan TERMASUK dengan orang yg bertanya.

ada paham???


tak paham gekkk?
oklaa meh sy bagi contoh meh..


situasi: abu, ben dan cumi nak pegi berkelah. 

Abu: sy rasa mcm nk pegi berkelah. awak semua nk ikut?

Ben: boleh juga, rasanya lama dah KITA (abu+ben+cumi) tak pergi berkelah bersama.

Cumi: ha ah. dulu pun saya pergi mandi laut dengan ben saja. KAMI (cumi+ben) pergi ke port dickson masa awak tgh bertugas. sekarang ni KITA (abu+ben+cumi) semua ada kelapangan, bolehlah pergi sekali.


nampak tak?
mcm mana penggunaan KAMI dan KITA di dalam ayat tu..
nih selalu sgt KITA dan KAMI tu ditunggang terbalikkan..
adehh....
belum tengok subtitle kt tv lagi..
lagi sakit hati..
ermm..


tapi ada jugak org yg bahasakan diri sendiri dgn panggilan KITA instead of saya,aku dan sebagainya.
itu cerita lain..
tapi bila penggunaan perkataan itu utk membahasakan kata ganti diri dengan beberapa lagi org lain..
tak sepatutnya kesalahan mcm ni berlaku..
bukan susah pun..
jgn kelirukan diri sendiri..


oklaa..
sy tkde niat nak jadi cikgu bahasa melayu..
cuma nk sharing knowledge yg saya ada..
klu tak banyak, sedikit pun jadi lah
paling paling sorg, yg dapat belajar ilmu ni..
kot taktahu laa..klu tahu takpe..
kongsi kongsi ilmu ..tak salah kan..


oklaa..
SHARING IS CARING..

Tuesday, May 21, 2013

RESEPI ASAM PEDAS MUDAH

perghh seminggu tak update..


bukan takmo update..
banyak je benda nk cite..
tapi kekangan masa laaa...
nak update sensiang banyak yo kojo eh..
gedebak gedebuk buat itu ini..dah petang..
lepas tu nk tgk GREY's ANATOMY..
huhu mana leh miss tgk cite tu..
then sambung adam dan hawa plak kul 6 ptg.
hahah berturut turut..
malam plak bila update..kena tggu semua tido dulu..
tapi sejak 2menjak ni mata ni cepat nau layu nya..
sebab dah banyak hari minggu minggu lepas kurang tido..
ni bila dapat tido,so cukup time jer mesti ngantuk..
bukan apa tokleh tido tu..aisy ni asik jaga malam..
dia tk selesa sebab tgh kena mild eczema ni..
asik terkeruk keruk gatal..nak plak skang ni cuaca panas melaha (kata org n9)..
so berpeluh lagi ler gatal..
sudahnya skang ni sy tido depan tv kt ruang tamu..
sejuk skit sini walau bukan ada ekon pun..
dalam bilik bahang sangat..


oklaa update express ttg cite minggu lepas ler tadi tu..
skang ni saje la plak nk share resepi sempoi ini..'
khusus utk ayahanda ku yg skang kena selalu masak...
ngeh ngeh ngeh..
asam pedas melaka mmg leceh skit..
sebab kena boh kerisik ngan jintan bagai..
so ini sonang punyo laa..


asam pedas sy suka guna ikan tenggiri,kerisi,kembung,merah,jenahak..
pari pun suka gak, tapi sy tk pandai beli ikan pari.
sebab selalu sy beli mesti ikan tu ada bau bacin..
takpun isi ikan pari rasa gas..
so jalan selamat, sy makan asam pedas pari di kedai sajorkkk..
utk masak sendiri, idak ler jawab nyer..
better gunakan ikan lain yg takde bau bacin..hihihi..


cite pepanjang mana resepinya cik kak oii..
ok ok meh share meh...


ikan kesukaan dalam 5-6 potong
bendi @ terung @ tomato
4ulas bawang merah
2ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
sedikit belacan (jika suka)
1 sudu kecil halba (jika suka)
4sudu makan cili kering kisar
1 cawan air asam jawa
garam gula secukup rasa
1 btg serai
segenggam daun kesum(optional)
1btg bunga kantan(optional)
minyak masak utk menumis

Cara:
tumbuk bawang merah+putih+halia+kunyit hidup+belacan sampai lumat.
masuk minyak dalam periuk dan setelah panas,tumis halba + bahan tumbuk.biar sampai naik bau..
then masukkan cili kering kisar. gaul sebati dan masak sampai garing (naik minyak)
lepas itu masukkan air asam jawa..sesuaikan ikut kepekatan kuah dan rasa masam yg diingini..
biar kuah mendidih. masukkan serai yg dititik..klu ada daun kesum dan bunga kantan,juga boleh dimasukkan. biar mendidih lagi.
masukkan ikan dan bendi. biar kuah mendidih lagi sehingga ikan masak
tambah gula dn garam. sesuaikan rasa..
settle..


kan senang kan..
bukan susah pun masak asam pedas..
janji nak masak..confirm boleh punya..
klu tak bleh..kena usaha lagi sampai laa reti masak..
heheh..


oklaa itu saje sharing utk arini..
papai..












Tuesday, May 14, 2013

DUMEX DUGRO RM 19.90 900G

Hehehe..
hebahan free dari sy..


pada ibu bapa yg anak anak nya minum susu dugro..
boleh cepat gi terjah Tesco skang...
sebabnya susu dugro tgh offer ye..


biasa harga susu ni sy taktau..
hahaha..
baru first time ni beli..
tukar susu ammar..
dulu minum dutch lady..
sajer tukar dugro plak..
banyak perisa rupanya..
ada strawberi coklat, kurma madu dan yg asli..
kitorg belikan yg asli je utk ammar..


kt Tesco skang ni offer susu dugro ni rm 19.90 utk paket 900g..
murah kot pada sy..
sampai bila, taktau ler plak..lupa nk tgk td..
kot ada tempat lg murah, sila roger okeh!
ngeh ngeh ngeh..


PERBANDINGAN CATALYST vs HALAGEL VIRGIN COCONUT OIL

minyak kelapa dara ni mmg bagus..
banyak kebaikannya..
especially tang melembapkan kulit..
superb..


sy kenal catalyst vco bermula dari aisy yg kena mild eczema..
kesian tgk dia asik tergaru garu..
lepas tu kulit jadi kering..
bila garu, adakala sampai berdarah..
lepas tu, rimas all the time..
mana laa sy tahan tgk gitu..


so sy search dalam google..
ada terbaca artikel ttg sorang ibu ni yg apply kan catalyst vco kt anak dia..
anak dia kena eczema juga..
mild mcm aisy juga..
Alhamdulillah terus berkesan..
kulit anak jadi licin balik..
sy pun takde lengah2..
cari ejen jual catalyst..
dh jumpa,terus beli dan terus apply kt aisy..


dalam masa seminggu..
Alhamdulillah mmg ada perubahan..
kulit aisy yg kering dan menggelupas sebelum tu..
jadi licin balik..
dia pun dh tak menggaru lagi..
ceria skit muka dia..
kalau tak tu..keje menggaru jer then nangis..
mau tak, pedih kan bila garu tempat yg luka..


skang ni aisy kena lagi...
kali ni kt bahagian leher, tengkuk, bahu ngan siku..
tapi stok catalyst sy tkde..
sebab sy tukar jenama vco halagel..
murah skit berbanding catalyst..
ngeh ngeh ngeh..
sy sapu jugak halagel vco kt aisy..
tapi nampaknya tak berkesan laa..
masih lagi ada rashes dan kemerahan kt keliling leher dia..
dan dia pun kerap tergaru garu...
cuma belum tahap sampai berdarah cm dulu..
sy suspek aisy ni ada allergic apa apa kot..
sebab tu once in a while dia akan kena mcm ni..
tapi taktau allergic apa..
kena check doctor gayanya..


and selain dari tu..
bila sy mkn catalyst, masalah sembelit sy juga berkurangan..
sy klu nk diikutkan mmg penghidap sembelit..
dh jumpa doc pun masih cm gitu gak..
kata doc, I have slow movement bowels..
pergerakan usus sy sgt perlahan..
jadi sy buang air besar dlm 2-3 hari sekali..
kesian kan..
adakala nangis2 dlm toilet..
huhuhu..
but since sy mkn catalyst, Alhamdulillah kurang skit masalah tu..
dh ler sy ni breastfeed aisy..
kebanyakan cecair dlm bdn mmg pegi ke dia..
so makin teruk laa masalah sy..
tp sejak mkn catalyst, tak laa menangis dalm toilet..
mmg banyak membantu laa


tapi halagel vco plak lain cerita skit..
agaknya perut sy dh biasa ngan catalyst..
so bila makan halagel, mcm tak baper ngam..
sembelit menyerang lg..
walau tk seteruk dolu dolu..
tapi lama gak dalm toilet time membuang..
ermm..
gayanya kena tukar catalyst balik la ni..
mahal pun tk pela ..
janji berkesan utk sy..


itu cerita sy ttg dua produk vco yg sy consume..
nih bukan sponsored post ye..
cerita sy berdasarkan pengalaman sendiri..
sy dh tau mana satu yg berkesan utk sy..
maybe ada org lebih serasi dgn halagel vco..
takpe leh teruskan..
mcm sy, mmg kena tukar jenama balik..
biar laa alah membeli tapi menang memakai..


oklaa..
jumpa lagi..
au revoir!



Monday, May 13, 2013

HEAVEN PREMIUM ICE CREAM CAKE!



Sodap kek ni..
yeler..kek ice cream kannnn..
mmg sedap...


kitorg beli kek ni through livingsocial.com
ada promo price aritu..
mmg berbaloi..


kek nyer mmg 80% ice cream..
cuma based kek jer yg guna kek tepung..
so ibarat macam makan ice cream laaa...
dan ice cream plak mmg jenis premium punya..
tak dapat kt kedai..
sgt creamy dan tak berapa manis..
sedang elok jer..


don't worry sebab heaven premium ni ada sijil halal..
so tk yah bimbang makan kek diorg ni..in shaa Allah..


sedap?
nak beli?'
search je web diorg dalam google..
or tunggu hingga diorg wat promo dalam internet..
mcm groupon ke,livingsocial ke, milkadeal ke..
sure tak rugi beli..


makan pepanas ni dappppp nyaaaa...

Saturday, May 11, 2013

TUTTI FRUTTI DISCOUNTS!

beberapa hari ni hari panas balik..
dah banyak minggu hujan jer bila petang..
skang dh mula balik cuaca panas..
mak oii panasnya membahang sampai malam tu...


rumah saya tkde ekon bagai..
so kipas mmg on doplohpat jam..
klu ada ekon tah baper plak duit letrik setiap bulan..
perghh..


time panas gini sgt best klu gi tempat yg sejuk..
mcm genting ke fraser ke Cameron ke..
perghhh syahdu nya dapat rasa sejuknya angin yg menerpa diri..
adehhhh..
waaaaa abggggg jom gi Cameron..


oleh sebb arini kepanasan yg teramat..
so tadi kitorg pergi ler membasahi tekak di tutti frutti..
lama dah tak gi sana..
sekali tadi gi, rupanya sekarang ni ada discount sempena anniversary NAZA..
biasa 100g, rm 5.30..
skang ni ade disc 10% katanya..
so utk 100g harganya adalah rm4.77
boleh laa jimat skit..
flavors of the month utk froyo adalah Horlicks ngan durian..
sedapppp..durian laa tapi..
Horlicks rasanya mcm vanilla gak..
takde beza sgt..


sy klu gi tf, nk amik tu sgt ler berhati hati..
takut nk amik byk byk..
yeler bila main sedap jer tarik, sekali kena bayo rm30..hamikkk!
pengsan alan nk membayo..
hahaha..
tapi ada sorg minah ni, agaknya peminat tegar froyo kot..
amik bekas paling besar..
lepas tu isi penuh penuh, tambah plak segala mcm toppings..
tup tup timbang..rm28++
perghhhhh..tu dh discount tu..
klu blom disc, mau 30+
adehh makan froyo jer dh 30hengget..
kalah makan steak kt restoran..
iskk jeles aii..
heaven tgk bleh makan froyo byk cm gitu..
kot sy, mau dh mengah dah...


adehh amenda cite pasal tf plak ni..
hahaha
sajer membebel bebel..
so pada yg suka makan froyo tu..
leh laa gi tf ye..
tgh disc lagi ni..
sampai bila wa taktau..
hihihi..


oklaaa..
au revoir!


HARGA BARANG NAIK?

Masih cerita pasal politik..


Dengarnya...
Belum seminggu diberi mandat oleh rakyat..
Banyak dah soksek soksek tentang ketelusan janji yg dibuat..
Saya bukan pro pembangkang..
Juga bukan penyokong tegar kerajaan sekarang..


Cuma tak sedap sangat..
Tak patut sangat rasanya..
Bila dh diberi mandat utk ke sekian kalinya..
Tup tup..
BAnyak benda yg rakyat takmau, nak diguna pakai..
Hanya selepas beberapa hari jadi kerajaan balik..
Aiyaaaaa...apa kes ni..?


Apaa laaa yg makcik ni meroyan ye...?


Takdelaaa..
Dengarnya ada harga barang yg naik dah skang ni..
Kabornya harga roti dah naik 40 sen..
Harga setong gas masak dh cecah 30hengget..
Erkkk...
Esok lusa plak katanya GST dah nk digunapakai kt semua restoran..
Lopeh tu..
Confirm ler rege minyak pun naik..
Belum lagi sebut rege tol..
Rege rumah dan yg sewaktu dengannya..


Tapi..
Saya dh gi kedai runcit tadi..
Hrga roti gardenia tu masih hrga lama..
Tah ler mana cerita harga roti naik tah..
Taktau ler plak roti apa yg naik..
So kesahihan nyer boleh dipertikaikan..


Pasal harga setong gas masak plak..
Sebelum pilihanraya aritu, kebetulan gas rumah sy pun dh habis..
So masa beli gas baru..
Harga yg saya bayar dh 29hengget setong 14kg (besar)
Ermm..
Bila sy check dlm web kpdnkk..
Katanya harga gas memasak ni(LPG) sekilo rm1.90
So klu 14kg, lebih kurg 27hengget jer..
So sy andaikan diorg cas sy kos penghantaran rm2..
Sebab sy mintak diorg anta ke rumah..
Erkkk..maheinya kos hantar ye..
Tapi serius sy rasa mcm dh naik harga..
Sebab selama ni sy beli gas..
Tak penah plak rasa gas mahal cm gitu..
Ermmm...ermmm...ermmm..


Oh ada info yg sy nak share..
Tong gas petronas ni adA 2saiz jer ye..klu tk silap laa..
Klu seluruh tong gas warna hijau, itu adalah tong kecik bersaiz 12kg..
And klu kt kepala tong adalah berwarna merah, itu adalah tong besar bersaiz 14kg..
Ini utk penggunaan domestik laa..
Klu utk industri ada saiz yg lg besar..
Hehehe..
Saja share benda yg sy baru tau..


So apa cerita ye..
Klu betul barang naik harga..
Jangan salahkan rakyat yg 'naik minyak'
Yeler..tak semua org kaya raya..
Boleh petik jari dapat semua.,..
Mcm mana laa takde 'tsunami undi' klu belum apa apa lagi..
Semua benda nak dinaikkan..
Semuanya tunggu selepas pilihanraya..
Klu buat sebelun pru, confirm kalah tergolek golek agaknya..
Belum buat pun, dh sipi sipi nk kalah..
Haihhh..
Yg jadi mangsa rakyat cm kita ni laa..
Gaji takuk tu gak..
Naik pun 2-3 hengget..
Barang naik 5-6hengget..
Apa yg tinggal?
Makan loti lorrrr..
Aiyaaa loti pun sulah mahal..
Makan angin saja laaaa...
Hewhewhew..


Ermmm..
Mana janji rakyat didahulukan..?
Waaaaaa...waaaa...waaaa...


Jangan ler gini..
Saya masih sygkan kerajaan..
Masih percayakan kerajaan (walau tk gi ngundi hewhewhew)
Saya juga tak sanggup, diketuai oleh org kafir
Tapi tak usahlah kami diperkotak katikkan begini..
Cuma nk bagi ingatan..
Kuasa di tangan kami..
Jangan esok kami disalahkan andainya berlaku peralihan kuasa..
Eh eh pandai plaj cik kak ni nk ugut ugut..
Bukan ugut..bagi ingatan jer..
Kan kan kan kan...


Oklaaa..
Cerita kecik sy..
Itu saja..

Thursday, May 9, 2013

POLITIK OOO POLITIK

lamaaa menyepi haa..
tepu paler otak..
dok diam diam kejap..


gi ngundi tak?
alan balik ngundi kt jb..
semangat dia sebab baru ngundi first time..
padahal klu ikut umur..
dah banyak kali patut ngundi..
kikikiki..


saya?
ooo sy isteri meetalii..
hahahaha..
sebab sy ikut alan balik jb sekali..
so tak dapek nk ngundi..
sebb sy ngundi kt PD..
hahaha..alasan!
satu lg alasan..
calon calon kt tempat sy ngundi..
adehh sumenya tak menepati citarasa..
so dari sy buat undi rosak..
baik takyah ngundi..
baikkkkk punya alasan..
hahaha


tapi seronok tgk semangat mengundi kt jb..
mcm balik raya..
sebab sibuk jalan raya sana sini..
meriah..
penuh berderet kete di perkarangan rumah..
serius mcm hari raya..


apa pun dh selamat dh pilih kerajaan baru..
walau mcm mcm cerita lepas pilihan raya..
harapnya kerajaan yg ada skang akan dapat menjadikan malaysia lebih harmoni..
lebih aman, lebih kaya..
itu jer..
tapi jangan sebab dh menang, terus nk naikkan harga barang...
naikkan harga minyak, harga tol..harga rumah, hrga kete etc etc ..
sebab rakyat dh bagi mandat..
pandai pandailaa mentadbir dengan telus..
jgn perabihkan harta rakyat kt barang kemas bini sudahhh..
atau wat majlis tunang anak guna duit rakyat..
alkisah gitu ler kata mereka..
takut klu gitu, ramai lagi yg buat demo jalanan..
tah berapa banyak laa versi BERSIH lepas ni..
huhuhu..
saya sayang malaysia..
saya taknak duduk dalam ketakutakan..
mana nk pegi pun tak boleh..
so biarlah malaysia kekal aman dan damai..
aaamin...


hahaha..
apa kena tah..
cite pasal politik plak arini..
hahahaa...



Saturday, May 4, 2013

CUPCAKES KU PUNAH..



Cerita basi ni..


Ini adalah cupcake yg sy buat utk diisi dlm goodie bag birthday ammar aritu..
Takde wat majls apa2 pun..
Cuma bg goodie bag utk kwn2 tadika dia je..


Sy ikut exactly dlm resepi..
Taktau nape tak jadi..
Biasa klu ikut resepi, jadi jer..
Kali cupcake sy batat..
Dh lak tu..
Berlobang lobang..
Macam permukaan bulan daaa..
Huhuhuhu..


Rasa ok..
Cuma tekstur kek agak padat..
Yelahkan..tak naik betul..
Geram rasanya..
Nk jerku humban..
Tapi kenangkan dh janji ngan ammar..
Sy terpaksa gak masukkan dalm goodie bag dia..
Kesian kawan kawan ammar makan cupcakes batat sy..
Huhuhu..


Anyway..
Itu tandanya kena cuba lagi..
Hahaha..
Ermm selagi belum jadi..
Sy akan bagi dia jadi gak..
Hahahaa..
Semangat ni!
Jangan semangat air oren sudehhhhh...!

Friday, May 3, 2013

SAMA TAK??



Sama tak mata kitorang?
Dua dua besar dan layu..
Mcm org nk tido..
Hikhikhik....



P/s: sila tgk mata di atas kepala aisy ye....

Thursday, May 2, 2013

BELASUNGKAWA ACIK ALONG..,

Semalam dia pergi meninggalkan kami semua..
Jam 3pagi..
Tanpa ada seorang pun di sisi..
Hanya jururawat dan doktor yg menemani..


Pemergiannya seakan ditangisi cuaca..
Hujan turun selebatnya ketika jenazah tiba..
Namun ketika majlis pengebumiannya tiba..
Di tanah perkuburan, hari panas..anehnya..
Allahuakbar..


Acik along adalah suami kepada adik ayah saya..
Mengingati dia membuatkan sy ketawa..
Sebab pada waktu zaman kecil saya..
Saya amat takut padanya..
Sebab dia garang dan tegas orangnya..


Pernah sekali kami sepupu sepapat diberi suara halilintar..
Gara gara membuat onar..
Ketika datuk kami sakit terlantar..
Langsung kami kecut perut..
Diam tak bergetar..
Hahahaha..
Semakin dewasa barulah kami sedar..
Bukan lah niatnya utk saja saja marah..
Cuma sekadar ingin mengajar..


Arwah dan acik ani tiada zuriat..
Kini tinggal acik ani seorang..
Bila hilangnya teman dan juga sahabat..


Belasungkawa acik along..
Semoga damai dikau di sana..
Di sisi Pencipta mu..
Ku doakan agar dirimu ditempatkan bersama org org yg soleh..
Amin..
Al fatihah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...