Thursday, April 29, 2010

OUTSTATION

Adehhh hubby outstation arini..gi Kuantan. Planning nyer pegi pagi balik malam kang. Harap2 berjalan seperti yg dirancangkan. Jangan ler jadi apa2 smpi tak balik malam ni. Uikkk bukan mksd yg bukan2 (nauzubillah)..cuma takut anything will delay him there.

Then next week, hubby kena gi Penang lak. Ade kursus kt sana. Alahaiii asik kena tinggal je. Kali ni pegi 3hari 2mlm. So, I kena laa balik PD. Tak sanggup ar tinggal sorang2 ngan anak kt sini. Dah ler den ni penakut. Huhuhu..klu tinggal sorang tu ade je benda nk pikir. Ade je benda buat tk senang duduk. Bunyi cm mengada2 kan..but seriously tak boleh. Arghh lantak ler org nk ckp per..

After that, next next week lak hubby kena outstation again. Destinasi Pantai Timur. Dia tgh sebok ngan oditmengodit skang ni. Tuh yg asik outstation je..Nampaknya kita dok 2minggu laa kt umah wan, Ammar oii..adehhhh...

Tuesday, April 27, 2010

EPALBESAR

Lama tk makan epalbesar ni.. hikss.. bila soh ayah beli mesti dia takmau..manis sgtlaa..org ramai laa..tak sihat laa..malas laa..byk je alasan dia..huhuhu

Tah nape aritu, tiba2 dtg angin nak beli. Ibu tk pesan pon. Agaknya ayah rasa bersalah tinggalkan kita duaorang kt umah on weekends kot. Yelah ayah best je gi jumpa kawan2 lama. Kita lak terperuk je kt umah. Sebab tu dia belikan ni, so konon2 nk pujuk ibu ler tu..hikss..

Ok ok laa..ibu admit. Mmg terpujuk laa ngan umpan ni. Even masa mula2 ayah bawak balik tu, ibu jual mahal skit. Konon2 majuk ler..ahaks! But anyway , dh selamat pon dalam perut. Tapi tokleh makan selalu2 sebab mmg manis..adoii leh kencing manis klu makan banyak2..

Saturday, April 24, 2010

PUREEN SALE

SESAAKK!! itu laa yg dapat i huraikan for the sale today. Serius tk penah laa rasa sesesak itu. Sampai rasa nk muntah. Nak jalan payah, nak amik barang payah, nak pilih lagi laa jgn harap..huhu..

Bukan i tk pernah pegi seblum ni. But this is the 1st time pegi pada hari pertama sale waktu pintu baru je buka. Masya Allah igtkan pepagi takde laa ramai umat mcm gitu. Rupanya time pagi tu laa, sekalian manusia dari segala ceruk semua datang. Adoii tak sanggup nk harung kesesakan manusia mcm tu lagi. Yg sgt kesian lagi tu, ade parents yg bawak baby and budak2 kecik masuk kt tempat sale tu. Kesian sgt especially baby la. Yeler dah ler tempat panas then sesak lak tu..isk isk..

Before this pegi waktu petang. Senang je nak cari barang. Pilih pon senang. Boleh laa bersantai2 sambil soping2. Barang pon mmg ade jer stok kecuali utk pakaian la. Biasa pakaian budak2 ni mmg focus utama org pegi sale ni selain dari barang2 lain. kalau pegi petang, confirm nampak tray je laa..takde dah stok. And tadi, byk barang yg i nak beli tkde. Bukan tkde stok, tapi asal bukak je kotak..abis. Belum sempat grab, org dh grab dulu. Nak tunggu bukak kotak baru, mmg malas dan tak tahan. Belum cite lagi time nak bayar. Huhuhu nak bayar pon amik masa 1jam lebih. Adoiii masak tol..i start beratur kol 10.55..kol 12 baru sampai kaunter. Terhuyung hayang bawk barang. Nasib baik ler skit. Kalau byk cm org lain..tak tau laa..pengsan kot bila sampai kt kaunter. Agak musykil gak diorg ni beli banyak2. Rasanya diorg ni beli banyak2 lepas tu jual balik kot. Tuh yg berkotak2 dan berbakul2 barang dibeli.Well nama pun warehouse sale. Kalau tak nak sesak, baik soping kt soping mall kan..ahaks!

But after all, pueh ati gak laa. Dapat juga 2pasang baju utk Ammar. Jadiler dari tkde langsung. Barang2 lain yg i aim pon dapat gak kecuali 2-3 barang laa tak dapat. Anyway, lepas ni kalau nak pegi sale ni lagi, i akan pegi waktu petang. Nak beli vitagen ngan Peelfresh (harga best tau!sebab kilang depan tempat sale tu je) pon senang. Nih tadi lori tu parking jauh n org plak beratur nk beli. Tak larat dah nk beratur, i terus balik je. Anak pon dah mengamuk2 tunggu lama dalam kete.


p/s: Sempat gak jumpa kawan i kt sana. Amacam mkcik fiza, kol bape abis soping?hehe



Nih je laa yg sempat i beli tadi.

Friday, April 23, 2010

OMEL

Ermm arini nak omel mengomel jer..tkde gambo sebab malas nk upload..

Today's menu ialah udang masak kunyit, bayam rebus ngan ikan goreng. Alhamdulillah, even Ammar baru baik demam, sempat gak masak skit2..Jadiler dari tkde lauk langsung..

Esok plak plan nk gie Pureen warehouse sale. Banyak benda nk kena topup. Syampu ngan shower foam Ammar dah nak abis. Sabun basuh baju Ammar pon tinggal sebotol jer. Dan yg paling penting, nk beli Dr Mist. Tinggal sebotol je lagi kt umah. Penting woo benda ni..bagi yg taktau Dr mist tu apa..heheh nih multipurpose spray. Leh spray kt ketiak, kaki busuk or gatal dan bermacam2 lagi..Yg penting Dr mist ni tkde bau. Kalau pakai kt ketiak, confirm ketiak korang takde bau gak...hehe..ceh promote iya2..kalau dapat free bagus gak..tkde maknanya!

Planning nak balik PD minggu depan tak jadi pulak. Sebabnya hubby kena gi outstation sehari jer next week. Awal mei baru laa balik PD sebab hubby kena gie Penang ade kursus. huhuhu asik kena tinggal je...tak kira balik mesti kna ade buah tangan utk I..huhuhu

Thursday, April 22, 2010

CUBA TRY TEST

Tangan gatal nk buat editing gambo..cikgu ain..sila bagi markah..!





Wednesday, April 21, 2010

IDEA OH IDEA

Sangap 2-3 hari ni..takde idea langsung nk update blog...huhuhu...


IDEA OIII BILA NAK BALIK NI...BALIK LER CEPAT..
BLOG LAMA TAK UPDATE NIHHH!

Friday, April 16, 2010

MELUKIS

Ayah ngan ibu tkmo beli kan saya drawing block ngan krayon. So, sy terpaksa melukis di atas tanah je..pen yg sy pakai adalah ranting kayu patah. Ermm sy suka melukis..banyak dh hasil lukisan sy dalam buku resipi ibu saya. Yeler, sy tkde drawing block sebb tu sy buat hasil kerja dalam buku resipi tu..

Macam dah saya lukis..ade gambar gajah, ghimau, kucing..tapi yg paling banyak adalah gambar jalan raya yg lurus tp kdg2 bengkok..

So ayah lepas ni tolong belikan sy drawing block. Kalau tak, nnt sy lukis kt dinding guna lipstik ibu..sekian!

(ibu: arrggghhh tidakkkkkk!!!)

NASI TOMATO

First time buat, ms bulan puasa tahun lepas. Tapi tk bape nk jadi sebab guna beras biasa dan maybe sukatan bahan pon tk bape betul. Nasi jadi mcm bubble gum kata hubby i. Mcm melekit2 dan beras pon pecah. Never mind. Percubaan pertama kan..

This time i guna beras basmathi. So, menjadi la gak. Beras pon tk pecah. Maybe sukatan pon dah pandai agak2. So tkdelaa melekit cm memula dulu. Hubby pon komen sedap..hehehe kembang kuncup gak sekejap..

Lauk lawan nasi tomato ni, i buat kari sayur ngan daging masak hitam...saje bagi kelainan. (sebenonya ayam tkde tuh ganti ngan daging..hantam je la labu)

Thursday, April 15, 2010

JAMUAN KECIL KECILAN

Tajuk: Sambutan anak beranak sempena besday Ammar yg ke-2.
Lokasi: kt rumah je
Time: malam lepas ayah balik keje
Tarikh: 13april 2010
Tetamu: Ayah, ibu dan besday boy Ammar

tengok gambar jer laa..lepas tu interprete sendiri..wehehehhe.


Besday boy..yg dah 2tahun..dah nmpk besar dah..


Gambar kek besday boy..yg ibu buat sendiri..dan yg tak bape cantik tu..huhu


Makanan2 sekitar jamuan..yg ibu masak sendiri..dan dimakan oleh tetamu..wakakakka


Besday boy bersama keknya..

Besday boy diberikan kiss oleh ibunya..sgt serong mulut ibunya itu..adoiii aii


Family photo..bersama peace2..wahahhahaah..


Wednesday, April 14, 2010

PUNAH KEBABOWWWW

Nih adalah sebelum....
Selepasssss...huwaaa punah!abis jahanam kek aku!!kembang segalanya...hancus!menciiiii

Tuesday, April 13, 2010

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR SON!


Ibu sentiasa mendoakan yg terbaik untuk muhammad Ammar.
Harini genap Ammar 2tahun. Masih teringat lagi saat2 ibu mengandungkan dan melahirkan Ammar dulu. Awal2 trimester ibu alami alahan yg teruk sampai kena bermalam di hospital selama 2mlm dan masuk berbotol2 air. Lepas tu ibu alami pulak heartburn sehingga ibu tokleh makan makanan pedas dan berangin. Setiap kali lepas makan ibu terpaksa makan buah untuk melegakan heartburn ibu. Kelakar bila kenang balik, masa ibu tinggal ngan wan..abis buah jambu umah wan ibu makan even buah tu still muda. Janji makan buah sebab nak ilangkan rs pedih dan sakit pada uluhati ibu ni. Hahaha tuh sume kenangan. Memang takkan boleh dilupakan.
Sewaktu tarikh jangkaan ibu melahirkan Ammar sudah seminggu berlalu, ibu masih belum rasa sakit untuk melahirkan. So, ibu terpaksa ke hospital kerana takut apa2 terjadi kepada Ammar yg masih dalam kandungan ibu. Keesokan harinya, doc mencadangkan kepada ibu supaya dimasukkan ubat mempercepatkan kelahiran kerana bimbang baby iaitu Muhammad ammar akan lemas sekiranya tidak dilahirkan pada waktu terdekat. Ibu redha dalam terpaksa dengan cadangan doc itu. Takutnya ibu pada waktu itu hanya Tuhan yg tahu.
Pada jam 2ptg, ibu mula merasakan kesan ubat yg dimasukkan. Sakit di pinggang mula terasa tapi masih boleh ditahan. Tapi lama kelamaan sakitnya makin kuat hinggakan ibu rasa tak mampu ditanggung lg. Ibu kemudiannya ditolak ke bilik bersalin pada jam 5.30ptg. Dalam bilik itu, ibu menahan kesakitan yg teramat tapi masih belum boleh melahirkan kerana menurut jururawat bukaan rahim ibu masih kecil. Masa tu, takde apa yg boleh ibu harapkan hanya berdoa banyak2 supaya Ammar dapat lahir dengan selamat. Setelah bertarung hampir 4jam dengan kesakitan, akhirnya Ammar selamat ibu lahirkan pada jam 9.33mlm setelah 4kali cubaan meneran sebelum ini tidak berjaya. Alhamdulillah! Bila terdengar je tangisan pertama Ammar, ibu terus bersyukur dan secara tiba2 hilang segala kesakitan yg ibu alami sebelum itu. Nurse terus tunjukkan Ammar pada ibu sebelum dibersihkan. Selepas itu, ibu ditolak keluar dr bilik bersalin itu pd jam 11.30mlm. Ayah pon ambil muhammad ammar lalu diazan dan diiqamatkan pada waktu malam yg hening itu. Ibu masa tu dh sangat longlai kerana banyak tenaga ibu telah hilang ketika proses melahirkan. Setelah ibu tidur, ayah dan wan pulang ke rumah meninggalkan ibu dan Ammar di hospital.
Pada fikiran ibu, esoknya ibu dah boleh balik untuk berpantang pula di rumah. tiba2 doc dtg pagi tu memberitahu ibu yg Ammar terpaksa ditahan selama seminggu di hospital untuk memantau tahap jaundis Ammar. Huwaaa sedihnya. Terpaksa laa kita berkampung seminggu di hospital. Tahap jaundis Ammar agak tinggi sehingga terpaksa tidur di bawh lampu. Alhamdulillah setelah seminggu berlalu, tahap jaundis ammar makin turun dan akhirnya berada pada tahap selamat kita dibenarkan pulang ke rumah. yahoooo..
Itulaa serba sedikit kejadian sejarah yg masih lagi segar dalam ingatan ibu. Skang ni baby ibu ni dah masuk 2tahun. Besar dah. Penat jerih ibu melahirkan Ammar dulu seperti tak terasa bila melihat ammar membesar dengan sihat dan baik. Doa ibu Ammar akan sentiasa sihat. Sentiasa menjadi anak yg baik dan soleh serta taat pada ibu dan ayah. menjadi contoh terbaik untuk adik2. Dan akhirnya dapat berbakti pada semua orang dan berjaya dunia dan akhirat.Aminnn
HAPPY 2ND BIRTHDAY MUHAMMAD AMMAR!!IBU WILL ALWAYS LOVE YOU....

Monday, April 12, 2010

KEK PANAS..





Kek panas dari oven...esok nak hias2 skit utk besday Ammar..Semoga ibu berjaya..aminnn!

PAK AJI



Alololo sejuk perut ibu bila tgk gambo ni..siap pakai kopiah. Lepas ni belajo solat plak ek.. Kopiah ni dia yg sarung sendiri. Pandai anak ibu..

Friday, April 9, 2010

BESDAY ATUK-part2

Hehe sambungan..

Haaaa ni laa gambo tetamu-tetamu yg hadir masa besday atuk..

Nih gambo nenek ngan haziq..bulat tol dak ajiq ni.. sejibik sejibun rupa abahnya..


clockwise: acik awie (abah ajiq nyer adik) ngan kakakpiya, pakteh syafiq, paklong (abah ajiq ler tu),pakcu..
center: wanlong,wan,nenek..

nih tetamu2 kecil..
atas: budak yg pyh giler nk amik gmbo dia..kena masuk bawh meja baru leh dapat ..Ammar
bawah: haziq.


Secara over all,meriah gak besday party atuk ni..HAPPY BIRTHDAY ATUK!

BESDAY ATUK-part 1

Hoh siap ade part2 lagi..heheh
Besday atuk ni kita sambut pada 3hb april 2010 sempena besday atuk yg ke 57. Kebetulan maklong Ammar ngan ibu mmg plan nk balik sama on that weekend. So apa lagi planning laa wat surprise besday party utk atuk Ammar ni..
Tapi terjadi la plak 1kejadian yg tidak diingini. Org yg hendak dicelebrate tak kunjung tiba..Adoii apa sudah jadi? Mau bikin surprise tapi tak jadi. Rupanya atuk gi kebun bt12. Pueh laa ibu ngan maklong pi cari sampai ler ke pengkalan nelayan sana. Atuk niii bikin rusak sume program laa..
Lepas jumpa atuk and terpaksa bagitau surprise party ni (huhuhu), kita pon mulakan majlis tanpa2 lengah. Yeler sume dah lapoo..hehe

Memula gambo besday boy dulu (hehehe)





Then gambo kek. Jangan tak tau ni kek ibu yg bikin aaa..kek oren topping coklat ganache.. topping tu maklong yg sapu dan hiasan2 ibu yg letak..(apa yg penting..kerjasama!!)..Lawa tak kek yg ibu buat??Tuh dh kena potong barulaa ayah amik gambo..adoiii..



Hehehe penuh gaya tersendiri utk meniup lilin sambil memegang haziq..Jangan tak tau, even homemade kek, tapi lilin tetap ada..heheh




Uuuuu..terpegun atuk tgk kek tu agaknya..hehehe..


***bersambung

Thursday, April 8, 2010

DONT FEED YOUR CHILD WITH CHOCOLATE....

After 5pm...

Sebabnya choc ni ade kafein. so bila budak2 kecik makan choc or any sugary foods selepas jam 5ptg (nih time yg i letak sendiri) diorang akan jadi hyper lepas tu payah nk tido time malam.

Even i tak tau secara saintifiknya or pernah membaca mana kajian, tapi apa yg diperkatakan selama mmg ni betul. Terbukti pada anak i sendiri. huhuhu

Firstly, ade satu hari around 9pm we feed our son with choc. Seterusnya mmg kitorg tak tido malam tu. Sebabnya anak i tkmo tido and nak terus main. Lepas dipaksa tidur, meragam tak tentu hala. Mak bapaknya dah terkuap2..mata siap berair2 sebab mengantuk gila. Yg si anak masih lagi aktif..Sudahnya kol 2pagi baru tido itupon sekejap je. Belum subuh dah jagaa..huhu mau tak bular mata...

2ndly, once again bg dia makan coklat. This time around 7pm. Kira awal ler skit. which i dah already told him not to. But sebab kesian anak tu bagi gak skit. Sudahnya, anak i mmg tido tapi asik terganggu tidonya. Kejap2 bangun..kejap2 bangun. adoiii sakit satu badan ni ha..penat sgt tau!

So kalau sesape tkmo tido malam or nak buktikan teori ni benar.. silalah bagi anak anda makan coklat selepas jam 5ptg..kalau buleh tido malam tu anda mmg tere!hehehe

Wednesday, April 7, 2010

TERINGIN TAPI..

Apo yg ibu teringin?hahhaha sebenonya teringin nk buat kek sponge ceklat yg siap ade lapisan krim di dalam dan diluar..huhu tapi mampukah ibu mu ini Ammar?
Yeler besday anak teruna ni dh nak dekat. Minggu depan. Malas rasanya nk beli kek. So planning nk buat je sendiri. Tapi mampukah diriku?huhu

Tuesday, April 6, 2010

AKHIRNYA KEBAH JUA..

Alhamdulillah, setelah hampir 6hari demam yg berulang, akhirnya ayah sihat kembali. Harap2 sihat betul laa kali ni. Dari hari rabu, ayah demam lepas tu elok, then demam balik. Mcm gitula selama 6hari berturut2. Risau sgt ibu..mana taknya..dah ler mcm2 penyakit skang ni. Lps tu satu Malaysia dikejutkan dgn pemergian ke rahmatullah Din beramboi. Mana laa hati ibu ni tk keruan. Macm2 yg ibu pikir..huhuhu.. (T_T)

Pegi ke klinik kerajaan, dan buat check up..katanya mungkin demam berpunca dari gusi yg bengkak dan bernanah. So bila telan air liur, akan tertelan sekali kuman2 dr gusi yg bengkak tu. Siap refer pada dental lagi. Kata dentist tu, kena cabut gigi yg bongsu sebab gigi tuh yg punca gusi bengkak. Ermm pulak tu appoinment nya ari jumaat ni. Adoii lama gila..awat ler dia tk cabut je terus kan ke senang..Takdelaa berlarut2 demam ayah..

Masa kt PD, wanlong bawak gi jumpa sorang pakcik ni utk tawarkan air. Yeler, berubat cara moden dah try,apa salah try perubatan alternatif plak. Alhamdulillah, lepas minum air yg pakcik tu tawarkan, demam ayah terus kebah. Dah tak seram sejuk yg berbalik2, dah tak menggigil mcm memula demam. Harap2 akan terus sihat. Cuma ayah tgh tahan sakit kt peha. Tokleh berdiri lama. Sakit dan tegang urat kt bhgn peha. Takpelaa ayah, pelan2 kayuh ye..insya Allah esok lusa elok laa tu..

Ermm kesian tgk ayah. Tak lalu makan sgt ms demam. Badan pon dh susut skit. Tapi 'geluk sakti' ayah masih menten..hehehe

Friday, April 2, 2010

HAPPY BIRTHDAY ATUK!

Entry ni khas utk atuk Ammar..HAPPY BIRTHDAY atuk yg ke-57. Huhu lagi 3tahun dah nak masuk 60..tapi atuk tetap nampak muda..hehe tahniah tahniah..

Jangan tak tahu, atuk ammar ni kadang2 jadi SILENT READER kt blog ibu ni.. hehe so harap2 ayah bacalaa post ni..hehe

Oklaa atuk..Ammar, ibu dan ayah selalu mendoakan semoga atuk dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dibawah rahmat Allah..aminnn..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...