Monday, February 28, 2011

23 TIPS RUMAHTANGGA

Tips dari DR FADHILAH KAMSAH

1) selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri.

2) Bila isteri bercakap, pandanglah pada wajahnya. Terima informasi dan proses dengan bijak dan prihatin. Bukan masuk telinga kanan kuar telinga kiri.

3) jangan sesekali membandingkan masakan atau cara hiasan isteri dengan mak anda. Kecuali apa yg dilakukan isteri itu lebih baik or canggih dari mak anda.

4) jangan demand sex sekiranya isteri takde mood or letih. Agama suruh manusia berkahwn bukan untuk memenuhi tuntutan syahwat semata2.

5) sekiranya ada anak, bersama samalah menjaga anak itu. Benih awak juga. Ada jenis suami, yg sampai hati suruh isteri yg sedang makan cebok berak kencing anak sedangkan dia tersandar kekenyangan.

6) jangan sesekali tersandar relax2 depan tv selepas pulang dari keje, sedangkan isteri bila masuk je rumah, terus mengemas, memasak, uruskan anak. Berbulu mata tgk jenis suami mcm ni.

7) apabila makan, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan lah bedal semua hingga yg tinggal utk isteri adalah sisa sahaja.

8) beritahu isteri sekiranya ada tetamu yg ingin bertandang ke rumah. Sekurangnya 2-3 hari lebih awal.

9) jangan sesekali menyakat isteri dengan saiz badannya yg semakin 'sihat' or semakin melidi. Suami juga patut cermin diri sendiri dulu.

10) Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta boleh plak control kentut.

11) Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri anda. Jangan sesekali mencaci mereka di depan isteri walaupun secara bergurau.

12) jangan kedekut kepada isteri dan keperluan rumahtangga.

13) Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Jagalah maruah anda sebagai suami/ lelaki.

14) Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Kalau tau berak, jgn la pulak taktau flush. Susah sangat ke. Takkan itu pun nk kena ajar.

15) Rajin rajin ler bertanya sekiranya isteri memerlukan bantuan anda utk menjaga anak/ kerja rumah. Jangan tunjuk rajin bila tetamu ada dirumah sahaja.

16) Hormatilah isteri seperti mana anda mahu dihormati. Isteri juga manusia. Allah beri banyak keistimewaan kepada isteri tapi selalu diputarbelitkan oleh suami utk kepentingan diri sendiri.

17) jangan main kayu tiga dengan isteri.

18) Sekiranya isteri melakukan kesilapan, tegurlah isteri dengan baik bukan dengan cara menengking. Kalau anda sakit, isterilah yg bersusah payah utk menjaga anda.

19) Kalau isteri tidak sihat, segeralah pergi bawa ke klinik. Tunjukkan anda ambil berat.Janganlah sampai isteri dah tenat pun masih tak perasan.

20) berbincanglah dengan isteri sebelum membuat sebarang keputusan. Tiada salahnya berkongsi pendapat. Ketepikan ego anda.

21) Dalami agama, dan didiklah isteri dan anak dengan ikhlas seperti yang dituntut dalam agama. Ingat, kalau suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri masuk syurga juga. Tapi kalau isteri masuk syurga, belum tentu suami masuk syurga. Kalau suami masuk neraka, belum tentu isteri masuk masuk neraka, tapi kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami masuk neraka juga.

22) Berusahalah dengan ikhlas utk mengekalkan keharmonian rumahtangga. Percayalah, sekali suami berbuat baik utk isteri, isteri akan balas 10 kali..

23) Jangan buat donno kalau isteri merajuk/Kecil hati. Kalau perlu mintak maaf, mintak maaf. Kalau perlu pujuk, pujuklah. Hati org perempuan sgt sensitif. Kalau suami buat tak kisah, perasaan isteri bagai dihiris hiris. Perkara yg dianggap remeh pada suami, boleh jadi barah pada isteri. Jangan pandang endah tak endah pada masalah isteri atau perempuan ini khususnya utk kaum suami dan amnya pada kaum lelaki.

:- SUMBER EMAIL.

P/s: sangat bagus dan penting dibaca oleh para suami.

BULU??

Bulu??

Saya tengah memotong bawang sambil mata berair feeling feeling drama korea..

"pakcu! Tgk laa buku sekolah kita!"
"KAH KAH KAH KAH ..salah ni...KAH KAH KAH KAH..!"

Hek leh apsal lak budak nih dok gelak besar tak hengat hengat...
Saya jerit dari dapur..."weh apsal dik..?apsal gelak besar..cer citer cer citer..."

Sambil tunjukkan buku sekolah anak buah saya..
"cuba baca nama dia..."
Dari jauh saya baca dengan mata yg pedih berair..wap bawang.
"betul laa..NURUL SOFIA BINTI HAZLI..(bukan nama sebenar..acececee..)"
"KAH KAH KAH KAH..."adik saya ketawa tak hengat sekali lagi..

"nah amik. Tengok dekat skit.." sambil adik saya hulurkan buku sekolah anak buah saya..
Saya kesat mata..nk kasi terang balik..

"KAH KAH KAH KAH...BULU!...KAH KAH KAH KAH..!"
giliran saya pulak gelak tak hengat donia..

Rupanya..
Anak buah saya tulis nama dia..
NURUL SOFIA BULU HAZLI..!

KAH KAH KAH KAH...



P/s: nurul sofia baru 2 bulan masuk derejah 1..

Friday, February 25, 2011

KAHWIN @ PD

Minggu lepas kat pulapol..
Minggu ni kat pd plak..

Musim mengawan ke skang?
Hehe..

Wednesday, February 23, 2011

LAWAK PETANG..

1) Kalau semua haiwan jadi monyet..monyet jadi apa?
MONYET JADI BANYAK LAA...

2) Antara ekor lembu dan ekor tikus, mana satu yg lebih panjang?
EKOR TIKUS LAA.SEBAB EKOR TIKUS MENCECAH LANTAI...

3) Dalam banyak2 burung, burung apa yg menjaga datuknya ketika tua?
BURUNG BELATUK ( bela atuk)

4) Kalau kereta berhenti,apa yg turun dulu?
SPEEDOMETER YG TURUN DULU

5)Kalau sebuah bas kemalangan dan masuk ke dalam sungai, apakah yg masih hidup lagi walaupun berada dalam air?
ROADTAX BAS

6)Kereta apa yg boleh berjalan dari pokok ke pokok?
NISSAN 323 (tree to tree)

7)Apa yg paling pandai dalam makmal?
TERMOMETER SEBAB BANYAK DEGREE..

8)Kumpulan org asli yg paling berjaya?
O.A.G ( orang asli gombak)..hehe

9)Kumpulan rock paling wangi?
KUMPULAN MAY (jenama sabun)

Hahahha...copy paste dari email lama2..
Tak gelak?
Takpe..!
Saje je nk letak kat sini...

Tuesday, February 22, 2011

NURUL SHAHANI AKMA

Harini..birthday my dearest friend...

Harini laa jugak saya baru dapat wish dia after 5yrs lost contact..
Setiap tahun saya mesti igt tarikh ni..
Cuma tak berpeluang nk wish dia..

Knowing her..mungkin juga salah satu rahmat Tuhan kepada saya..
Dia bukan jer sebagai sahabat baik..
Tapi juga saudara saya..
Saya masih ingat lagi di saat saya susah dulu..
Dia sentiasa ada..

Biasalaa kan bila dah rapat..
Nak nak org ppuan nih..mudah jer terasa hati..
Lepas tu mula laa majuk,,
Tapi selalunya tak laa lama..
Igt lagi saya penah pujuk dia pakai coklat..
Hahaha..kalah pujuk boipren tau..

But ade satu kes yg buatkan kitorg terus lost contact for 5 yrs..
Sedih giler tau..
Then jumpa dalam fb..
Memula masing2 still majuk..
Dok jual mahal..
Tapi bila dah lama2 we know that we still miss each other..
Yeler kawan baik kan..
Penah jatuh dan bangun bersama..
Dia jugak laa kawan yg kenal saya luar dalam..
So berbaik semula..dan terus baik sampai skang..

To my fren..
HAPPY BIRTHDAY..
May all your wishes come true..
Dan aku sentiasa doakan semoga ko terus tabah..
Menghadapi segala cabaran dan dugaan..
Amin..

Monday, February 21, 2011

RESTORAN FEND IKAN BAKAR

Okeh jom jalan jalan cari makan lak..

Semalam ke restoran fend ikan bakar..
Singgah sekejap time balik dari damansara..
Lapo kekdahnya..

Restoran ni menyediakan hidangan yg bakar2 jer..
Ada ikan bakar yg berjenis2, sotong bakar dan ayam bakar..
Pilihan ikan antaranya, pari, kembung, talapia, keli dan apatah lagi..
Ikut stok kata tuan kedai..
Dijual dengan set atau bleh beli lauk jer..
Set tuh datang dengan nasi, air asam dan kuah asam pedas.
Kalau nk tambah ulam, kena tambah 50sen.
Harga set lak bergantung pada ikan or lauk yg diambil..
Mcm saya amik semalam, set pari bakar..harga RM6.50.

Rasa?
Ermm ok jugak..
Sebab ikan bakar nya diperap dengan rempah istimewa..
Lepas tu, air asam dia mmg kaw..
Pekat, pedas dan lazat..
Tapi kalau makan banyak..leh terbakor lidah..
Hehhe..
Sebab tuh sy tgk semalam..org yg mkn kat sana, order air bergelas gelas
Saya igt sebab panas sbb semalam cuaca agak terik..
Rupanya kepedasan..
Hiksss...

Then lepas makan ada dessert istimewa..
Mmg sangat efektif utk hilangkan kepedasan lidah..
Saya order chikung mango..
Chikung nih lapisan ais,jeli dan buah buahan..
Ada chikung mango, kelapa laut dan oren kalau tak silap..
Perghhh bila dh mkn tu..
Terus ilang pedas dan panas kat lidah..

Ok lokasi restoran ni kat kelana jaya..
Dalam kawasan dataran glomac yg betul2 belakang giant kelana jaya..
Kalau tak silap kat Jalan 6/20A
Berdepan restoran ni, ada satu lg restoran best..
Tapi lum sempat lagi nak rasa..
Hehhe..restoran NASI LEMAK CIKGU
Wajib cuba lepas nih...

Okeh..kalau tingin nk makan ikan bakar..
Leh try pi sini..
Cuma dinasihatkan pegi pada waktu yg kurg peak..
Klu tak, mmg kena menunggu lama laa..
Sebab mmg ramai org yg makan kt sini..
Semalam saya pegi pun waktu kol 3+ petang..
Tuh pun ramai gak org..tapi ada jugaklaa tempat yg kosong..
Restoran nih bukak dari waktu lunch sampai laa tengah malam..

Sunday, February 20, 2011

KAHWIN @ PULAPOL

Semalam..

Makan kenduri kt pulapol..
Sedap lauk pauk dan nasinya,,
Ke sebab tengah lapar..maka semuanya jadi sedap..
Hiks...

MIL dan abg ipar pun ada datang dari JB..
Bawak kete baru..
Huhuhu merasa laa naik ALPHARD..
Kete org kaya2 huhuhu...
Luasnya mak aiii...
Siap bleh main lari2 kat dalam....
Okehhhh tipu jer..
Tapi mmg luas...
Sangat sesuai untuk kaki saya yg panjang nih..

So malam plak makan bubur nasi berlauk kat kampung baru..
Kedai yg sempit..tapi ramai jer orang..
Sebab mmg sedap lauk pauknya..
Nama kedai lupa plak nk perati..
Tapi kedainya dekat flet kampung baru..
Selang dua tiga kedai dari kedai pertama sekali..sebelah kiri(dari flet)
Puas hati makan..

So semalam bermalam di armanee condo..
Ammar plak terjun kolam dengan alan pagi tadi..
Tengahari baru balik ke sarang..
Lepas makan..3-3 tergolek depan tv..
Pengsan..!
Hahahha...

Friday, February 18, 2011

HUKUM MAKAN PETAI

Kejadian semalam..

Saya masak gulai lemak pisang muda..
Lawan lak ngan nasi panas dan ikan goreng panas2..
Huh mmg sedap.
Seronok saya tgk alan makan..
Siap ratah2 lagi gulai tu even dia cakap tak bape nak pedas..

Dialog kitorang,
"Seronok tgk abg makan..Untung syg sebab dapat suami yg tak cerewet.."
"Tuh laa untung kan dapat abg..(sambil tersengih2..)"
"8Tapi kan satu jer kelemahan abg..agak skit menyampah laa kat situ.."
"Apa dia.."
"Abg tak makan petai..syg tingin nk makan petai laaa.."
"Lor itu bukan kelemahan laa..itu kelebihan."
"Kelebihan apa plak..kelemahan laa..kira cerewet gak laa kan."
"Dalam Islam makan petai itu MAKRUH..so abg tak makan petai. Kan itu satu kelebihan abg. Dapat pahala tau.."

Terus saya terdiam...
Saya dok cakap pasal cerewet dalam memilih makanan..
Dia dok cakap pasal hukum makan petai..
Mmg laa saya kalah...

Ermmm kena balik PD nih..
Dah lama tak makan petai...
Dapat makan sambal bilis petai..
Perghhh nikmat siot!

Thursday, February 17, 2011

BE BARU

Okeh..

Hari agak excited skit..
Dapat new be dalam blog..
Setelah sekian lama menyepi tanpa berita..

Oleh yg demikian..
Saya akan mengapdet blog setelah dapat mencari idea baru..
Hehehe..
2-3 menjak idea cm tepu jer..

Orait..
Jangan lupa ye kawan2..
Tolong tolong la klik be saya tu..
Bukan paksaan..
Sekadar pertolongan..

Adehh entry mintak simpati nih!

Wednesday, February 16, 2011

1KAD 1SAAT 3KALI SEHARI

Baru lepas baca dalam harian metro online..

Ada kanak2 seawal umur 6 bulan dah boleh membaca..
Tapi jadi kat luar negara laa..
Belum ada kat malaysia..

Yang penting rangsangan daripada ibubapa..
Sejauh mana kemampuan dan pengetahuan ibubapa itu mendidik anaknya..
Kalau rajin berusaha..
Semua tu tak mustahil..

So apa yg diberitahu oleh seorang ibu yg anaknya sudah boleh membaca sejak umur setahun 5bulan..
Dia mula memberikan flash card sejak anaknya berusia 6 bulan..
Memula mmg takde respon..
Tapi lama kelamaan anak dia menunjukkan perubahan positif..
Dan boleh membaca dengan lancar masa berusia 17bulan..
Awal betul kan..
Belum 2tahun tapi dah pandai membaca..

Apa yg dia lakukan..
Tunjuk flash card yg bersesuaian selama 1 saat pada pagi, petang dan malam..
Buat secara berterusan..
Hasilnya..anak dah boleh membaca pada usia yg awal..
Menakjubkan,,

Otak kanak2 nih ibarat span..
Mereka mudah meresap segala ilmu yg diberikan kepada mereka..
Sebab itu dari usia yg awal ni laa..
Kita seharusnya ajar ilmu dan pengetahuan yg bersesuaian dengan usia mereka...
Tapi ibubapa pun kenalaa menuntut dulu..
Jangan main ajar jer..
Cari ilmu tentang pendidikan awal kanak2..

Saya pun sangat teruja dengan pendidikan awal kanak2 nih..
Nak kasi praktik kat budak Ammar nih..
Setakat nih abc, alif bata,dan nombor 1-10 mmg dah lepas.
Dan nombor pulak Ammar boleh hafal dalam 4 bahasa..
Bahasa melayu,english,mandarin dan jawa..
Nursery rhymes yg saya selalu nyanyikan utk dia..
Mmg sume dia dah hafal..
Azan dan doa lepas azan pun hafal..tapi dengan pelat dia sendiri..
Lagu2 yg selalu kuar kat radio bukan main lagi dia menyanyi..
So saya mmg percaya..
Semua kanak2 itu bijak..
Yang membezakan setiap kanak2 itu ialah..
Sejauh mana kita sebagai ibubapa bijak mengstimulasikan otak mereka..

Oklaa nk cari skit info ttg pendidikan awal kanak2 nih..
Kalau dah dapat saya share nanti..
Kan SHARING IS CARING.. :)

Tuesday, February 15, 2011

LUCKY DRAW

Hiksss lupa laaak..

Dalam keadaan banyak sgt ketidak puashatian kepada servis resort..
Ada jugak terselit benda gembira yg jadi pada kitorang..

For the first time..
Selama nih mmg tak penah bertuah langsung..
Sampai saya cakap kat alan..
Kita kena mandi bawah jambatan kot baru bertuah..
Hahahah..

Alan menang grand prize lucky draw pada malam terakhir kitorg kat selesa..
Huuuuu...terperanjat giler..
Tak penah umur dapat lucky draw..
Sekali bila dapat terus first prize..

Kitorang dapat hadiah microwave oven..
Ermmm sebelum ni mmg ada ushar2 kt kedai..
Tapi asik tertangguh2 jer nak beli..
Rupanya..nak dapat free..
Hehehehe...

Kira ada gak laa kenangan manis tinggal kt selesa tu..
Syukur alhamdulillah..

Iskk tokleh nk share gambo la plak..ermmm!

Monday, February 14, 2011

M*LO DAN SEMBELIT

Lama dah tak minum m*lo ..
Skang dah ganti ngan ovaltine ngan vico..
Tapi rasa lain skit..
Tak seumphhh jenama tu..

Tapi saya mmg tokleh minum m*lo..
Kalau minum adeh sengsara dalam toilet..
Taktau naper mcm tu punya reaction yg perut dan usus sy hadapi bila minum m*lo..
Ada sesetengah org lak..
Kalo minum terus lancar..
Ermm..masing2 punya bahagian kan..

Tingat lagi waktu saya dalam pntang..
M*lo merupakan minuman ruji saya..
Sebab dh tkde benda lain yg boleh minum..
Lagipun mak saya strict skit dalam pantang..
So byk benda yg saya tokleh makan or minum..
Makanya saya ganti ngan milo..bila lapar..
Roti dan biskut sume tokleh makan..huhu sedih tau..
Then lepas tu sy sgt sengsara bila masuk toilet..
Dah laa jahitan kt tempat baby kuar tak elok lagi..
Kena meneran separuh nyawa...
Kebetulan plak masa bersalinkan ammar, waktu musim panas..
Tau je laaa musim panas di PD mcm mana..
Mau tak mandi peluh berbaldi dalam toilet..
Asal perut mulas je saya nangis..
Sebab takut nak masuk toilet..
Dalam toilet pun nangis..sampai mak saya pun tak reti dah nk cakap pe..
Huhu sgt menakutkan bila dikenang balik..

Tapi masa tu taktau punca adalah dari m*lo..
So bantai gak minum sampai habis pantang..
Habis pantang dah leh makan segala..
So minum m*lo pun makin kurang..
Kesukaran dalam toilet pun berkurangan gak..
Tapi masih tak perasan..

Oleh kerana saya nih pemalas skit nk buat air utk diri sendiri..
Saya rajin buat utk alan jer bila time sarapan..
Utk saya, saya lagi suka air putih jer..
Lagi sedap dan tak leceh..
Dan saya dapati saya tak alami sembelit lagi,.
Saya membuang dengan lancar..
Musykil gak memula..
So saya pun try experiment kan diri saya sendiri..
Saya try minum balik m*lo..
Hoh....menjadi semula sembelit saya 2-3 hari lepas tu..
Berpeluh2 dalan toilet nk kasi selesaikan 'urusan'
So dapat konklusi..
NO MORE M*LO FOR ME!

Masa tu laa baru sedar..
Inilah punca saya meneran separuh nyawa dalam toilet..
Nasib baik tak kena buasir..

Ada apa dalam serbuk coklat tu ye sampai gitu sekali penangan nya..
Tuh belum cite kalau air m*lo tumpah/percik kat baju..
Jangan harap laa nak hilang..bila basuh..
Kecuali pakai vanish or clorox..
Ermmm..takut saya nk minum jenama tu lagi..

Sape yg ada masalah yg sama seperti saya?

Sunday, February 13, 2011

1.5 BINTANG JER..

Sampai rumah kol 2 tadi..
Ingatkan nk ke janda baik lepas cekaut dari selesa..
Tapi huhuhu jalan adalah sgt berbukit...
Jch takmampu nak naik..
So teruskan perjalanan ke putrajaya..
Tapi sempat singgah ke mines..
Jalan2, makan eskrem 2kon..balik...
Penat campur ngantuk..

Oklaa meh buat review hotel lepas cekaut..
Alhamdulillah rupanya bilik kitorang kira ok jugak..
Sembang2 ngan org lain, mcm2 cite kuar..
Kebanyakan nya komplen keuzuran bilik..
Tahap kebersihan yg sangat tidak memuaskan..
Gong greng gong greng mcm2 benda..
Sangat laaa 'SELESA'....bluwekkkkk!

Kat sini pun banyak kucing..
So banyak tempat yg ada bau taik kucing laa..
Hancing kencing laa..
Adehh..
Toilet pun tak bape nk bersih..
Iskkk pengsan..

Tapi yg pelik..
Ramai jer org kat sini..
Sampai ade opismet alan yg mintak tukar bilik tak dapat sebab penuh..
Ramai veteran korea kat sini..
Diorang sewa lama2 kat sini..
Berbulan2 sebab nak main golf..
Sebab depan selesa nih ada padang golf..
Sesekali dengar diorg sembang..adehh mcm cite korea ..hikss

Then sy gi tgk tempat tanah runtuh yg jadi kt sini..
Besar gak kawasan yg kena..
Ermmm mcm mcm..

Dan paling tidak memuaskan hati..
Sewaktu sukaneka berlangsung..
Sepatutnya setelah membayar sejumlah wang utk menyewa dan menggunakan perkhidmatan..
Kitorang hanya bawak diri dan enjoy..

Tapi ini tidak...
Sukaneka terpaksa diconduct oleh kitorang sendiri..
Sampai ada yg tak dapat main/enjoy sebb kena buat itu ini..
Kesian..
Service adalah sangat poor..
Kusi pun kena mintak baru nk bagi..
Sangat2 tidak memuaskan hati


So secara overall..saya bagi 1.5 bintang jer..
Hopefully adalah perubahan sekiranya saya datang lain kali .
Lokasi dah bagus..
Tapi sayang sgt sebab tak terurus mcmtu..
Rugi..

Friday, February 11, 2011

LIVE FROM SELESA HILLHOMES BUKIT TINGGI

Yeee...
Baru sampai kt selesa hillhomes nih..
Alan ada kursus kat sini sampai ahad.
Sekali ngan family day opis dia..
So saya pun mengjoinkan diri di sini laa..

So far..
Selesa hillhomes nih tempat lama..
Kalau diurus dengan baik pasti lagi best..
Yeler kan lokasi dah ngam..
Kalau tempat nih terjaga baik mesti tiptop..
Padang golf pun ada..
Kira prospek yg bagus kan..
Tapi sayang..
Saya tgk banyak building yg kusam..
Lepas tu berabuk sana sini..
Mcm apartment yg saya duduk nii..
Kat luar mmg nampak agak horror skit..
Tapi dalam okeh juga..bersih..
Cuma barang2 lama..

Saya rasa diorang payah nk manage..sebab
Sini campur ngan residence..
Bukan totally hotel or resort..
Mcm sebelah apartment saya ni rumah orang rasanya..
Maksud saya rumah yg org tinggal hari2..
So tuh sebab payah nak dimanage secara totally..

But itu adalah pandangan pertama saya..
Just after check in..
Saya belum ronda lagi seluruh kawasan..
Nanti saya review lagi..hehhee

DRAMA DRAMA DRAMA...

Baru habis tgk FULL HOUSE
Ala cite korea yg RAIN berlakon tu..
Sangat comel okeh cite tu..
Saya dah tgk banyak kalj..
Tapi skit tak penah muak...

Kenapa saya suka tgk cite korea?
Meh saya bg sebab musabab nya..
Secara jelas dan nyata...
Sekali nak bagi paham kt suami terchenta ku itu..
Yg sgt suka bising bila sy tgk cite korea..

1: cite korea ni kebanyakannya adalah cite yg berunsurkan kekeluargaan..takde ganas2 dan takde pukul2..jarang sgt kalau ada pun..
2: unsur saling menghormati antara satu sama lain adalah sangat tebal dalam drama korea..
3: org org tua adalah sangat dihargai. Tak penah tgk lagi drama korea yg sepak terajang org tua..tenyeh2 ngan nasi ke..takde okeh..
4: unsur percintaan juga adalab sangat indah. Hiksss i nih minah jiwang skit..
5: lokasi penggambaran juga adalah sangat cantik2. Tak kira musim apa pun.
6: hero heroin pun ada yg comey2.yg biasa2 pun banyak juga..
7: lagu2 soundtrack adalah sangat menyentuh perasaan..
8: jalan cerita yg berlainan tapi menarik..

Haaa cukuplaa tuh reason2 yg saya beri tu..
Ikutkan banyak lagi..
Sebab dah minat kan..
Sume benda nampak baik..
Hahahaha...

Kalau tak caya cuba tengok sendiri..
Fahami jalan cerita..
Mesti lepas tu melekat..


Hiksss....

Thursday, February 10, 2011

HATI HATI

Tajuk macam lagu emma af la plak..
Tapi nk bagi mesej serius okeh..

Haritu masa jalan2 kt melaka..
Spesifik lagi dalam bazar samudera..
Tiba tiba terdengar ada budak menangis...
Betul2 kt tengah kesibukan org lalu lalang..
Rupanya ada sorg kanak2 ppuan berbangsa india...
Sedang menangis dengan kuat..
Kerana kehilangan jejak ibu bapa or waris dia..
Adehhh nk tolong pon acik tak ghoti..
Acik bukan pandai cakap tamil..

Nasib baikla ada sorang pengunjung berbangsa india jugak tolong carikan makpak budak tu..
Taktau la saya jumpa ke tak..
Kalau yg jumpa tuh org yg berniat jahat..
Taktau laa apa nasib budak tu..
Kesian..semoga dia selamat..

Apa yg sy nk tekankan kt sini acewaaaaahhh..
Sepatutnya ibubapa patut lebih mengawasi anak2 bila kt tmpt yg ramai org..
Biarpun anak kita tu suka nau lari tak kira tempat..
Kita as parents kenalaa pastikan supaya mereka sentiasa ada disekeliling kita..
Sekarang nih mcm2 benda boleh jadi..
Sok bila anak dh hilang..
Barulaa nk sedih..nk kuar sokkabar and tv bagai sebab nak cari anak..
Sedangkan at the first place..kita yg cuai..
Saya ingat dengan mcm2 kes yg kuar kt media..
Org ramai akan ambil iktibar..
Tapi rupanya masih lagi ada yg leka..or buat tak peduli..
Zaman ni org yg baik atau jahat tu bukan boleh diukur ngan paras rupa..
Kita kena perlu byk berhati2..

So berhati hatilaa..
Walau tempat tu adalah sangat biasa utk kita..
Walau anak main di depan rumah sekali pun..
Kerana kejahatan tuh kalau nak jadi tak kira di mana kita berada..

Ermmm agak2 kamal affendy nak amik saya jadi assistant tak?
Hiksss..

Wednesday, February 9, 2011

JALAN JALAN BUANG DUIT: MELAKA DAY 2

Ok hari kedua di melaka...

Pagi2 lagi dah kuar...
Kengkonon nak ke zoo..
Tapi tak jadi jugak sebab nk tunggu persembahan haiwan petang nanti..

So straight ke bandar melaka lagi..
Nak naik river cruise menyusuri sungai melaka...
Ramai gak org..even waktu tu nak tengahari dah..
Sebab kol 12+ diorg tutup jap..utk solat jumaat..
Angin mmg best laa bila dalm bot..
Sesekali terkena percikan air..
Perghh rasa cm kat venice le pulok..
Hehehe...

Then masuk dalam bazar..
Pusing pusing...soping2...cuci mata lagi..
Agak lama jugak dalam tu..
Yeler sume benda nk belek..
Sume benda nk usik...
Sempat laa beli tshirt cop melaka selai..
Jadi laaa wat kenangan..

Lepas tu pi soru..
Plan nk makan asam pedas melaka,.
Tapi kedai tuh penuh betul org..
So pegi laa kedai sebelahnya..
Tuh pon byk lauk dah habis..
Huhuu takde rezeki mk rasa asam pedas melaka..

Then terus ke zoo...
Tiket masuk zoo kalau tak silap rm7 ke rm10..lupa plak..
Sekali ada notis tulis..tiada persembahan haiwan harini..
Perghhhh mmg frust amat ler..
Penat2 tunggu sampai petang..sekali boleh plak takde petang tu..
So jalan2 dalam zoo..
Ammar plak dapat rasa naik kuda ngan alan..
Rm4 utk sorg dewasa+ 1kanak2...
Memula menangis takmo naik..
Tapi bila sekali dah naik..wahhh takmo benti plak..
Terpaksa laa pujuk dia then bawak naik tram..
Baru laa senyap...

Dah setel dalam zoo..
Terus ke tempat kete lembu..
Adehhh sy pun baru pertama kali naik kete lembu ni..
Rm10 satu kete sekali jalan..
Geli hati campo cuak naik kete lembu ni..
Cuak sebab jalan takrata..lepas tu bila nk belok adehaiii rasa nk roboh..
Memang sepanjang jalan kitorg gelak aje laa..
Masa tgh jalan ada plak sekor lembu tgh parking sedang nikmat melepasss...cettt..!
Elok plak lepas je kete lembu kitorg benti, lembu nih kencing plak...
Caishhhhh sungguh kurang hasam..banyak lak tu..musyukkkk...
Hahaha...persembahan free dari lembu.

So kete lembu itulah yg aktiviti terakhir kitorang..
Lepas dah solat...kitorg teruskan perjalanan balik..
Abg ipar dan family...still bercuti di melaka..
Huhu bila sampai je rumah...
Adehhhh sume badan sakit2..
Hahaha kepenatan...

Berakhir laa percutian kitorang di melaka...
Tapi rasa mcm nak pegi lagi..
Hikss..

Tuesday, February 8, 2011

JALAN JALAN BUANG DUIT:MELAKA DAY 1

Ermmm takde gambo, so sy citekan kronologi je laa ye..heheh

Hari pertama...
Bertolak dari putrajaya dekat kol 9pagi
Sampai melaka dalam kol 10.
Oh ye kitorg pegi berempat..akak ipar saya join sekali..
Memula nak masuk zoo..
Tapi tak jadi terus je ke bandar melaka.
Kengkonon takut jammed nnt..
Sekali alhamdulillah jalan agak clear pada 1st day CNY

Masuk menara taming sari tapi tak naik pun.
Tgk hrga sampai rm20 sorang..
Mahal giler..
Rupanya kalau pegi kt kaunter..
Dan tunjuk mykad dapat rm10 jer..
Huhuhu menyesal.
So lepas tu terus ke muzium samudera..
Ala replika kapal belanda yg besar tu..
Ermm kt sini sume muzium yg nk masuk kena bayar...
Muzium samudera nih tiket masuk rm3.
Dapat 1plastik percuma.hehehe...
Untuk isi kasut sebab masuk muzium kena bukak kasut..
Adehh dh la tgh panas..bila masuk dalam ada ekon tapiiiii
Bau kaki......!!!!!ramai org lak tu.. Pening..
Pusing2 jap, amik 2-3 keping gambo terus kuar..

Then terus ke kota A Famosa..eh jap..
Betul ke nama tu..
Ala yg tinggi atas bukit tu..
Gigih panjat sampai atas..sampai sampuit..hehe
Tapi best bila sampai atas..
Angin sejuk jer...even matahari tgh panas..
Rasa nk tido..

Then terus ke muzium kesultanan melaka..
Hahah mmg kali ni lawatan sambil belajar ye... :p
FYI, alan mmg suka muzium...
Hahaha ikutkan aje..
Masuk muzium ni kena bayar rm2.
Oklaa takde laa mahal mana pun.

Lepas ke muzium..
Pegi soru..
Sebab perut dah lapar..
Makan dalam dataran pahlawan mall je..
Then lepas solat jalan2 kt bazar pahlawan dan bazar samudera..
Cari FM dan cuci mata..

Then berdesup ke zoo..kononnya..
Tapi dah petang...
Planning mmg nak balik dah..
Sekali call plak abang alan yg kebetulan pun baru sampai melaka..
Diorg menyewa satu homestay kt limbongan..
So plan nak balik, terus bertukar..
Bermalam laa kitorg kt melaka..

Homestay nih ok jugak..
Rm 150 semalam..
Dapat sebuah rumah 3bilik..
2 bilik ada ekon..fully furnished..
Ada peti es dan mesin basuh siap sume..
Then pagi2 diorg yg sediakan breakfast..by delivery..
Mana nak dapek kan..
Lebih baik dari hotel rasanya..

Then malam tuh dinner adalah di umbai melaka..
Tapi kata abg ipar..
Kedai yg best tuh tutup..
So kedai yg kitorang makan ni..
Kata dia ala ala jer..
Tapi sy rasa boleh laa jugak...
Dah lapo...belasah aje..

So berakhir laa hari pertama..

Saturday, February 5, 2011

CUTI CUTI

Ermmm 2 hari saya tak update blog...
Kisahnya..
Pergi bercuti ke melaka..
Plan mengejut yg menjadi..

Lama jugak tak ke melaka..
Banyak perubahan betul...
Jalan pon sampai sesat barat...
Tapi puas hati...

Penginapan plak adalah ditaja hiksss...
Kebetulan plak abang ipar dan family bercuti juga ke melaka..
Diorg sewa sebuah rumah yg dijadikan homestay...
Ok juga..ermm ekceli ok sgt..
Breakfast pon ada disediakan..
Service tiptop laa..
Next time kalau ke melaka boleh tuju sini aje..
Takyah nk pikir hotel lagi..

Apa pun..sgt seronok ke melaka..
Next time boleh pegi lagi..
Hehehe..

Wednesday, February 2, 2011

SAIZ KASUT DAN USIA

Tadi..
Tiba2 terbaca...
Rupanya makin meningkat usia kita..
Saiz kasut kita juga akan semakin besar...
Huhuhu...

Ini disebabkan oleh pengumpulan lemak di tapak kaki..
So makin bertambah usia..
Lemak kt kaki pon bertambah..
Dan hasilnya saiz kasut yg semakin besar...
Adehhh...

Padanlaaa
Hari tu beli sandal..
Dah naik 1saiz....
Huwaaaaaa....
I muda lagi tauuuu!

Huh sungguh2 menepis realiti...
Adehh!

Tips: kalau nk beli kasut, belilaa pada waktu tengahari...semasa kaki tgh mengembang utk mengelakkan rasa ketidakselesaan pada kaki. Selain itu, saiz kaki seorang manusia adalah tidak sama besar. Oleh itu sebelum beli kasut..cuba dulu dengan memakai kasut pada kedua2 kaki. Pilih kasut yg selesa kerana kaki kita adalah sangat berharga. Kaki adalah ' kenderaan ' paling selamat kepada manusia.

Tuesday, February 1, 2011

DAN BILA RINDU

Tgh duduk2...
Sorong mainan...

A: ibu....
Ya..
A: Mama tam?
Mama tam go to school..
A: Kakyong?
Kaklong also go to school...
A: wan?
Wan kt PD
A: maktok?
Maktok kt JB
A: pak cu?
Pakcu work..
A: abang boy?
Abang boy kat rumah..
A: pakyang?
Paklang work...

Senyap...
Sorong mainan...

Macam tu laa Ammar bila tgh dilanda kerinduan pada waghih2 dia..
Ermmm...

Bila laa ibu leh bagi adik kt Ammar nih...
....sigh..... :-(

RM4 5KILO

Tadi masa balik dari giant..
Ada nampak banner tergantung2 kt byk tempat...
Igtkan kot ada apa2 acara kt sini..
Sekali tgk rupanya banner utk kitar semula

Biasa tak hadapi masalah cmni...
Minyak masak dh pakai..
Dah kotor...
Atau dah masuk serangga..
Atau minyak tu dah tercampur bendasing..
Atau tercampur air..
Mana laa kita nak buang minyak tu...
Kalau biasa, curah je dalam sinki...
Buka paip terus...setel...
Tapi tahukah kita...
Minyak tu akan terus dibawa ke sungai..
Dan akan menyebabkan pencemaran sungai...
Sungai yg membekalkan air minuman kita..
Lepas kita kotorkan, kita minum balik...
Huhuhu...

So oleh itu..
Marilah kita kitar semula minyak masak yg dah tamao lagi tu..
Kumpul dalam botol yg kosong..
Lepas tu jual..
Dapat duit wooo..
Sungai pon tak tercemar..
Sungai selamat...poket lebat..
Hahahah...
Jangan tak tau..1botol 5kg minyak masak terpakai berharga rm4 tau..
Kira mahal gak tu..

So lepas tu meh ramai2 kita kumpul minyak terpakai ni...
Jangan buang dalam sinki lagi ye..
Then jual balik
Apa yg sy baca dalm tenet ni...
Minyak terpakai ni diorg akan jadikan bahan industri..
Apa benda tu...taktau laa plak..

Wah takpasal2 sy jadi pencinta alam sekitar plak harini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...