Wednesday, November 27, 2013

KOS CABUT GIGI KLINIK SWASTA..

Saya tgh menderita sakit gigi sekarang ni..
berdenyut denyut..
rasa nk korek2 jer gigi yg sakit ni..
tak tahan betul..


dan semalam saya dh pun g klinik gigi..
doc check katanya gigi geraham bongsu saya yg berlubang..
kena cabut sebab kt klinik gigi kerajaan rawatan root canal treatment tak dilakukan..
utk gigi bongsu jer laa..
gigi lain bergantung pada jenis kerosakan dan keadaan gigi..
macam kes saya..takde jalan lain kecuali cabut utk klinik kerajaan laa.
klinik swasta tak pegi lagi..taktau cadangan diorg cemana plak..


so skang ni tgh gigih mensurvey sume klinik gigi berhampiran utk kos rawatan gigi..
rata2 sy telefon kosnya dalam rm80-200 cabut gigi geraham bongsu..
ada klinik yg tak buat cabutan gigi geraham bongsu..
tak tau pasai apa..
tuh kos utk cabut yg biasa jer..kira cabut, usik2 skit, setel..
klu kena minor surgery..lebih kurang rm 300-500 ..
terduduk acik..
biasanya yg kena minor surgery ni klu keadaan gigi tu ke dalam gusi sgt..
or ada beberapa keadaan lain..(tak igt...)


tapi saya masih tak dapat pilih lagi klinik mana nk pegi..
kebanyakan klinik gigi yg baik dan murah (reference from internet blogger)
semuanya tutup awal..
lepas tu hujung minggu pun tak tutup..
abih cmno org yg keje waktu pejabat ni nk pegi check gigi..
huhuhu..


iskk tokleh taip panjang2..
tgh sakit nyut nyut ni..
rasa nk tepuk je pipi belah yg sakit ni..
huhuhu...



Saturday, November 23, 2013

TIPS: CARA JIMATKAN BELANJA KAHWIN (1ST EPISODE)

Dah cuti sekolah kan...
haihhh masa skang ni sekelip mata jer..
dah hujung tahun..
tak lama lagi masuk tahun 2014..


cuti sekolah bermakna musim mengawan..
hahaha..
ramai perantin masa musim cuti sekolah..
klu dulu, klu nk buat kenduri kawin mesti tunggu cuti sekolah..
skang ni asal weekend jer mesti ada org kawin..
kt putrajaya ni, klu weekend bersepah perantin dok photoshoot..
merata ceruk..
dalam semak,yg rumput sama tinggi ngan org pun ado orang amik gambar..
kakakakak..
takpelaa nilai artistik laa tu..


so meh sy as perantin lamooo aka perantin kecut ni nk bg tips jimat belanja kawin..
skang ni klu nk kawin, bukan skit2 duit nk kena keluar..
ade tu konon nak nampak grand, sampai sanggup buat personal loan..
lepas kawin, mencirit nk bayar hutang..
anak dh masuk 2-3 org pun, hutang belanja kawin tak abis2..
iskkk kesian tau org gini..
tapi sendiri yg cari nahas..so jgn salahkan org lain..
betul tak?
dan takyah laa sampai duit kena ada 30K baru dapat kawin..
haihhh klu gitu, ramai ler yg buat maksiat lepas ni..
sebab payah sgt nak kawin..belanja besar sgt..
kita buat sekadarnya dah cukup sebenarnya..
sebab yg penting adalah akadnikah..
bukan majlis besar or kecik..
sebab tak kira besar or kecik majlisnya, tetap org akan berkata..
manusia mana pernah puas..
oklaa takyah membebel panjang sgt..
jom terus tgk tips...


skang ni sy tgk byk perantin mmg suka bg door gift..
dedulu org bg telur sebiji sebagai buah tangan..
skang ni dah macam2...
ada yg boleh makan, ada yg boleh guna, ada yang jadi sampah jer..
so tips yg pertama:
JIMAT DUIT PADA CENDERAHATI TETAMU

MAKANAN adalah penyelesaian terbaik..
klu bagi makanan, semua org makan..
tak membazir..
contoh makanan yg boleh diberi as buah tangan..
bahulu,kerepek,buah,coklat,air kotak/mineral, dan macam2 lagi..
klu nak nampak makanan yg diberi tu mcm grand..
packaging kena smart skit..
contoh bahulu tu dimasukkan dalam beg kiutmiut or kotak cantik..
setel!
takyah laa bagi sudugarfu mini,cawan piring comel,bunga kristal (tapi bukan kristal pun)..
ke bagi mug comel yg isi air sekali teguk pun tak dapat..
ke bekas telur kaca yg berwarna warni..
semua ni banyak je jual kt nilai 3 or ayer hitam..
ada yang ke indonesia or china nak beli souvenir punya pasal..
tapi tak worth it laa nk beli..
kita spend beratus (ada yg beribu) utk door gift gitu..
tapi end up org buang jer..(especially sy)
buat pe simpan benda gitu, useless..
so dari menyemak dalam rumah, sy buang jer lg senang..


nampak tak..
pengantin habis beribu ringgit nk beli cenderahati utk tetamu..
tapi sudahnya berakhir kt tong sampah jugak..
duitttt tu wehhh...
so kesimpulannya...
MAKANAN adalah penyelesaian terbaik..


Ok tips no2
JIMAT DENGAN KAD KAHWIN


skang ni kad kawin dah tak perlu tebal dah macam satu ketika dulu..
selain dr membazir..
dah tak relevan dgn zaman sekarang..
unless laa klu korang dah terlebih duit sangat..
klu setakat bajet tu biasa2 jer..
eloklaa buat kad kawin yg simple tapi informative..
sekeping tapi penuh depan belakang dah cukup..
atau yg 4muka tapi dah tercatat jemputan utk dua dua belah pihak sekali (pengantin lelaki n perempuan satu kad yg sama)
itu pun dh cukup baik..
sebabnya tau tak..
kad kawin ni lepas abis majlis..orang akan buang..
buat pe membazir pada benda yg akan berakhir kt tong sampah..
sayangggg oiii duit..
takyah la nk masukkan ayat2 bombastik or ayat2 ALQURAN dlm kad tu..
sebb takut nnt kad tu bersepah,dilangkah2..berdosa kita tau..
lgpun kebanyakan org akan buang kad tu..
so letakkan maklumat yg berguna sajer dlm kad ..

dan tak perlu nk tempah banyak keping..
sebab skang ni kita bleh jemput melalui facebook jer..
especially utk kengkawan..
kebanyakan dari kita ada acc facebook kan..
so lebih mudah jemput melalui fb jer..
selain dari jimatkan belanja tempah kad..
boleh juga jimat utk duit setem..
sekarang duit setem bukan murah..
satu kad kena setem 50-60sen..
klu 100 kad kena antar pakai pos, bape hinggit plak kita nk abis utk duit setem..
adoiii

so tempah kad dalam anggaran 200+ jer..
untuk back up or utk kenalan ibubapa..
dah cukup..


oklaa ni baru 1st episod TIPS JIMATKAN BELANJA KAHWIN
nanti sy sambung episod 2 plak..
kang pepanjang pening lak nk baca..
Kikikiki..


Tuesday, November 19, 2013

Thursday, November 14, 2013

PEREMPUAN SUKA CAKAP TERBALIK, ORANG LELAKI DENGAR MACAM PELIK



Satu petang, Si suami yang baru pulang dari kerja, ingin memanjakan isterinya, “Jom kita keluar, malam ni kita makan di kedai je lah”. Sambut isterinya, “Eh nasi banyak lagi tu bang, gulai pun ada lagi tu. Nanti membazir, siapa pula nak menghabiskan tu”. Kalau diikutkan jawapannya itu seolah-olah membantah cadangan suaminya itu, tetapi tindakannya berlainan. 


Si isteri masuk ke bilik terus menukar baju dan membelitkan tudung di kepalanya di hadapan cermin di dalam bilik tidurnya. Sambil menunggu isterinya, dia mencapai surat khabar yang dibawa daripada pejabat tadi. Suaminya faham sangat. Kalau mulut isteri membantah tetapi nampak bergegas menukar baju, maknanya dia setujulah tu.



Setiba di gerai “char kue teow” yang biasa mereka singgah, adik di gerai tu menghampiri mereka dan bertanya, “Pak Cik nak makan apa?”. Pantas suaminya menjawab, “Char kue teow”. Ditegur isterinya, “Ish Abang ni, mintalah yang lain pula, mee ke, bihun ke. Kan dulu dah makan char kue teow ni”. Suami mula naik berang, “Menyusah je fikir-fikir, Abang tengah lapar, nak makan char kue teow le, Awak nak yang lain, pesan je la”. Muncung terus mulut si isteri mendengar arahan suaminya itu dan lantas memesan bihun sop untuk dirinya.



Sedang mereka menjamu selera, isterinya memecah kesunyian dengan bertanyakan satu soalan menjerat, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Sambil kepalanya masih tunduk menyedut lelehan kuah kue teow itu, suami membalas, “Sedap”. Terus melicinkan char kue teow kegemarannya itu. Apabila isterinya melihat piring suami telah licin, dia menegur dengan nada kecewa, “Awak tu makan, bukan nak ingatkan saya”

.

Tergamam suami mendengarnya terus membela diri, “Tadi tak cakap pun nak”. Sambut isterinya, “Dah cakap tadi, abang buat tak faham je”. Dibalas suaminya untuk membela dan membenarkan dirinya, “Mana Abang tahu awak nak rasa, kalau nak, pesan lagi satu”. Suara masing-masing mula meninggi. Isteri merasakan suasana romantik yang dia mula kecapi seawal suaminya mengajak makan di gerai tadi telah hancur berkecai apabila suami tidak memahami kehendaknya malam itu. 



Bagi Si suami pula, asalnya tadi keluar makan di luar untuk membantu isteri merehatkan badannya supaya tidak susah-susah memasak di rumah dan dengan harapan malam nanti dapatlah hadiah istemewa daripada isterinya. Tetapi sekarang, telah bertukar menjadi medan peperangan dingin dengan isterinya di meja char kue teow pula. Mengapa perkara ini boleh terjadi?



Kebiasaan wanita, apabila mereka berkomunikasi, mereka menggunakan ungkapan yang tidak terus. Mereka menggunakan bahasa berlapik, maksud terbalik dan berpusing-pusing sebagaimana peribahasa Inggeris “beats around the bush”. Laporan ScienceDaily (Jan. 21, 2005) berjudul “Intelligence In Men And Women Is A Gray And White Matter” mengatakan binaan otak wanita yang memang telah diprogramkan memiliki lebih “white matter” yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan yang lain hingga menyebabkan mereka pakar menggunakan pendekatan ‘komunikasi-bahasa-tidak terus’ ini.



Bercakap adalah asas perhubungan yang utama bagi wanita. Mereka menggunakan pendekatan ini untuk membina jambatan perhubungan dengan orang lain untuk mengelakkan konfrantasi secara terbuka, bersopan santun dan berbudi bahasa. Wanita memang suka menggunakan proses komunikasi cara ini untuk menyampaikan mesej terutama sekali kepada orang yang dia sayangi. 



Bagi mereka, jika orang yang dia sayangi ini memahami apa yang dia ungkapkan dengan tepat, maka orang itu dilabelkan sebagai seorang yang romantik. Sebagai contoh kalau mereka berdua sedang menaiki kereta dalam perjalanan yang jauh dan isterinya berasa lapar. Pada masa itu mereka sedang melalui deretan kedai-kedai makan. Terdapat beberapa ungkapan yang tidak terus yang wanita gunakan untuk memberitahu suami yang mereka lapar. 



Mereka tidak sanggup mengungkapkan perkataan, “Abang saya lapar, berhenti di kedai makan depan itu sekarang”. Mereka akan menggunakan bahasa tidak terus seperti berikut, “Abang tak lapar ke?”. Atau, “Dulu kita pernah makan di kedai depan tu kan, sedap masakannya”. Atau, “Tomyam kedai di depan tu sedapkan Abang”. Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang kebanyakan lelaki tidak faham. 



Maka suami yang romantik ialah apabila sahaja dia mendengar isyarat ini, dia telah tahu bahawa isterinya sedang lapar dan mahu makan. Tanpa bersoal jawab, dia terus sahaja membelokkan keretanya ke halaman deretan kedai makan dan mencari pakir yang dekat dengan restoren yang dia sebut tadi.



Namun kebanyakan lelaki tidak faham dengan bahasa-tidak-terus ini. Minda lelaki yang memiliki lebih sepuluh kali “grey matter” daripada wanita yang tugasnya hanya memproses maklumat, kurang dapat mengaitkan ungkapan atau ayat-ayat yang berlapik-lapik ini. Kefahamannya hanya bergantung kepada apa yang diucapkan. Dia tidak pandai untuk mentafsirkan apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. Oleh itu, jika isterinya beri isyarat. “Abang tak lapar ke?”, Dia akan jawab, “Tak lapar” dan meneruskan pemanduannya. Kecewalah isteri ini dan suaminya ini akan dicopkan sebagai tidak romantik.

Berbalik kita kepada kisah yang mula-mula saya paparkan itu. Apabila isteri bertanyakan kepada suaminya, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Ini bermaksud, “Abang, saya nak rasa sikit char kue teow tu”. Dan sebaik-baiknya, tanpa soal jawab, suaminya itu terus menukar piring char kue teownya dengan mangkuk bihun sop isterinya. 

Selepas minum separuh, suami itu juga menukarkan gelas minuman milo aisnya dengan minum isterinya. Suami yang berbuat demikian dicopkan sebagai seorang yang romantik. Dia bukan hanya dipuji kerana memahami kehendak isterinya, malah isteri juga puas kerana dapat merasai dua jenis makanan dan minuman pada malam itu dengan harga yang dibayar oleh seorang mengikut perkiraan wanita.

Berikut saya paparkan sedikit daripada ungkapan bahasa-bahasa-tidak-terus yang boleh dijadikan panduan kepada suami jika dia terdengar isterinya.1. Bila suami mengajak isterinya pergi ke sesuatu tempat dan isterinya menjawab, “Tengoklah”. Besar kemungkinan maksudnya dia tidak mahu pergi.2. Bila suami isteri sedang berbincang untuk membeli atau memberikan sesuatu kepada isteri, tetapi dalam perbincangan itu timbul pelbagai masalah hingga isterinya seolah-olah mengalah, “Saya tak kisah”. Sebenarnya apa yang dia maksudkan itu ialah dia kisah dan mahu juga benda itu.3. Bila suami pulang dari kerja dan sesampai di pintu, isterinya menegur suaminya, “Abang letih eh”. Bagi suami yang tidak faham, pasti akan menjawab apa yang dia rasai seperti, “Aa, letih”. Maka kecewalah isterinya itu kerana maksud sebenar ialah dia hendak mengajak suaminya keluar masa itu juga.

Mengapa orang lelaki tidak faham bahasa perempuan ini ialah kerana kebiasaannya orang lelaki berkomunikasi menggunakan ayat yang pendek, terus, tepat kepada maksudnya dan penuh dengan fakta. Lelaki dengan watak kepimpinan dan penguasaan sering menggunakan komunikasi ini untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang lain. 

Di dalam perniagaan, cara komunikasi sebegini amat sesuai untuk membuat keputusan dan keberkesanan perundingan dengan cepat. Tetapi kalau cara ini digunakan untuk berkomunikasi dengan orang perempuan, ia dilihat sebagai kurang sopan dan tidak beradab.

Oleh itu nasihat saya kepada suami yang ingin memahami bahasa terbalik isterinya ialah,1. Bila isterinya bersuara, cuba dengar betul-betul ungkapannya dan lihat juga air muka serta pandangan matanya. Pasti kita boleh memahami maksudnya sama ada terus atau terbalik melalui tonasi dan bahasa badannya.2. Kalau suami masih merasai tidak faham maksudnya, cepatlah bertanya secara terus terang, “Apa maksud awak tadi?”.3. Bila suami telah memahaminya, maka simpanlah ilmu dan kemahiran ini untuk digunapakai masa depan apabila diucapkan oleh isterinya nanti. Pastinya suami ini dilebelkan sebagai lelaki yang paling romantik.4. Terimalah cara bahasa terbalik yang amat memeningkan kepala ini sebagai tanda isteri masih sayang kepada kita. Kebiasaannya, isteri tidak menggunakan kaedah ini kepada sesiapa sahaja yang dia tidak kenal melainkan kepada orang yang dia sayangi dan teman sejenisnya

Kepada isteri pula,1. Sebelum anda menggunakan bahasa berbahasa ini kepada suami, sila lihat dulu keadaan suami anda. Jika dia dalam keadaan serius atau kelihatan letih atau mengalami stres, jangan gunakan lagi pendekatan ini. Dibimbangi, ketidakfahamannya nanti boleh menyebabkan jiwa panas barannya mengganas.2. Kalau keadaan suami kelihatan ceria dan bersedia untuk bergurau senda, bolehlah anda bermanja-manja menggunakan bahasa terbalik berpusing-pusing ini untuk menagih kehendak dan keperluan anda. Kalau dia tidak faham juga, anda hendaklah dengan suara manja menerangkan maksud sebenar. Jangan mengharapkan dia faham sendiri kalau dia kelihatan tidak faham. Nanti anda juga yang kecewa.



Wednesday, November 13, 2013

TIPS: TIKET LEGOLAND MURAH






Menunaikan impian Ammar yg hari2 berzikir kt telinga sy n alan..
nak pegi legoland..nak pegi legoland..
bernanah dah telinga mak dia ni..


ammar masuk free aritu..
sebab kami guna ticket promo dari pek biskut Tiger..
haa klu ada sape2 yg nk pegi legoland bawak anak2..
bleh guna ticket promo ni..
promosi sampai 31jan 2014 jer ye,,
cepat2 jangan terlambat..
igt tau..beli biskut TIGER..
cari yg ada promosi kids ticket for free..
tapi yg tak baper best..
kena bayar full price utk dewasa klu nk dapatkan tiket free utk kanak2..
harga tiket full rm140..
klu beli guna mykad, hanya 120 je utk dewasa..
tapi takleh laa dapat tiket free utk anak2..
so pandai2 laa rancang..
hihihi..


lagi satu..
makanan dalam legoland ni mahal nk  mampos..
air mineral botol kecik je dh rm3..
air manis lain dalm botol ke tin dah rm5 keatas..
amenda tah jual memahal..
blom lg cite harga makanan..
set burger je dah rm20+
nasi lemak rm10 sepinggan..
aduyaiii ngresep...kata org JAWA..
hahaha..
so tipsnya..
sila bawa bekal makanan masuk beg ye..
bawak laa air, roti2, biskut2 utk alas perut sementara dalam tu..
klu tak, mmg habis duit dok beli air jer tak habis2..
mmg tekak asik dahaga je bila dalam ni..
perut pun lapo manjang..
bawak bekal adalah tindakan yg bijak..


satu tips lagi..
sila bawak payung bila pegi sini ye..
sebab kita taktau cuaca skang ni kan..
tup tup je hujan..
tup2 jer panas terik..
so payung tu byk membantu..
n utk org lelaki n anak2 kecik tu..better pakaikan topi..
panas oo dalam ni..


and nasihat terakhir sy..
klu nk pegi legoland..
make sure korang pegi awal pagi ye..
buka je legoland tu, terus masuk..
sebab permainan mmg macam2..
dan klu waktu cuti skolah ni, mmg ramai org..
beratur sekian, nk main ni sekian..
so klu pegi lambat, mmg tak sempat nk main sume..
rugi wooo..
tiket bukannya murah..
nak pegi pun bukan senang kan..
so lebih baik korang gunakan masa secara berhemah..
dont worry, dalam sini byk surau utk solat..
tandas pun bersih2..
utk nursing moms pun ada tempat utk susukan anak..
so kira lengkap laa dalam ni..


oklaa tu jer yg sy nk cite..
surely kena repeat lg ke legoland..
but as for time being, mmg tak laa..
nih pun bertangguh2 je nk kesana..
akhirnya lelap mata, baru laa sampai..
hahaha...


oklaaa..jumpa lagi..
au revoir!







Monday, November 4, 2013

SESUATU YG MENARIK UNTUK DIKONGSI..!

c/p 

Soalan: Jika suami sudah sediakan makan minum, tempat tinggal, pakaian, dan segala keperluan rumah, adakah suami perlu memberi duit setiap bulan pada isteri?

Ustaz Azhar Idrus:

Jika suami telah menyediakan tiga perkara iaitu makan minum, pakaian, dan tempat tinggal, maka dia telah dikira menunaikan nafkah isteri.

Jika isteri duduk di rumah tak buat kerja apa-apa, tak masak, tak basuh baju, makan order dari restoran saja, baju hantar dobi, dia tak kemas rumah, dia tak melahirkan anak, tak jaga anak, tapi dia hanya main facebook siang malam 24 jam, maka tak perlu lagi beri duit belanja setiap bulan.

Tapi jika isterinya membuat kerja-kerja di rumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah, dan sebagainya, maka suami kena lah beri duit untuk isteri setiap bulan. Tak perlu tunggu isteri mintak baru nak beri, jadilah suami yang gentleman. Diakan isteri kita yang kita duduk tergila-gila sebelum akad nikah dulu. Jangan buat tak ingat pulak.

Jangan lupa, isteri juga yang mengandung sembilan bulan dan dia yang menggadai nyawa melahirkan anak kita dengan kesakitan yang amat sangat semasa nak keluar anak. Suami ada rasa sakit begitu? Tak ada. Yang adanya suami hanya duduk mundar-mandir saja di luar bilik bersalin, kadang-kadang siap mengurat nurse lagi.

Jadi, suami cuba fikirlah samada dengan memberi seribu ringgit sebulan untuk isteri itu cukup atau tidak berbanding dengan kesakitan dia melahirkan anak, kesusahan dia menjaga anak, beri susu anak, basuh berak anak, dan sebagainya...

Sunday, November 3, 2013

KEPUTUSAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2013- KELANTAN vs PAHANG

yieehhhhaaaa...
pahang menang..!
saya suka..
saya suka..
saya suka..


hiksss..
saya bukan laa peminat pasukan pahang..
tapi sy suka pahang menang..
bagi laa chance kannn...
asik kelantan je sapu sumer..


pahang bermain sgt baik malam ni..
aturcara permainan sgt sistematik..
teamwork pun sgt bagus..
tak kucar kacir..
walaupun pada awal permainan, mereka semua bermain dalam hujan lebat..


tapi sayangnya..
banyak peluang gol yg boleh dijaringkan oleh pahang, tak masuk..
walaupun peluang terbentang depan mata..
no luck maybe..
takpela, sebab pada minit ke 59 akhirnya matias conti dapat juga jaringkan 1 gol..
hasil tandukan power kepala keras dia..
kekekke...


gol tu mmg gol bukan jangkaan..
sebab tandukan tu lembut jer tapi tinggi dan melepasi khairul fahmi (keeper kelantan)..
mmg cantik arr..!


cuma sy as penonton di rumah merasakan referee malam ni, berat sebelah..
referee byk menyebelahi kelantan..
sebabnya banyak kesalahan team kelantan, dia hanya berikan amaran..
tapi bila tiba pemain pahang yg buat salah, preettt terus bagi kad without warning..
then dapat free kick..senang jer! hek eleh..
tak adil betul..
tapi tak pelaa pahang..
referee tak side korang pun..korang menang dahhh..
kan kan kan..


anyway tahniah kepada pahang..
tahun ni nasib menyebelahi pahang..
takpe laa kelantan..
tahun depan leh cuba lagi!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...