Thursday, February 10, 2011

HATI HATI

Tajuk macam lagu emma af la plak..
Tapi nk bagi mesej serius okeh..

Haritu masa jalan2 kt melaka..
Spesifik lagi dalam bazar samudera..
Tiba tiba terdengar ada budak menangis...
Betul2 kt tengah kesibukan org lalu lalang..
Rupanya ada sorg kanak2 ppuan berbangsa india...
Sedang menangis dengan kuat..
Kerana kehilangan jejak ibu bapa or waris dia..
Adehhh nk tolong pon acik tak ghoti..
Acik bukan pandai cakap tamil..

Nasib baikla ada sorang pengunjung berbangsa india jugak tolong carikan makpak budak tu..
Taktau la saya jumpa ke tak..
Kalau yg jumpa tuh org yg berniat jahat..
Taktau laa apa nasib budak tu..
Kesian..semoga dia selamat..

Apa yg sy nk tekankan kt sini acewaaaaahhh..
Sepatutnya ibubapa patut lebih mengawasi anak2 bila kt tmpt yg ramai org..
Biarpun anak kita tu suka nau lari tak kira tempat..
Kita as parents kenalaa pastikan supaya mereka sentiasa ada disekeliling kita..
Sekarang nih mcm2 benda boleh jadi..
Sok bila anak dh hilang..
Barulaa nk sedih..nk kuar sokkabar and tv bagai sebab nak cari anak..
Sedangkan at the first place..kita yg cuai..
Saya ingat dengan mcm2 kes yg kuar kt media..
Org ramai akan ambil iktibar..
Tapi rupanya masih lagi ada yg leka..or buat tak peduli..
Zaman ni org yg baik atau jahat tu bukan boleh diukur ngan paras rupa..
Kita kena perlu byk berhati2..

So berhati hatilaa..
Walau tempat tu adalah sangat biasa utk kita..
Walau anak main di depan rumah sekali pun..
Kerana kejahatan tuh kalau nak jadi tak kira di mana kita berada..

Ermmm agak2 kamal affendy nak amik saya jadi assistant tak?
Hiksss..

4 comments:

  1. nasib baik tak hilang kena culik, budak ppuan bahaya sikit..baru ni ade kawan aku, rantai anak die kena ragut kat pasar tani..isk bahaya tul zaman skang..takut plak nak pakaikan emas kat anak aku..

    ReplyDelete
  2. Bahaya btul kalau tak hati-hati biler bawak kanak-kanak nie...:(

    ReplyDelete
  3. Ann..kecik2nih toksah laa pki emas2 dulu..sok dh besar belikn...bhayaa woo skng..

    ReplyDelete
  4. Three musketeers..mmg betul.mcm2 boleh jd skang ni

    ReplyDelete

Dah baca..marilah komen plak..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...