Wednesday, June 3, 2009

NASI AYAM

Ahad lepas kita 1family gi makan kt Ani Sup Utara. Ermmm sedap sup kt situ. Then ayah pon ade gak order nasi ayam. Yg sedapnya sos cili dan kuah kicap yg dituang atas ayam. Mmg lain skit kalau nk compare ngan nasi ayam yg biasa ibu makan. So, ayah pun request kt ibu soh buat nasi ayam ngan sos yg sama macam kt restoran tu. Adoiii mana reti beb..Takpelaa ibu try ler jugak...puas gak menggooggle dan mengyahoosearch..semuanya kerana suamiku yg tersayang itu...huahuahuahua..









Ini laa hasilnya. Tah ler apa rasa kt tekak ayah tu. Pada ibu sama dah mcm kt restoran tu..hikhikhik..so malam kang, sila bagi komen ye ayah...huhuhu..tapi klu komen lelebih len kali sendiri masak...(ugutan soh puji wakakakkaka)..




Bahan sup ayam:
Daging ayam
Rempah sup
Bawang putih, bawang merah
Halia
Stok ayam
Garam+gula

Cara:
Tumis bawang merah+putih+halia yang telah ditumbuk. Dah naik bau, masukkan rempah sup. Kacau sebati hingga naik bau rempah. Masukkan ayam. Kacau lagi sehingga ayam mengeluarkan jus. Masukkan air (kuantiti air hendaklah mencukupi utk sup dan untuk dimasak bersama beras) dan stok ayam. Tunggu hingga mendidih dan masukkan garam+gula. Sesuaikan mengikut citarasa.

Keluarkan daging ayam yg dimasak bersama sup tadi. Gaulkan bersama sedikit kicap dan sos tiram. Perap sebentar. Selepas itu boleh laa digoreng atau dibakar sebentar (jgn goreng or bakar lama sgt sebab ayam akan jadi liat dan keras).




Bahan Nasi ayam:
Beras
Sup ayam
Serbuk kunyit

Cara:
Masukkan beras yang telah dicuci dan tos ke dalam periuk. Masukkan sup ayam yg telah dimasak tadi mengikut sukatan air seperti memasak nasi biasa. Masukkan sedikit serbuk kunyit utk mewarnakan nasi. Masak nasi seperti biasa.




Bahan sos cili:
1bj tomato
2tgkai cili merah
sos cili
garam gula
sup ayam
bawang putih ketuk

Cara:
Blend sume bahan kecuali bwg putih. Tuang ke dalam mangkuk baru masukkan bwg putih ketuk.




Bahan sos kicap:
Kicap
Sup ayam
1 ulas Bawang putih (hiris halus)

Cara:
tumis bawang putih dan masukkan sup dan kicap. tunggu mendidih dan tutup api. Kalau tk suka bawang putih leh tapis dulu utk buang hirisan bawang.




Lepas tu leh la disatukan sume bahan-bahan yg telah siap dimasak ke atas pinggan. Ikut ler kreativiti memasing nk susun cmno. Lepas tu leh laa di ngap..hehehe..

2 comments:

  1. bg resepi nak suh aku try ke?heheh...slaloo gaks makan kat Ani Sup Utara (sini)....nnt aku dtg umah kao leh laa wat nasi ayam pulak ye..

    ReplyDelete
  2. hahahaha mmg nk soh ko try ler tu..petik jari je weh..heheh

    oo request nasi ayam ek?hahah buleh2..senang banget ni..

    ReplyDelete

Dah baca..marilah komen plak..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...