Saturday, November 28, 2009

AIDILADHA DI JOHOR BAHRU

Salam Aidiladha untuk semua. Ini time, raya korban disambut kt JB. Biasalaa..kena gilir2. Kalau raya puasa dah kat PD, so raya korban balik ke JB pula. Barulaa dinamakan diplomasi terpimpin..huahuahua..apa je laa yg ibu ngarutkan..tensi ni sebab lama gila baru dapat upload gmbo. Tah hape hal tah.



Raya kali ni tak ler meriah macam tahun lepas. Sebab ramai yg takde. Mamade, mamangah ngan pak janggut selamat sampai dah kt Makkah. So yg tinggal yg ade dalam gambo tu aje la. Anak2 mamade ade pada pagi raya. Tapi lom sempat amik gambo, diorg dah dihangkut ke rumah nenek diorang. So, makin kurang laa ahli rumah Maktok. Mamatam plak ke Australia sebab nak beraya bersama pakcik Nahar. Lagipun cuti sekolah kan, so dia akan lepak lama skit kt sana. Lepas tu plak, Oteh lambat sampai. So, tkde laa masuk juga dalam ini gambar. Ermm tkpelaa, tkde dalam gambar bukan bermakna takde di sini. Tahun ni jugak takde buat korban mcm tahun lepas yg sampai 2ekor lembu tumbang. Ermm apa2 pun raya tetap raya...betul kan??

Ahli2 yg beraya di rumah maktok..hehe sume lebih kurang je kale bajunya..

Kita serba purple ini hari raya..


Mak Andak dan Andak serba pink..


Bersama maktok..

Heheh sedondon sume...kaler2 baju sume dlm 1tone yg sama.

Tuesday, November 24, 2009

MARBLE CAKE

Before cutting ceremony..hehehe. panas baru kuar oven.


After...

Lepas 30minit...sume selesai masuk perut. Sedap ke lapar?.oopss bukan berdua ye..tapi berlima. Sebab masa ni kaklong nadira ngan abg boy ade kt sini. So after kuar oven, terus potong dan ngap. Hehe laku kek ibu. Klu cmni, ibu senang hati nk wat kek selalu. Sebab seronok tgk apa2 yg ibu masak, org lain suka makan.



Marble Cake:
3bj telur
1 1/4 caw tepung gandum
1 caw gula halus
1 caw majerin/butter
1 s/t esen vanila
1 s/t baking powder
1 s/mkn serbuk koko
1 s/mkn susu pekat

Cara:
Putar butter bersama gula halus sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila. Kacau rata.Ayak tepung bersama baking powder secara berasingan. Masukkan ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit. Adun rata. kemudian masukkan susu pekat. Kacau lagi. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko dan dikacau rata. Panaskan ketuhar. Selang selikan adunan koko dan butter dalam loyang. Bakar sehingga masak. (30 min api bawah, 4-5min api atas)

Friday, November 20, 2009

AMMAR'S DAY OUT

Kalau time tgh takde watpe, rajin juga laa ayah bawak Ammar ni gi main lari2 depan masjid putra. Sana kan mmg tempat lepak warga putrajaya pada waktu malam. Ramai yg dtg sini bawak anak2 main lari2. Ada yg bawak basikal,push car,main controlled car eh macam2 lagi laa aktiviti kt sini. So Ammar aktivitinya, mmg lari2 je ler.Semput ayah ngan ibu nk kejar. Dia bukan reti nk berjalan asik berlari jeeee...Adoiii..

Kurus dah kan anak ibu ni..ilang dah pipi bambam dia..

Ha tu tgh berlari laa tu..ibu tolong tgk jelaa..soh ayah yg kejar.

Gambar last sebab masa ni hujan dh turun. Cian Ammar dapat jap main lari2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...