Monday, September 16, 2013

KEPUTUSAN AKHIR PESTA BOLA MERDEKA: MALAYSIA vs MYANMAR

Tahniah Malaysia!
tak terlambat lagi kan?


Akhirnya berjaya gak piala ni kembali ke negara kita..
Hadiah istimewa sempena hari Malaysia 16 sept..
Congrats again pasukan Harimau Muda!


Kali ni diorg adakan perlawanan di stadium darul makmur, kuantan..
Sayang sebab jauh..
klu buat kt stadium shah alam or bukit jalil..confirm penuh melimpah ruah org g tgk..
dh laa harga tiket pun diturunkan..
mmm..


perlawanan berlangsung dengan baik..
tapi kali ni nampaknya pasukan malaysia banyak diasak oleh myanmar..
mujur pertahanan dan penjaga gol beraksi cemerlang pada perlawanan kali ni..
banyak juga percubaan menjaringkan gol dari myanmar yg ditepis penjaga gol...
 mungkin jugak luck takde kot..
sebabnya banyak cubaan yg tersasar dari gawang...


walaupun diasak..
pasukan harimau muda sedaya upaya juga utk menyerang kembali..
Setelah beberapa kali menyerang, akhirnya berjaya juga Rozaimi Abd Rahman menjaringkan satu gol utk Malaysia..
Separuh masa pertama berakhir dengan satu gol dari malaysia dan kosong dari myanmar..


Pada separuh masa kedua..
Myanmar semakin kental utk menyerang gawang Malaysia..
Pada pandangan saya..pemain tengah Harimau Muda harus lebih bersemangat membantu pasukan..
Perlawanan dengan Thailand sebelum ini lebih menarik corak permainannya...
Bahagian tengah agak lemah kali ni..
banyak peluang yg terlepas macm tu sajer..


Mujur pertahanan pasukan berjaya menyekat myanmar..
Dan keputusan masih diikat dengan satu jaringan sehingga masa sebenar tamat (90minit)


Malaysia masih sedaya upaya menjaringkan gol dalam masa tambahan yg diberi..
Dan sy rasa sebab masing2 dh penat kot sebab...
Pada saat saat akhir, Putera Nader aka Junior berjaya menjaringkan satu gol lagi utk malaysia..
Kiranya gol terkejut gak laa..hahaha..
Sebabnya, leretan bola yg sangat steady dan laju tapi tidak disangka akan membolosi gawang..
Penjaga gol myanmar pun kelihatan macam terpinga2 je tgk bola..
kikikiki..
Dh sememangnya perlawanan kali menyebelahi Malaysia..
Malaysia menang dengan 2 gol!
Alhamdulillah, dan tahniah!


Pemain terbaik telah dikalungkan kepada Wan Zack Haikal..
Sememangnya beliau layak menerima anugerah itu sebab kerja kerasnya membantu pasukan..
manakala penjaring terbanyak dianugerahkan kepada Rozaimi Abdul Rahman..
tahniah ye korang!
Ahaks!


well tahniah sekali lagi utk pasukan harimau muda..
Tapi mcm mana pun jangan lah leka sgt dengan kemenangan ni..
Lepas ni Sukan SEA plak..
kasi hambat bebetul supaya kita dapat balik pingat emas..
kasi main bebetul..
hokeh!


kepada Ong kim swee..
tahniah..anda berjaya mendidik anak2 buah anda dengan baik..
tapi berlaku adillah kepada semua pemain apabila ada perlawanan nanti..
pilih pemain yg benar2 menunjukkan prestasi terbaik utk turun dalam kesebelasan utama..
Jangan jadi mcm Dato K tu..
Sayang beno ngan player even player dah tak perform lagi..
Player kan silih berganti..adat laa tu..
Nama negara dan pasukan yg harus diutamakan..
Peace!


oklaa tahniah sekali lagi (baper banyak tahniah daaa)
walau saya lambat sehari..hihihi..
kekalkan prestasi..
Semoga arena sukan bola sepak Malaysia akan semakin maju!


Majulah sukan untuk negara!






1 comment:

Dah baca..marilah komen plak..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...