Friday, May 18, 2012

SEDIH..SEBAK...PILU..

Sy br tutup fb...


Baru je abis baca kisah menyayat hati..
Macm mcm versi..
Memula aritu dlm paper je..
Kisah bayi terselamat dari nahas jln raya even tercampak atas jln raya...
Tapi nahas telah mengorbankan ibubapa bayi tersebut.


Lepas tuh baca plak versi saksi kejadian..
Yg mengatakan bahawa arwah bapa bayi teesebut kononnya memandu dgn laju..
Saling kejar mengejar dgn sebuah inspira..
Lepas tu nk memotong sebuah bas..
Then terjadila kemalangan tersebut...
Sedih betul..
Saya bayangkan klu sy kat kedudukan saksi tu..
Cmne ler sy akan bertindak agak nya bila nmpk ada baby terjatuh tgh jln raya yg sibuk..
Aduyaiii..
Tak sanggup rasanya..
Then terkenang plak andainya klu anak sy plak yg ada kt tgh jln tu..
Astaghfirullah..
Jauhila keluargaku dari bencana sedemikian rupa..
Luluh hati sy..


Then arini baca plak versi kawan kepada arwah bapa bayi malang itu..
Yg mengatakan bahawa gambaran yg diberikan oleh saksi kejadian mcm susah nak dipercayai..
Katanya arwah rakan mereka adalah seorang yg tidak gelojoh memandu..
Bukan seorang driver dato' kerana mempunyai kelulusan yg baik..
Pernah mereka laman web sebuah syarikat telekomunikasi terkenal..
Dan begitu begini..
Versi ini diceritakan kerana ada yg memandang serong kepada arwah yg kononnya memandu dengan laju sehingga terjadinya kemalangan ngeri itu (mwngikut cerita saksi kejadian)


Ermm apa apa pun..
Ini kisah yg telah pun berlaku..
Apa yg berlaku ketika itu hanya Allah yg Maha mengetahui..
Kita sepatutnya mengambil iktibar..
Bukan memandang serong atau berkata yg bukan bukan terhadap arwah..
Sudah tertulis dalam qada qadarnya bahawa dia akan kembali mengadap Penciptanya pada hari itu..
Hentikan laa segala tohmahan..
Kita taktahu apa yg berlaku..


Cuma yg pasti..
Anak kecil mereka masih lagi bernyawa..
Bagaimana laa hidup dia di saat kedua org tuanya telah kembali ke rahmatullah..
Anak itu masih sgt baru mengenal dunia..
Sudah diberikan ujian yg sgt besar untuk ditanggung..
Di saat dia sgt rapuh dan memerlukan kasih sayang dari ibu bapanya..
Dia kehilangan keduanya serentak..
Sebak,pilu, sedih bila saya melihat wajahnya..
Terus saya terbayangkan anak saya..
Wajah bayi tersebut seiras dengan anak kedua saya..
Dengan kepala botaknya, dengan tembamnya..
Saya sgt takut membayangkan klu itu yg terjadi kepada anak saya..
Nauzubillah himinzalik..


Saya berdoa..
Semoga ada insan yg berhati mulia yg dpt membela nasib bayi malang itu..
Semoga ada insan yg sudi berkongsi kasih sayang..
Semoga dia terus tabah menghadapi liku liku kehidupan sehingga dewasa...
Dan saya berdoa bayi itu menjadi anak yg soleh..
Yang dapat mensedekahkan alfatihah kepada org tuanya apabila besar kelak..
Aduhhhh sy nk taip pun terketar ketar ni..
Terbayang bayang wajah dia..
Sedihnyaaaa...


Semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarga mangsa nahas menghadapi dugaan ini..
Al-fatihah...

1 comment:

  1. orang dah tak de. ckp yang baik baik je la. tak yah la nak aibkan arwah.

    Hanya Allah yang tahu kebenarannya. Al fatihah.

    follow u

    ReplyDelete

Dah baca..marilah komen plak..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...