Thursday, March 27, 2014

SURPRISE DARI SUAMI


Kot menyenget gambarnya..


Upload ok plak..
haih..


Anyway, terima kasih abg..
Hadiah jangan lupa ye...
kuikuikuikui...

HAPPY BIRTHDAY TO ME!




YEahhhh...
Its my birthday..


Semoga perjalanan hidup akan lebih indah..
Di bawah rahmat dan berkat ALLAH..
dikelilingi orang orang tersayang dan baik baik..
Di dunia yg aman dan damai..
Dan berjaya di dunia dan akhirat..


Semoga amal diterima..
Semoga kebaikan dihargai..
Semoga ibadah diberkati..


Amin ya rabbal alamin..!

Wednesday, March 26, 2014

TABIAT ANAK MUDA SEKARANG

Beberapa hari lepas..
sy ke kedai makan..


Ada sekumpulan remaja..
Dan sy rasa umur mereka dalam lingkungan mereka yg baru habis SPM..
yelah gayanya mcm nk meraikan results spm yg baru diumumkan..
beberapa orang lelaki..dan 2org perempuan..
duduk beramai ramai dengan meja yang dicantum cantumkan..
ok takde apa yg pelik di situ..


Cuma saya terkilan..
Dalam umur semuda itu..
Boleh dikatakan hampir kesemua remaja lelaki itu sudah mula MEROKOK..
Dengan perasaan bangga..
Dengan perasaan "wah aku dh dewasa..aku boleh merokok di tempat awam"
Berkepul2 asap rokok dihembus keluar..
Yelah sekali hembus sampai 2-3 orang..
lepas tu bergilir gilir (mereka dalam lingkungan 10-12 org) menghembus asap..
terus nampak berkabus di situ..
Lepas itu, asap rokok plak disedut masuk ke peparu..
disedut dalam dalam..betul betul menikmati asap racun tersebut..
manakala yg perempuan, elok jer duduk ditengah2 mereka..
menyedut udara+asap rokok tanpa resah gelisah..
hebattt! :(


Sedih saya..


Betul saya sedih..
sebab muda2 lagi mereka dh membiasakan dan mendedahkan diri mereka pada asap racun..
ada tu pula kepalanya berkopiah bagai..tapi mulut berasap2..
seolah bangga betul mereka..
boleh mereka merokok dengan bebas tanpa perlu sorok sorok lagi..


dan yg paling sedih lagi..
semua remaja ni MELAYU..
adehlaaa..


saya juga dari keluarga perokok..
ayah saya, adik adik saya merokok..
dan saya sangat tidak bangga tentang itu..
saya sedih diorg memilih utk meracunkan diri sendiri..
tapi tiada apa yg mampu saya buat..
pilihan adalah di tangan mereka..


tapi untuk diri saya..
saya memilih utk mencari suami yg tidak merokok..
dan sy sangat berdoa dan berharap agar generasi2 saya akan datang tidak akan sesekali merokok..
ia bukan sekadar merosakkan diri sendiri..
ia juga difatwakan HARAM..
membazir duit..
mencemar alam sekitar..


dan kerana perokok perokok tegar juga laa..
kerap hutan2 kecil sekitar putrajaya ni terbakar di musim panas ini..
kerana mereka mengambil jalan mudah mencampakkan puntung rokok mereka di kawasan kering..
puntung rokok yg masih berbara..
lalu mencetus api kecil yg menyambar daun2 dan rumput kering..
selepas itu mencetuskan kebakaran yg besar..
hingga mengorbankan banyak2 pokok2 lain..
dan menyebabkan jerebu..
haihhh...
klu aku tau saper yg baling puntung rokok sampai terbakar semak..
aku kerat je tangan diorang..jahit mulut diorang biar takleh merokok lagi..
kurang hasammm!


ermm..
ingat lah..ROKOK itu HARAM..
ROKOK itu MEROSAKKAN!


Thursday, March 20, 2014

KHAS UNTUK SUAMI KU..

Kisah Benar. Luahan Pengalaman Seorang Suami

Apabila menatap gambar-gambar ibu bersalin, menerawang fikiran aku teringatkan kembali 


detik-detik isteri aku ingin melahirkan zuriat pertamaku ke dunia. Ketika diberitahu isteriku dimasukkan ke dalam hospital pada jam 1 pagi aku masih dibuai mimpi di rumah sewa berhampiran universiti. Keletihan akibat kuliah penuh sepanjang hari sebelumnya. Sebelum tidur, aku sempat berbalas-balas SMS dengan isteriku bertanyakan keadaannya ketika itu. Katanya, dia tidak makan sejak petang lagi. Aku menyuruh dia mengambil air susu sebelum tidur. 

Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai. Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku teringat yang isteriku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa dirimu..

Apabila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10cm. Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku mula gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk aku sendirian.

Berbekalkan Quran burukku yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara normal. Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku.

Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku ‘’Adik.. Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri adik,’’pelawanya ramah. Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je. Keadaan sebenar isteri aku tidak aku ketahui. 

Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteriku perlu dibedah.. Ini kerana bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. Air mata yang cuba ku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan isteriku.. Setiap kali itulah air mataku kan bercucuran jatuh ke tangannya. Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil. Dengan segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu. Para doktor meninggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini kerana doktor telah membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi menyelamatkan bayi yang hampir lemas.

Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami bertentangan. Isteriku perasan mataku kembali berkaca. Dia mula menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangatku. 

‘’Abang.. Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk Abang tu?’’

Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama. Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan semangatku yang semakin luntur..

‘’Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya.. ‘’. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..’’

Sekali lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku. Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku. Membesarkan anakku bersama insan pilihanku.
Tamatnya waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan. Aku menghantar Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku juga untuk diriku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya..

Sedari jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik pembedahan. Aku dail, aku telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yanga aku kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteriku yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta. Mulutku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki. 

1 jam berlalu. Mundar-mandirku tidak mengeluhku untuk aku duduk. Walaupun kakiku lenguh berdiri dari tadi, tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteriku melenyapkan semua keletihan itu. Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata bulat muka mirip anak Cina. Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat dalam. Ibu cina pun ada.

‘’Suami kepada Zulaikha’’ ‘’Suami kepada Zulaikha’’ jerit nurse mencari ‘Yusuf’ Zulaikha.

Orang ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain termasuklah aku. Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu. Sampai nama bini pun lupa daaa..

‘’Ya.. Saya kak. Saya suami dia’’ 

‘’Encik.. Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia. Tapi sebelum tu, Encik kena kata apa?’’

Nak kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu. Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya anak aku.. Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun. 

Mungkin nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni perempuan. Baru aku faham.

‘’Perempuan nurse’’ kataku tersenyum malu.

Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia bulat besar. Taknak tutup pulak tu. Alhamdulillah.

‘’Nurse, macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’ tanyaku setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini.

‘’Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’

Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar, namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami berikan.

Keluarnya isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan. Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya. Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepadaku. Terharu. Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan mengucapkan

‘’Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang’’.

P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.

DAH JUMPA MH370?

Tadi ada PC dari kerajaan Australia..
kul 1230 tadi..


Katanya imej satelit diorang ada jumpa objek seakan2 serpihan kapal terbang..
Berdekatan dengan australia..
dalam lautan hindi..
lautan paling 'ganas'..


Tapi tah ler betul ke tidak itu adalah MH370...
Sebabnya diorang pun belum sahkan lagi..
Masih lagi dalam proses penyiasatan..
dah nak masuk 2minggu kan..
takde sebarang penemuan langsung..


kita yg takde apa apa kaitan dengan penumpang dalam tu berdebar debar..
apatah lagi dengan waris mangsa..
macam macam berita..
yg kesian diorg laa kena hadap semua tu..
iskk..


pelik kan..
kalau kt laut, takkan tak timbul2 sebarang bukti..
kalau kt darat, takkan takde satu pun helikopter or kapal terbang yg nampak..
macam hilang di angin lalu..
disembunyikan bunian..
nauzubillahiminzalik..


yang pasti segalanya kuasa ALLAH SWT..
kalau Dia taknak kita nampak..depan mata pun kita tetap tak nampak..
hanya Dia saje yg mampu merungkaikan segala misteri ni..


marilah kita terus berdoa..
agar ada perkhabaran gembira..
semoga ada penemuan..
AMINNN!



Monday, March 17, 2014

FUTURE MUSIC FESTIVAL: 6 DEAD

Kecoh seketika...
Langsung org terlupa sekejap kes MH370..
Dengan jerebu yg semakin teruk..
Dengan panas yg membahang..
Dengan hujan yg tak turun2..


Mengejutkan kan kes ini?
Saya?sangat terkejut..
One of them is my cousin..
Yg dah lama lost contact..
yg dah lama tak tau khabar beritanya..
Yg dh lama tak penah nampak kelibatnya..


Sedih..yes sedih..
Macam mana pun dia tetap waghih sy..
walau cara kematiannya dikatakan mengaibkan..
Cerita sebenar kita tak pernah tau..
Oleh situ saranan sy, sudah sudahlah menabur fitnah..
Sudah sudahlah mengeji..
Sudah sudahlah memberi tohmahan..
Kerana apa yg berlaku itu urusan Tuhan..
Hanya DIA yg maha mengetahui apa hikmah yg DIA mahukan berikan kepada kita rentetan kes ini..


Alhamdulillah..
Hujan membasahi bumi kita yg hampir kering ini..
Agaknya begitu juga dengan keluarganya..
"berhujan" tanpa hentinya ketika mengingati dia..
Semoga Allah memberikan keampunan kepada dia..
Semoga Allah mempermudahkan urusan dia bertemu-Nya..
Semoga Allah turut memberikan kita hidayah di atas kejadian ini..


Alfatihah utk sepupu ku..
Semoga kau ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman..!



Friday, March 14, 2014

GULAI DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API



Buat yg mencari cari idea untuk memasak arini..
Bleh laa try masak gulai lomak cili api ni..


Alkisahnya teringin makan daging salai..
Tapi nk pegi beli sampai kopilah nuuu jauh naa..
So salai ler sendiri..
Guna pemanggang ajaib..
Senang jer..


Cara saya..(diingatkan cara saya..)
Saya perap dulu daging yg dihiris nipis dengan kunyit n garam..
Dalam setengah jam gitu..
Lepas tu susun laa dalam pemanggang ajaib..
Panggang sampai agak2 masak..
kejap jer pon..


Lepas tu masaklah gulai lomak eh..
Saya masak style negeri sembilan..
Yeler, den urang nogori..konolaa masak cagho nogori..


Saya cuma amik kunyit hidup,cili api, halia skit.
Blender jer sume dgn skit air..
Serai titik2 jer..
Bawang2 i tak pakai yer kengkawan..


Lepas tu masukkan daging+kentang dalam piuk..
Humban segala apa yg diblender tadi..
Masukkan serai2..(lagi banyak serai lagi sodappp)
Masukkan santan cair (den pakai santankotak yo..amik dalam 3sudu santan+air smpai tenggelam daging)
didihkan..
Saya tak main tumis tumis ni..tak ori kata org nogori..hahahaha
Dah tu , lepas didih, tambah kan asam keping 1 keping..
Tambah santan pekat (balance dr kotak tu)
Haa stage kena kacau selalu..supaya tak pecah minyak.
Biar menggelegak..
Dah sudah, perasakan dengan garam+gula skit..
Setel..


Oklaa nanti kita sambung lg ye..


JALAN JALAN CAMERON HIGHLANDS: PEJABAT POS CAMERON HIGHLANDS



Adehhh..
Pejabat pos pon ko nk tayang ke cik kak..
Eh sukatik laaa kan...
hahahah..


Pegi sini sebab nk update BUKUWANG..
hahahah..
Tempat lain sume penuh..
Beratur sikit punya panjang..
ada tu siap habis nombor lagi..
So alang2 dh sampai sini..
Tempat pun tak ramai org..
Gunakanlaa kesempatan yg ada..


Sama jer mcm pejabat pos yg lain..
takde apa beza..
Yg bestnya tak ramai orang..
Tuh jer..


Monday, March 10, 2014

DOAKAN YANG TERBAIK..untuk MH370

Macam macam andaian..
macam macam spekulasi..
macam macam tekaan...


Saya baca semua..
Saya fahamkan semua..
tapi saya tak percaya semua...


Sedih..
Pilu..
Terasa rasa sebak di hati..
Walau tiada sedara mara di dalam sana..
Tapi hati saya bagai tersiat siat sedihnya..


Harapan saya..
Semoga semuanya akan baik baik sajer..
Andai kata ada keajaiban yg berlaku. ALHAMDULILLAH..
tapi andai kata, kematian itu adalah penyudahnya..
Semoga mereka dapat menemukan semuanya..
Agar dapat disemadikan dengan aman..
Biar ada tanda, bahawa mereka pernah bersama kita...


Untuk ahli keluarga, sahabat dan kenalan mereka itu..
Bertabahlaa..
Tuhan sedang menguji..
Kami ini juga menyokong anda..
Semoga doa dan kasih sayang kami yg sedikit ini dapat mengubati duka lara anda yg besar itu..
Kami juga turut bersedih atas kehilangan itu..
Kami juga merasakan keperitan itu..
Sesungguhnya, doa kami tak putus2 agar segalanya akan berakhir dengan cepat..


*sedihsgtsampaipeningkepala*


Wednesday, March 5, 2014

JALAN JALAN CAMERON HIGHLANDS: BIG RED STRAWBERRY FARM










Nih juga adalah tempat wajib klu pegi cameron..
kalau tak pegi..mcm tak lengkap jer..


Terletak di brinchang..
Kena tengok bebetul signboardnya di sebelah kanan jalan besar kalau dari tringkap..
Sebab signboard pun ala ala dah mendung jer..
huhu patut diperbaiki..
kiranya klu dah nampak Dewan serbaguna orang ramai tu, dh dekat ler tu..


Haaa tempat ni menarik dan PERCUMAAAAA...
yee PERCUMA.
takyah bayar kalau nk masuk..
cuma kalau nk beli apa2 kena ler bayar kan..
tu biasalaaa..


Sini cantik sgt dengan macam2 sayuran yg ditanam secara hidroponik..
hijauuuuu jer..
Segar mata..
ade strawberry gak sini..
lepas tu ada juga kedai yg jual segala barang yg berasaskan strawberry..
kedai mkn pun adoo..
kebanyakannya jual snack laa..
utk alas perut..
nasi2 takde yee..


besar tempat ni..
banyak seksyen..
seksyen bunga, seksyen sayur, seksyen strawberry..
penat gak laa jalan sebab mcm mendaki skit dalam ni..
tapi cargas cargas..
kata kt tempat sejuk..
hehhee..


kt bumbung plak diorg tanam anggur..
ms kitorg g, anggur tgh gigih berbuah..
nmpk sedap jee..
tp tokleh petik..
huhuuhuhu..

Monday, March 3, 2014

HOTEL COPTHORNE, CAMERON HIGHLANDS

 Berstoking bagai sebab sejukkkkk sgt



Aisy dah tak tahan sejuk..dia dh menggigil masa ni..



Suhu masa ni 16 darjah celcius....aircond paling sejukkkk....!


Dalam bilik hotel...



Luas juga biliknya..


Dulu namanya Hotel Equatorial..
Skang dah rebranding...jadi nama Hotel Copthorne..
Terletak kt tringkap, dekat ngan kea farm..
antara hotel yg berada kt tempat paling tinggi di Cameron..
Camne laa tak sejuk kedohong..
huhuhu..


Tapi best ler hotel ni..
Yeler hotel ada nama besar kan..


Saya book hotel ni dr booking.com
Masa tu masih nama equatorial..
Tapi lepas tu dapat email dari management copthorne ni..
Diorang offer best punya..
So dapat rate yg murah skit..
Termasuk laa breakfast..
Hahahaha..
so masih dalam budget cuti2 kitorg..
Boleh laa on terus..
Sebab itu nyinggah ke cameron..


 Buffet Breakfast kt sini pun ok gak..
Macam2 pilihan..
Rasa biasa biasa jer.
Nak kata sedap sgt pun tidak...
Nak kata tak sedap, sedap jugak..
Bleh laa..


Bilik besar..
Macam kitorg 4beranak ni..
Pilih twin bed jer..sebab senang nk share ngan anak sorang satu..
Even katil single, tapi luas juga..
Selesa laa tidur walau tidur berdua ngan anak..


So, mmg recommended laa pada sesiapa yg nk cari hotel best..
Harga reasonable..
Bleh check sendiri kt website..
Or tgk kt web utk cuti cuti.. macam agoda ke booking ker..







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...