Friday, October 29, 2010

MENU HARI NI

Bila dh tiba hujung minggu mula laa..otot2 ni malas je nk masak memasak..kadang tu buntu taktau nk masak pe..kadang tu mmg malas..hahaha..ayat tokleh blah punya..jujur dan ikhlas mengakuinya..


So arini mmg dh start laa mood malas..ikutkan mmg sgt malas ke dapur utk memasak..nak je tipon Alan ckp arini beli je buleh dak? hahaha...tapi konang2 kan kang ujung minggu ni mesti kuar pi memana..dah tentu2 makan kt luar..takkan arini pon nk makn luar gak..huh bankrap laa klu gitu..lauk pon bukan tkde..byk je lagi..haiihhhh..nak tak nak kena rajinkan diri gak..huhuhu..




Apa yg berlaku..? Sambal sotong pon 'termasak' laaa..begitu juga dengan tumis sawi bersama telo..selamat dah untuk menu arini..takyah poning2..takyah nk pikir pikir nk makan luar..sep bajet..!hehehe..

Thursday, October 28, 2010

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

COPY DARI FACEBOOK..SHARING IS CARING..CREDIT TO THE OWNER..


para ibu bapa sekalian..

Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak.

Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.

Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakanrahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.

Wednesday, October 27, 2010

AMMAR DAN ATUK

Ermm hari ni ontok je rasa..hari pon mendung sepanjang hari..matahari cm segan lak nk bersinar..jemur kain pon tk kering..dah bape hari dah..nasib baik laa pakai downy..klu tak mmg bushuk masham laa kain baju..

So arini mood pon agak2 longlai..nak masak pon malas..tapi kena masak gak klu tak kang nk makan pe..dah ler baru mlm semalam membeli lauk kt pasar borong..so mmg tkde alasan laa nk makan luar huhuhu..

So layankan aje gambo Ammar ngan atuk dia ni..lama dah pon gmbar ni..sebelum puasa aritu..tapi asik terlupa nk aplot..

Ammar ni klu dah lama tk jumpa atuk mula laa malu2 mioww skit...jauh2 je bila atuk nak dekat2..tapi bila dh lama2..nak2 klu atuk ajak main ball..haa kejap je dah melekat kt atuk..





Tgk laa tu..kemain lentuk lagi..

Tuesday, October 26, 2010

SUNGAI LUI -AIZAT



Suka sangat dengar lagu Aizat ni skang..mcm lagu 80's pun ada gak bila dengar melodi dia..but thumbs up to Aizat kerana berjaya menghasilkan lagu2 yg bagus dan sedap di dengar..takde laa asik lagu cinta minta jer..

TAUHU TULIP

Semalam tingin nak buat tauhu tulip..hehe actually dah lama dh nak buat dari minggu lepas..tapi asik bertangguh..sudahnya sampai laaa tauhu pok tu dh rosak..dh berkulat..argghhh putus harapan tol..oo lupa lak AlanJF lom balik..leh kirim beli tauhu pok ni..heeeee bersungguh tol..mana taknya inti dah siap ler..takkan nk buang..sayang ler..





Then, tunggu punya tunggu tak gak balik2 org keroje ni..rupanya dia leh lak main pingpong kt opis sebelum balik..adehhh ampeh tol..bukan nak cakap awal2..so dari jadi hidangan minum petang, sudahnya jadi appetizer before dinner..hahaha nasib ler tu..but for me, jadi dinner laa..kenyang dah..





Nak membuat tauhu tulip kena sabar skit..nak kata renyah pon tidak..tapi proses dia tu ade byk step..memula kena buat inti then kena terbalikkan tauhu pok..haa nie keroje yg payah skit sebab kena hati2 masa terbalikkan tauhu ni..kalau pecah/koyak tauhu ni dah tokleh pakai dah..sayang kan..then sumbat inti, lepas tu celup telo and then goreng..haaa kan dah kata byk step..hehehe





Tapi bila makan...memang berbaloi.sedap dan mengenyangkan..!





Resipi:





Tauhu pok (ikut suka laa nk bape biji)


Tauhu putih (3biji-hancurkan)


Daging ayam cincang


Bawang putih and merah (tumbuk halus)


Daun sup (cincang halus)


Cili merah (cincang halus)


Telur 1biji


Garam+gula secukup rasa





Cara:


Masak inti terlebih dulu. Masuk bawang yg telah ditumbuk then masuk daging ayam. Kacau hingga daging ayam masak dan masukkan tauhu putih. Kacau rata dan masukkan daun sup and cili merah. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan ketepikan.




Ni sebelum goreng..


Tauhu pok dibelah sedikit di tengah2. Kemudian bahagi kepada 6bahagian. Dengan hati2, terbalikkan tauhu tu..secara automuatik, akan terbentuk kelopak seperti kelopak bunga tulip. Tuh sebab dipanggil tauhu tulip..hehehe..Isikan inti tadi padat2. Celupkan dalam telur yg telah dipukul. Goreng dalam api sederhana hingga kuning keemasan.. dah siap..ngap laa!hahaha..


Banyak resipi tauhu tulip. Maksudnya..inti nya la..ade yg pakai keledek ada yg pakai kentang. Ala tak kisah mana2 pon. Ikut sedap tekak.. klu suka mana2 pon boleh..but after all, mmg pueh ati laa...sedap dan kenyang!



Ni lepas goreng..

Thursday, October 21, 2010

SAYA YG MENONTON..


Tgk ler gelagat mamat ni yg asik masyuk tol tgk tv..Kengkadang geli hati tgk aksi2 dia yg kita tak pernah fikir dia akan buat..

Skang ni Ammar dah makin besar..tahun depan dh masuk 3tahun. Macam2 dah benda dia pandai buat..Adakalanya benda yg tak disuruh buat pon dia reti buat..Iskk..ade je benda nk explore..


Paling suka skang adalah tgk TVIQ channel 552...lepas tu sebok laaa dok jerit "BIJAK..MEMANG BIJAK!" bingit tol.. agaknya sebab ada PAKNIL..tuh sebab dia suka tgk CLEVER tu.. Apalaa ilmu si Pak Nil ni pakai sampai sume budak2 suka beno ngan dia..polik den.. tapi bagus gak dia suka tgk rancangan tu, kurang2 takde laa asik tgk katun je yg takde pekdah..
Ammar pon dah pandai nyanyi banyak lagu..even sebutan dia mmg ala2 bahasa Jerman mahupun Urdu..tapi bila dh dengar hari2 paham gak laa..hahaha.. paling suka lagu Shahir ngan Akim..uishhhh siap hafal lagu2 diorang.. lagu yg hari2 ibu nyanyi pon dia dh hafal mcam lagu BURUNG KAKAKTUA,TWINKLE2 LITTLE STAR,MANA KUCING,BAPAKU PULANG..bagus anak ibu...lepas ni ibu beli cd/buku iqra' plak..kasi hafal plak alif ba ta then surah2 lazim ye..ko tak hafal..siap haaaa...!

Wednesday, October 20, 2010

MARI MENGIRA..

20.10.2010...what a cool date..takkan jumpa lagi dah date sampai bila2..klu ada yg lahirkan baby masa ni, perghhh syok ar..mesti cntik je nombor kad pengenalan nanti..hehe....apa hal tah tetiba nk cite pasal nombor plak..

well saje nk share pasal Ammar..lama tk story pasal busukmasamwangi saya ni.. omak eh sebok cite tah hape2 tah kt blog..lobih eh malas nk apdet sobona-bona eh..hahaha..

oklaa my Ammar skang ni dh pandai counting dan baca ABC.. even mengira cuma sampai takat no 10, rasanya ok la tu..sebab yg belas2 dia blom pandai sebut...bila ajar asik sebut lashh..abih 11=lash, 12=lash jugak, 13=lash jugak.. cmno nk bezakan..so takpe stop dulu..but Ammar bukan je pandai and hafal 1-10 tu in Bahasa Melayu je..dia pon leh baca and hafal dalam English,Mandarin dan Jawa...(hahahah abih dh ado keturunan Jawa..kenalaa belajar jugak).. Alhamdulillah perkembangan yg baik utk dia..

Oklaa mari mengira versi Ammar..

Bahasa Melayu:
Shatu, dua, tige, ampat, ime, anam, tojoh, lapan, yash, shoyoh..

English:
One, two, three, por, pai, ciks, ceben, eit, ne, te..

Mandarin:
Ei, erm, sam, se', uu, liow, chi, pa', chio, se'

Jowo:
Sici, loyo,telu, papah, imo, nenem, pintu, walu, son'yo, oyoh..
(Siji,loro,telu,papat,limo,nenem,pitu,walu,songo,sepuluh)

Adehh aii hantam laa nak oiii..jnji paham..ABC pon dah pandai nyanyi dan hafal sume abjad..kecuali susah gila nk sebut L.bergulung2 lidah dia nk sebut, tak jadi jugak..sudahnya dia skip bila nyanyi ABC...LOL

Ammar oh Ammar.. :-)

Friday, October 15, 2010

ADEHH LUPAAAA..AMPONNNNN

Lupa plak nk masukkan dalam blog..actually 3rd of Oct lepas adalah harijadi suamiku yg terchenta itu..en AlanJf..
Tkde pon celebration besar besaran waima membeli sebiji kek utk dikongsi sekeluarga. Cuma sambutan ala kadar dengan makan2 di secret recipe hehehe....yg turut dibelanja oleh tuan punya badan yg diraikan..ateeee teman mane ade duit nk membayornya..hahahaha..
Tapi sebelum itu, sempat le jugak ibu mentua en AlanJf mengukus pulut kuning di pagi hari istimewanya itu..sebab secara kebetulan kami berada di PD pada hari tersebut.
Walau tak sehebat mana sambutannya, tapi yg penting ingatan tulus ikhlas dari yg tersayang melebihi segalanya...betul kan kanda?hehehe (ayat bg sedap hati sendiri sbb tk bagi hadiah pon..huhuhu)
Anyway, to my beloved and wonderful husband, dinda ingin mengucapkan SELAMAT HARIJADI yg ke..tetttttt... utk kanda..semoga kanda sentiasa dibawah lindungan-Nya serta memperolehi keberkatan yg tiada taranya dari Allah SWT. Semoga keluarga kita juga akan sentiasa diberkati oleh Nya.. dan semoga juga rezeki kita akan semakin murah setelah berhempas pulas dengan plan2 tettttt yg sangat diskrit itu..huhuhu..akhirnya dinda ingin juga mengatakan...SYG SAYANG ABG SGT!!! ..Terima kasih kerana menjadi suami yg baik...!

Tuesday, October 12, 2010

TIPS: UNTUK DAPATKAN ANAK BIJAK..

Dah baca lama benda ni. Biasalaa org forward2 emel ni.. Saje nk share and utk simpanan sendiri..to all mothers yg tgh pregnant..(babe..hehe u know who u are..) leh laa praktikkan ni..aku pon sok2 nk praktikkan bila dh pregnant balik...hahhaa

~~Rajin rajin buat kira2 matematik sejurus selepas mengandung..bila otak ibu berfikir, rangsangan akan sampai ke anak dalam kandungan..

~~Amalkan makan kurma bersama susu dan selalu2 makan kacang badam. Selain itu, makanlah ikan tanpa kepala kerana kepala ikan ada satu kimia yg tidak baik. Ikan adalah makanan yg baik dan ibu2 mengandung digalakkan makan pil minyak ikan utk perkembangan otak bayi.
.
~~Jangan makan ikan bersama daging..jikalau makan ikan, makanlah ikan sahaja..dan jikalau makan daging,makanlah daging sahaja..

~~Makan buah buahan sebelum makan berat. Ini akan menyebabkan, kita cepat kenyang dan makan dengan sedikit sahaja. Makan dengan banyak akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan lemah serta payah memahami pelajaran.

~~Berhenti merokok dan jauhi perokok. Rokok mengandungi nikotin yg akan merosakkan sel utama pada otak dan melekat pada gen. Anak kepada perokok berkemungkinan akan lembap atau bodoh.

~~Ibu mengandung digalakkan mendengar muzik klasik utk meningkatkan kecerdasan anak. Ini kerana muzik klasik dapat merangsang (stimulate) otak bayi dalam kandungan. Ianya seperti senaman kepada otak.

leh try nanti2 ni..hahaha

Thursday, October 7, 2010

GAMBAR RAYA @PD


Nih gambo kt PD lak..eventho I tkde..ade gambo pon jadiler hukhukhuk..abih giliran thn ni kt JB so takpeler..
Meriah dengarnya raya kt PD ni..satu hari suntuk merayau rumah sedara mara kt seluruh PD. huhu den gak tk dapat join..tkpelaa next year k..
Nk cite bebanyak pon tokleh sbb tkde kt tempat kejadian..cuma yg pasti, sume berkumpul kt umah maklong seperti tiap2 tahun..dh lama kt umah maklong baru laa gerak ke tempat lain lak..ok jom tgk gmbo je ler..

Tuesday, October 5, 2010

GAMBAR RAYA@JB


Lambatnya laa aplot gambar raya..sampai nk ke penghujung Syawal..hahhaa..i bizi laaa uuu..hah! bz pebenda laaa cik kak oiii...malas sebenonya...hikhikhik..





Oklaaa jom ar tgk gambar raya..tak laa banyak pon..hehehe banyak sebenonya tapi aplot skit je..malas le nk aplot bebanyak..malas lagii....heeeeeishhh!!


Ni sume family sebelah Alan kt JB. Alhamdulillah sume ada kecuali keluarga abg long sebab diorg balik Muar. Secara kebetulan jugak, ramai plak yg bertemakan warna yg sama tahun ni. Macam 2tahun sebelum tu pon sama. Serba purple..Tahun ni serba biru..hahaha macam berjanji padahal masing2 beli sendiri2..itulah maknanya sehati sejiwa..wekekekeke..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...