Friday, January 30, 2009

DADIH STROBERI

Ermmm tah nape minggu nih mood malas melanda. Ngalahkan org yg sambut CNY. Masak malas apatah lagi nak mengupdatekan blog pon malas. Tah nape? Am I tired being a housewife? Or due to macam2 benda yg dok berserabut dan berselirat dalam paler hotak ni sampai telah menghentikan sementara sel-sel rajin dalam badan ni? No one knows!! Hah..hope everything will be settle through this weekend.


Oklaa dalam malas2 tu sempat gak wat dadih. Dah lama nak buat tapi tak tau nape asik tertangguh (hahahha malas la tu). So here we are, nak share resipi dadih yg baru je dibuat semalam. Sedapp woo...bila telan tu sejuk je tekak...licin je turun. Perghh..kena wat lagi ni.Hehehhe


DADIH STROBERI:


1 liter air
1 tin susu sejat (evaporated milk)
3/4 cawan gula
1/2 sudu makan agar2 serbuk NONA
2 sudu makan susu tepung
1 sudu teh perisa stroberi
1 sudu teh pewarna merah


Cara:
Didihkan air bersama serbuk agar2 dan gula hingga larut. Masukkan susu tepung dan susu sejat. Kacau hingga larut semuanya. Kemudian masukkan perisa stroberi dan pewarna. Biarkan mendidih sebentar dan tutupkan api. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Setelah sejuk, sedia untuk dingap..



**resipi ni cukup untuk dapat 2bekas bulat ni dan satu bekas empat segi panjang.**

credits: resipidiana

Friday, January 23, 2009

UUUU...BUUUU

At 10.55pm last night..

"uuuu"
ermm i looked at him which on my lap after nenen. he smiled.
so i responsed by "uuuu"ing back to him. Then i watched tv again.
"uuuu"
erkkkk once again?? maybe he wants to play.
so we play "uuuu" several times.

suddenly..

"buuuu.."
aaaaa???did i heard it correctly? i looked at him.
"buuu.." once again.
is that means he called me?? i was so excited.
i know he try to call me.
so i teach him..
"iiiiibbbuuuuu" "iiiiibbbuuuu"
and he responsed
"aabuuuu"
wakakakakakaka..
"aaabuuu" once again.
i cant describe the feelings.. tears was in my eyes..
"iiiiibbbuuuuu..iibbuu..iiiibbbuuuu"...
"aaabbbuuu..aaaabbbuuu..buuuuaahhh..!"
!!!!!????? buah?
wakakakkaka never mind laa..buah pon buah laaa

isn't it great to be mother??? ;-)

Thursday, January 22, 2009

BERYL'S CHOCOLATE

Meh cuci mata meh..sape2 yg suka ceklat tu..telan air liur je ler ye..tuh laa org ajak gi tamo.. :-p !

Tapi tak beli byk2 pon..sebab ayah ckp asik makan manis je..huhuhu..so nih je laa hasilnya..jadik ler dr tak dapat makan langsung..hehehe TQ ayah!

Monday, January 19, 2009

MY BEST FRIENDS

Semalam kan ibu cite pasal boyfriend-boyfriend ibu? Arini ibu nak sambung cite pasal bestfriend-bestfriend ibu plak.


Auntie Ann ni ibu kenal since primary school. Kitorang mula berkawan dari darjah 1 sampailaa skang. Kalau kira-kira dh 12tahun ooo persahabatan kitorg. Laaaamaanyaaaa...kalau ade anak dah leh amik UPSR tahun ni. (***hahahaha ibu salah kira daa..sebenonya udah 22 tahun persahabatan ibu ngan auntie ann ni...bukan takat UPSR tapi dh jadi anak bujang daaa..***) Hehehhee... Paling ibu ingat ttg auntie ann ni masa sekolah rendah dulu, ialah dia ni kalau ade jualan susu sekolah mesti dia beli ngan kuantiti yg banyak gile. Siyess ibu tk tipu. Kalau org lain beli setakat 1-2 kotak, tapi auntie ann mesti beli 1-2dozen. Banyak kan. Yelah susu tu sedap lepas tu murah lak tu. Tak silap ibu rege dia dulu 4posen ke 5posen untuk 1kotak. Skang tak dapat dah rege cmtu. Lagipon tah ade ke tak lagi program susu sekolah agaknya.


Kitorang sama kelas dari darjah 1 sampai darjah 5. Masa darjah 6 dia tukar kelas. Then masuk sekolah menengah, kitorg sama kelas balik masa kt tingkatan 2 dan 3. Auntie ann ni belajo pandai, so lepas PMR dia tukar sekolah pi MRSM Jasin. Ibu je stay kt sekolah ni sampai laa form 5. Gamaknya ibu sayang beno ngan sekolah ni. Hehehe. Masuk era Uni, keje sampai la dah kawin dan beranak pinak, we've still been bestfriends. Banyak woo rahsia ibu kt tangan dia. Spashly rahsia time skolah2 dulu ler. Skang ni tiap2 petang selalu la ibu dok ym ngan dia. Banyak cite yg masih kitorg kongsi sampai skang. She's my very good listener and advisor. Susah woo nk cari pendengar yg baik cm auntie ann ni.


Ok now turn Auntie Mai (Mazura) lak. Ibu kenal auntie mai dari primary school gak. Tapi sekelas ngan only in standard 6. Lepas tu sama kelas kt sekolah menengah. Ermm auntie mai ni orangnya pemalu, bersopan santun dan lemah lembut. Kalau cakap pon perlahan je. Ibu mula rapat ngan dia masa sama2 tinggal ngan cikgu siti hajar. Yelah dh tido pon sebilik, mesti laa rapat. After auntie ann pindah sekolah, ibu rapat ngan auntie mai ni la. Sama2 share cite suka dan duka. Ibu ingat lagi masa ibu jadi org tgh antara dia ngan seseorang. Sayangnya tak kesampaian. Takpela mai, you deserved a better man. Dan sekarang telah pon terbukti. Dah lahir pon Nur Sufiah Nabila yg comel bangat tu.


Both of them were my bestfriends. Ibu harap persahabatan ibu ngan diorg akan berkekalan sampai bila2.Love u friends!!

(Auntie Ann=baju merah, Auntie Mai=baju biru)

Sunday, January 18, 2009

MY BOYFRIEND'S WEDDING

Huhuhu tajuk gempak kan? Mesti Muhammad Ammar igt, ni x-boyfren ibu dolu2..hahhaha..sume tertipu..ni sebeno nya kawan lelaki ibu. Udah maksudnya boy tu kan lelaki dan friend tu kawan so betulla kan tajuk tu. MY BOYFRIEND's WEDDING=perkahwinan kawan lelaki saya. hehehe..

Mohd Azmi Ali ni schoolmate ibu masa kt sekolah menengah. Dia ni antara the 'skema' boy kt sekolah. Pakaian dia mmg sentiasa kemas (pakai songkok tu), cakap mmg berlapik dan antara favourite student among teachers(ibu pon favorite student gak..hehehe). Tu sebb dia jadi ketua pengawas kt sekolah dulu. Dan yg paling ibu jeles ttg dia ni, kebolehan dia memberi ucapan depan orang ramai secara spontan dengan kata2 yg mmg sedap didengar ala2 mcm cakap depan tv ler. Huhuhu ibu ni kalau disuruh bercakap depan org ramai secara tiba2, mau geletor badan atas bawah...lain ler kalau dah ade persediaan..org cakap leh harung laa.. Tuh yg ibu jeles ttg uncle azmi ni. Tapi skema2 pon uncle azmi ni tetap ade lawaknya spashly bila dia anto kad raya. Ngan tok penghulu, kucing sebelah rumah siap disebutnya. Tah hape2..

Kita gi kenduri uncle azmi ni ngan auntie Ann's family dan auntie Mai's family. Masa kt sana jumpa plak ngan uncle Hafizi dan wife dia yg tgh peknen 2bulan. Sebenonya ibu baru tau yg uncle fizie ni dah kawin. Dia kawin masa org tgh kalut2 nk pilihanraya tahun lepas. Hari org nk mengundi tu dia kawin. Nih mesti nk cari excuse takmo kuar ngundi..wakakakaka.. And pada masa tu jugak ibu tgh tggu hari nk melahirkan Muhammad Ammar. Tuh sebb ibu tk pegi wedding dia. Ke sebb dia mmg tk jemput ibu?tah ibu pon dh lupa...Tak kisah la. Dah selamat pon dan tak lama lagi bakal jadi papa. Alhamdulillah. Syok jumpa kawan2 lama. Macam2 kisah kuar. Macam kisah uncle fizie yg kitorg panggil 'kodok' satu ketika dulu. Kikikiki.. Dia ni ade macam2 gelaran macam 'Joe', 'Romeo' dan tah hape lagi ibu dh lupa. Ermm..huwaaaa rindu plak zaman sekolah dulu..

Anyway, ibu nk ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU untuk uncle Azmi dan wife dia. Semoga ikatan perkahwinan yg baru dibina akan berkekalan hingga akhir hayat dalam kebahagiaan. Aminnn..

Thursday, January 15, 2009

BIG APPLE

Meh cuci mata tgk donuts ni. Syedapppp...tapi lagi syedapppppp JCO. Hehehe.. But after all, dua2 sama jer. Donut gak..wakakakka..



The best flavor among this six, Kiwi. Ala yg ade hijau kt tengah tu. Mango Tango plak yg plg tkde rasa. Nama mango tapi takde pon rasa mango. Ayah suke Mooncracker sebab rangup. Mocha pon sedap gak. Senang cite sume ok. Ikut lidah dan tekak masing-masing.

Tuesday, January 13, 2009

MUHAMMAD AMMAR IN 9MONTHS

Hari ni Muhammad Ammar telah menginjak ke usia 9bulan. Lagi 3bulan nak setahun. Huwaaa..anak ibu ni dh besar. Kejap sgt masa berlalu. Sampai ibu tak sedar anak ibu ni dh nak setahun.


Perkembangan Muhammad Ammar semasa 9bulan:
~Sudah ade sebatang gigi. Tgklaa gambar2 dia. Nampak gigi sebatang
~Suka tampar kepala sendiri sekarang ni. Mana belajo ni?
~Suka beno nenen ibu sambil menonggeng. Lepas nenen terus cium perut ibu. Aiii rindu nk masuk balik ke?
~Pandai sedut bibir sambil bunyi2.
~Pandai dah sebut mamam bila nak makan
~Suka sgt tgk iklan U MOBILE,promo TV3 dan dengar azan. Tak berkelip mata.
~Dah pandai nk makan yg keras2. Biskut tkmo dah lembik2. Nak yg keras. Tapi still tak pandai pegang sendiri. Kena ibu suapkan gak.
~Merangkak dah semakin laju.
~Dah meniti sofa ke sofa, ke kabinet tv. Pandai plak lepas tangan sebelah. Ewaahh confident je..





Sempena Muhammad Ammar 9bulan ni, ayah ade belikan kek. RESIPI RAHSIA tu. Hehehe.. Seperti biasala ibu ngan ayah laa yg mamam kek ni sebab Muhammad Ammar kecit lagi...hahaha alasan lapuk tapi still available. Wakakaka..

Monday, January 12, 2009

NAIK KOMUTER

Ari sabtu lepas, Muhammad Ammar ngan ibu dan ayah naik komuter ke Kuala Kubu Bharu. Kita gie sana jumpa mama tam. First time Muhammad Ammar naik komuter. Nasib baiklaa Muhammad Ammar tak buat ragam dalam tu. Kalau tak jenuh gak ibu ngan ayah. Dah ler ramai org.


Tapi satu yg ibu tk suka ttg sikap org Malaysia ni ialah diorg tak prihatin. Jelas2 kt cermin komuter tu ade letak gambo untuk utamakan org tua, ppuan mengandung ngan penumpang yg pegang budak. Even masa tu ayah yg dukung Muhammad Ammar, ayah dh dikira sebagai penumpang yg patut diberi keutamaan. Tapi tak seorang pon daripada penumpang2 dalam tren tu yg bangun utk bg ayah or ibu duduk. Terukkan? Mana ek pegi sikap keprihatinan sebagai manusia? Yang lebih teruk lagi, staf KTMB sendiri pon buat bodow je ngan kita. Sepatutnya dia jadi contoh, tapi hampesssss...ermm.. Dulu masa ibu mengandungkan Muhammad Ammar pon sama. Tak dinafikan ade jugak yg prihatin tapi golongan tu tak ramai. Boleh dikira ngan jari. Sedih kan..


Alhamdulillah masa smpi stesen Bandar Tasik Selatan, ade jugak yg prihatin pada kita. Rasanya student UPM kot. Dia sama2 naik komuter ngan kita kt serdang. Bila ade tempat kosong, cepat2 dia panggil ibu soh duduk ngan Muhammad Ammar. Terima kasih ye dik.. Awak antara golongan yg boleh dikira ngan jari.. Semoga sifat ini akan berkekalan dalam diri awak..Amin..


Tengoklaa gelagat Muhammad Ammar dalam komuter ni. Tak reti dok diam..



Saturday, January 10, 2009

SUBHANALLAH..

Saturday Night Special: Biggest Full Moon of 2009


If skies are clear Saturday, go out at sunset and look for the giant moon rising in the east. It will be the biggest and brightest one of 2009, sure to wow even seasoned observers.
Earth, the moon and the sun are all bound together by gravity, which keeps us going around the sun and keeps the moon going around us as it goes through phase. The moon makes a trip around Earth every 29.5 days.

But the orbit is not a perfect circle. One portion is about 31,000 miles (50,000 km) closer to our planet than the farthest part, so the moon's apparent size in the sky changes. Saturday night (Jan. 10) the moon will be at perigee, the closest point to us on this orbit.
It will appear about 14 percent bigger in our sky and 30 percent brighter than some other full moons during 2009, according to NASA. (A similar setup occurred in December, making that month's full moon the largest of 2008.)

High tides
Tides will be higher, too. Earth's oceans are pulled by the gravity of the moon and the sun. So when the moon is closer, tides are pulled higher. Scientists call these perigean tides, because they occur when the moon is at or near perigee. (The farthest point on the lunar orbit is called apogee.)

This month's full moon is known as the Wolf Moon from Native American folklore. The full moon's of each month are named. January's is also known as the Old Moon and the Snow Moon.

A full moon rises right around sunset, no matter where you are. That's because of the celestial mechanics that produce a full moon: The moon and the sun are on opposite sides of the Earth, so that sunlight hits the full face of the moon and bounces back to our eyes.

At moonrise, the moon will appear even larger than it will later in the night when it's higher in the sky. This is an illusion that scientists can't fully explain. Some think it has to do with our perception of things on the horizon vs. stuff overhead.
Try this trick, though: Using a pencil eraser or similar object held at arm's length, gauge the size of the moon when it's near the horizon and again later when it's higher up and seems smaller. You'll see that when compared to a fixed object, the moon will be the same size in both cases.

More lunacy
If you have other plans for Saturday night, take heart: You can see all this on each night surrounding the full moon, too, because the moon will be nearly full, rising earlier Friday night and later Sunday night.

Interestingly, because of the mechanics of all this, the moon is never truly 100 percent full. For that to happen, all three objects have to be in a perfect line, and when that rare circumstance occurs, there is a total eclipse of the moon.
A departing fact: The moon is moving away as you read this, by about 1.6 inches (4 centimeters) a year. Eventually this drift will force the moon to take 47 days to circle our world.


Memang cantik bulan malam ni. Bulat, besar dan terang. SUBHANALLAH

Thursday, January 8, 2009

FAMILY PHOTO

2minggu lepas, kita gi jenjalan kt Giant Shah Alam lepas tgk auntie hajar nye wedding. Ayah cakap ayah nk gie jenguk 'kawan' dia. Kalau Muhammad Ammar nak tau, time ayah ngan ibu bercinta cintun dulu selalu lepak kt sini. So selalu ler jumpa ngan 'kawan' ayah ni. Beso tau 'kawan' ayah ni. Kejenya makan, tido, makan, tido. Eh jap tido ke 'kawan' ayah ni? Tah ibu pon tak tau..yang pasti kawan ayah ni mmg beso gile. Nak tau sape 'kawan' ayah..hehehe ikan arapaima yg dibela kt Giant nih laa.. kan mmg beso gile..



Then masuk ler Giant sebab nak cari barang skit sambil tinjau2 harga pampers Muhammad Ammar. Kot ade yang murah, leh laa sambor. Lalu kt bahagian baby, adalah amoi nih dok promote barang Heinz. Macam2 laa..Sambil tu dia offer klu beli barang dia harini, dia akan amik gambar kita sefamily secara percuma. Hahaha...best tuh offer dia. Ibu tgk2 and cari barang yg paling murah kt situ wakakakaka..ibu nak amik gambar je. Barang dia tu tiket je.. So ibu amik jus epal dia yg berharga RM2.89. Hahaha..jadi ler.. Dapat gak amik gambar. Ade gak gambar kita sefamily..........................................kat dalam Giant...wakakkakaka..

Wednesday, January 7, 2009

MUHAMMAD AMMAR BIKIN ONAR

Tengoklaa onar yg dibuat oleh Muhammad Ammar ni. Aduiyaiii pening ar ibu nk kemas sume ni..satu campak sana..satu campak sini..laaahaiii anak aku...!!

Sebookkk jer nk tarik baju atas kepala tu..


Ewahh sempat lak dok pose sambil sengih...kemaiiinnn....

Tuesday, January 6, 2009

MUHAMMAD AMMAR DAN AQILAH ZAHRA


Jumpa aqilah n family kt Regency Tanjung Tuan hotel. Diorang bercuti kt sana. Cantik pantai kt regency tu. Heheh nama je org PD, tapi regency pon ibu tak penah masuk. Yeler kan, nk buat apa masuk sana. Takde apa urusan pon..huhuhu..
Ibu tgk aqilah ni makin lama makin ikut rupa ayah dia. Takpelaa..elok sgt klu anak perempuan ikut muka ayah. Sejuk perut mama aqilah ngandungkan dia. Ha..Muhammad Ammar ikut muka sape ek?? Ayah ke ibu??

Monday, January 5, 2009

KOLAM LINTAH ATUK

Atuk start bela lintah masa Muhammad Ammar baru je lahir. Habis je kursus, terus siap2 buat rumah lintah dan macam2 lagi. Paling kelakar bila atuk cite pasal kera kt situ. Banyaknya bukan main. Lepas tu susah gila nk halau. Habis rumah, kolam tu dikacaunya. Teraburkan barang. Memang sakit jiwa dibuat kera ni. Kena wat pagar bagai untuk elak kera-kera ni menyerang kolam2 lintah. Ermm..
Nak tengok pengusaha lintah aka penanam cili yang bakal berjaya??Hehehe..nih laa orangnya.
Anak-anak pokok cili api yang telah disemai baik. Tak lama lagi akan dialihkan ke dalam polybag plak..
Ha lepas ni anak pokok cili akan dialihkan ke dalam polybag ni la..pak cu cakap dia yg angkat dan aturkan sumer polybag ni..bior benar pak cu..banyak tuuuu..
Ha nih ler rupa bentuk lintah secara lebih dekat..eeeeeiii takut ah..geli geleman nengok lintah ni berjalan...
Lintah ni makanan dia belut. Kalau sesape tau pengusaha atau penjual belut, kasi tau aaa..mau beli belut laa..skang susah le cari belut..

Sunday, January 4, 2009

BALIK PD DAN MANDI LAUT

Sempena Newyear 2009, kita balik PD. Rumah Wan laa sape lagi. Lama tak balik. Kebetulan mak long ammar pon balik sama. So, bila kumpul reramai ni banyak le aktiviti leh dibuat. Pak cu bagi idea nak mandi laut. Hohoho mmg lama tak mandi laut. Nama je orang PD tapi laut tu setahun 2-3 kali je jenguk. Apa daa..


Yang pegi mandi laut aritu, wan, paklong, maklong,kakak apiya,pak cu, ayah,ibu dan ammar la. Pak Lang tak gi sebab penat baru balik dr Batu12.

Muhammad Ammar memula masuk laut,macam nak nangis. Lepas a few minutes wahhh kemain suka. Siap dok jilat2 pemegang pelampung..sedap ke air laut yg masin tu? Lepas tu siap leh mengayuh pelampung ngan tangan..ewah ewah..kaki siap terketek-ketek dalam air..suka betul. Ok laa..lepas ni leh bawak lagi masuk air..hehehe..

Pak Cu jadi jaws kepala hitam..wakakakaka..Baru perasan gambar wan takde kan..Ermm sebab wan tak mandi laut. Dok kat tikar jer. Gambar2 ni sume kt laut. Takpelaa nanti kita amik laa gambar wan bila2 ek..

Thursday, January 1, 2009

MUHAMMAD AMMAR DAN BEBEAR




WEDDING SITI HAJAR

Kalau musim cuti sekolah, memang banyak majlis kahwin. Kira kalau musim cuti sekolah = musim mengawan. Kakakakka... Auntie Hajar ni kawan ibu masa ibu amik sijil Microsoft kt Imperia College Kelana Jaya. Dia sebenarnya belajar kt UPM gak mcm ibu. Sama course lagi tapi tah nape tak plak kitorang berkawan. Yang heran sama major lagi tu. Ermmm satu misteri yg perlu diungkaikan. Kekekekke.. Eleh nk heran apa, kt UPM nih ramai orang. Masing-masing ade geng sendiri. Tapi kt Imperia, we've been a good friends. Sorang lagi auntie Yani. Tapi dah lama tak jumpa dia. Apa ler cite dia skang..??


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...