Ibu sentiasa mendoakan yg terbaik untuk muhammad Ammar.
Harini genap Ammar 2tahun. Masih teringat lagi saat2 ibu mengandungkan dan melahirkan Ammar dulu. Awal2 trimester ibu alami alahan yg teruk sampai kena bermalam di hospital selama 2mlm dan masuk berbotol2 air. Lepas tu ibu alami pulak heartburn sehingga ibu tokleh makan makanan pedas dan berangin. Setiap kali lepas makan ibu terpaksa makan buah untuk melegakan heartburn ibu. Kelakar bila kenang balik, masa ibu tinggal ngan wan..abis buah jambu umah wan ibu makan even buah tu still muda. Janji makan buah sebab nak ilangkan rs pedih dan sakit pada uluhati ibu ni. Hahaha tuh sume kenangan. Memang takkan boleh dilupakan.
Sewaktu tarikh jangkaan ibu melahirkan Ammar sudah seminggu berlalu, ibu masih belum rasa sakit untuk melahirkan. So, ibu terpaksa ke hospital kerana takut apa2 terjadi kepada Ammar yg masih dalam kandungan ibu. Keesokan harinya, doc mencadangkan kepada ibu supaya dimasukkan ubat mempercepatkan kelahiran kerana bimbang baby iaitu Muhammad ammar akan lemas sekiranya tidak dilahirkan pada waktu terdekat. Ibu redha dalam terpaksa dengan cadangan doc itu. Takutnya ibu pada waktu itu hanya Tuhan yg tahu.
Pada jam 2ptg, ibu mula merasakan kesan ubat yg dimasukkan. Sakit di pinggang mula terasa tapi masih boleh ditahan. Tapi lama kelamaan sakitnya makin kuat hinggakan ibu rasa tak mampu ditanggung lg. Ibu kemudiannya ditolak ke bilik bersalin pada jam 5.30ptg. Dalam bilik itu, ibu menahan kesakitan yg teramat tapi masih belum boleh melahirkan kerana menurut jururawat bukaan rahim ibu masih kecil. Masa tu, takde apa yg boleh ibu harapkan hanya berdoa banyak2 supaya Ammar dapat lahir dengan selamat. Setelah bertarung hampir 4jam dengan kesakitan, akhirnya Ammar selamat ibu lahirkan pada jam 9.33mlm setelah 4kali cubaan meneran sebelum ini tidak berjaya. Alhamdulillah! Bila terdengar je tangisan pertama Ammar, ibu terus bersyukur dan secara tiba2 hilang segala kesakitan yg ibu alami sebelum itu. Nurse terus tunjukkan Ammar pada ibu sebelum dibersihkan. Selepas itu, ibu ditolak keluar dr bilik bersalin itu pd jam 11.30mlm. Ayah pon ambil muhammad ammar lalu diazan dan diiqamatkan pada waktu malam yg hening itu. Ibu masa tu dh sangat longlai kerana banyak tenaga ibu telah hilang ketika proses melahirkan. Setelah ibu tidur, ayah dan wan pulang ke rumah meninggalkan ibu dan Ammar di hospital.
Pada fikiran ibu, esoknya ibu dah boleh balik untuk berpantang pula di rumah. tiba2 doc dtg pagi tu memberitahu ibu yg Ammar terpaksa ditahan selama seminggu di hospital untuk memantau tahap jaundis Ammar. Huwaaa sedihnya. Terpaksa laa kita berkampung seminggu di hospital. Tahap jaundis Ammar agak tinggi sehingga terpaksa tidur di bawh lampu. Alhamdulillah setelah seminggu berlalu, tahap jaundis ammar makin turun dan akhirnya berada pada tahap selamat kita dibenarkan pulang ke rumah. yahoooo..
Itulaa serba sedikit kejadian sejarah yg masih lagi segar dalam ingatan ibu. Skang ni baby ibu ni dah masuk 2tahun. Besar dah. Penat jerih ibu melahirkan Ammar dulu seperti tak terasa bila melihat ammar membesar dengan sihat dan baik. Doa ibu Ammar akan sentiasa sihat. Sentiasa menjadi anak yg baik dan soleh serta taat pada ibu dan ayah. menjadi contoh terbaik untuk adik2. Dan akhirnya dapat berbakti pada semua orang dan berjaya dunia dan akhirat.Aminnn
HAPPY 2ND BIRTHDAY MUHAMMAD AMMAR!!IBU WILL ALWAYS LOVE YOU....
happy birthday ammar...ibu tak wat celebration...
ReplyDeletehappy birthday ammar... pi tny ibu bila ammar nak ada adik.. hikssss...
ReplyDeletemakcik, kalo wat celebration tu jemput la kami di sg buloh ni yer.. hihihihihi leh kenalkan kat hadif amsyar
auntie eryn..thn ni tkde celebration cm thn lepas..huhuhu
ReplyDeletetenkiu auntie fiza..ibu ckp nnt2 ade la adik..hehhe
ReplyDeletethn ni tk buat laa auntie fiza..tp klu auntie fiza nk dtg umah, bebila masa pon boleh..
dah masuk 2 tahun da ammar..cepat btol masa berlalu..dat means kite pon da setahun x jumpa kan..hehe..tu la last husna jmpa maksu..apa pon, happy 2nd birthday Ammar!Have a great year ahead cutie! many happy returns too!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletethanks husna..!besar dah budak kecik ni..
ReplyDelete