Ermmm..
Syedihhh..
Arini aisy jatuh katil lagi..
Lagiiii..
Bermakna pernah jatuh seblum ni dan skang jatuh lg..
Aisy mmg tido atas katil..
Dia tak suka tido dlm buaian..
So klu time tido, sy akan letak dia ats katil..
Dan kepung keliling ngan bantal..
Tuh pon jatuh jugak..
Ermmm budak tgh nk explore semua benda..
Pandai jer dia loloskan diri dari kepungan tu..
So bila dgr bunyi gedebuk dan terus dgr dia nangis..
Mmg confirm dia jatuh..
Bila angkat, tgk kepala dh merah n bengkak skit (jatuh meniarap)
Sy dh cuak skit..
Tp nasib baik tk lupa pesanan doktor dlu..
Klu anak jatuh or terhantuk..
Mula mula dakap anak dan selesakan dia..
Pujuk anak yg menangis supaya dia tenang..
Tarik sedikit hujung cuping telinga dia yg sedang ketakutan..
Lepas tu susukan atau beri air supaya anak hilang rasa trauma...dan
Periksa seluruh badan yg berkemungkinan terhentak dgn dinding, lantai atau apa sahaja..
Sekiranya ada bengkak di mana2..
Cepat cepat ambil ais dan tuamkan pada kawasan bengkak..
Jangan tuam dengan air panas..
Apa reason tak boleh guna air panas tktau plak saya..
Tuam bahagia bengkak sehingga susut sedikit atau anak kelihatan selesa sedikit..
Selepas itu, awasi keadaan anak selama 24jam..
Sekiranya berlaku kelainan terhadap anak..
Contohnya demam,muntah muntah,sawan,mata pandang ke atas je atau anak tidak aktif..
Segeralah berjumpa dengan doktor utk pemeriksaan lanjut..
Kita tak tahu apa yg berlaku di dalam tubuh anak kita akibat jatuh atau terhantuk td..
Andainya tidak berlaku sebarang kelainan..
Kita dh boleh tarik nafas lega..
Tapi teruskan mengawasi anak utk memastikan tiada sebarang kejadian yg tidak diingini berlaku..
Ermm akibat dr terjatuh td..
Dahi aisy bengkak skit..
Merah pon ada lagi even sy dh tuam dgn ais td..
Esok nk tuam lagi dgn ais biar cepat susut bengkak..
Risau juga..
Minta minta takde apa apa yg berlaku..
Kesian my little kimchi...
Nih tk tido lg since dr jatuh td..
Adehh ibu dh ngantuk ler syg..
Jom kita tido..
Sy ada baca satu artikel.katanya bengkak tu panas jd lawannya sejuk. Kalau panas lawan panas lg bahaya la kan? Ni anak sy jatuh terhantuk tiang pintu. Abis benjol pjg pulak tu. Risau takut kepala dia apa2.
ReplyDeleteTq so much for info
ReplyDelete