Sunday, April 28, 2013

TIPU ATAU BENAR?

Skang ni mcm mcm cara dan modus operandi syarikat syarikat dlm malaysia ni..


before this kitorg penah gak sign up satu travel agency yg menipu..
janji ala ala janji manismu..
tapi sudahnya hampeh dot.com


kitorg siap bayar 400 utk signup jadi member..
and dapat ler voucher percutian ke langkawi kengkononnya..
tapi tah hotel apa..
tak igt plak ..
yg pasti hotel korok jer laa.
apa laa ayat yg diorg hembus kt kitorg sampai kitorg bleh tak pasan..
ermm..


well actually sy tak bagi alan signup..
sebb sy mmg mcm dh dpt smells something fishy going on..
all offers are too good to be true..
mana ada benda org nk free gitu jer kan..
tapi alan plak pujuk sy, ckp gitu gini..
sebb dia dh termakan 'gula gula'..
sy plak mmg susah nk percaya org..
apa apa mesti sy akan survey or tny org dulu..
pada sy biar kita terlepas peluang keemasan dari terpegang 'taik' yg membahang..
hahaha..
apa punya peribahasa daaa..


but after all..
banker tetap alan..
so dia signup jugak..
and at last..padan ler muka..
voucher ade expiry date tapi tah hotel mana mana..
lepas tu janji manis nya yg kata diorg akan bg save up utk kadar hotel yg dipilih..
hanya tinggal janji..
mmg mangkuk hayun..


so pada sesape yg nk sign up pada PDV travel agency..
yg companynya located kt menara TM bangsar..
baik jangan ye..
pasti akan tertipu..
nk repot polis mmg takleh..
sebab diorg akan ckp diorg wat bisnes..
jual kadar hotel mcm agoda.com gitu laa..
tapi masa nk signup, diorg ckp kadar diorg mmg sangat murah..
sebenarnya nipu..
sebab tu polis pun tokleh nk cakap apa..
sudahnya mmg ramai yg akan tertipu lg..
dan voucher yg diorg bg tu adalah tukaran pada harga membership yg kita bayr tu..
voucher hotel bajet mana mana tah..tapi hrga membership beratus ratus..
iskk jawab laa korang di akhirat esok..
kami tak halalkan duit tu..


paling tak tahan diorg siap jual nama ketua polis sekian sekian..
dgn tunjuk kad nama ketua polis tersebut..
sy rasa byk dah yg terkena dgn taktik tu..
sebab tgk kad nama tu dah lunyai dan kotor dah..
tah berapa banyak kali dah ditunjuk kt org..


skang ni 1taktik lg..
dengan meminta org gi dengar talks di syarikat mereka..
lps tu dijanjikn dgn voucher hotel yg best best sbagai balasan dgr talks diorg..
tanpa ada paksaan utk signup apa2 membership..
boleh caya ke?
mmg tokleh..
hahaha..
tah ler..cukup cukup ler penah tertipu..
mana laa benda free dlm dunia lg..
semuanya ada udang di sebalik mee..


berhati hati laa dgn scams tactic mcm ni..
penipu ada di mana mana...

Saturday, April 27, 2013

HADIAH 5 TAHUN



Nampak tak lampu otromen?


hahaha..
itulah hadiah sempena 5tahun..
terjadi sehari je lepas ammar sambut harijadi yg ke 5..


jatuh beskal kekdahnya..
sebelum tu kenmain happy bila bitau nk bawak dia gi taman main beskal..
dari kul 2+ bitau, terus lepas tu dia dok tengok jam tak sudah sudah..
ayah dia rilex jee siap tido bagai..
anaknya dh tk sabo bebeno..


suruh tido petang pun takmo..
excited sesangat ler kengkonon..


then bila tiba taman petang tu..
blom sempat kuarkan beskal dr bonet..
dia dh tak sabar sabar..
baru je letak beskal atas jalan..
dia dh naik..
adehh..


kebetulan jalan agak tinggi kt tempat parking kete
then curam ke bawah skit bila nk ke taman..
haa sekali hamekkk..
tak sempat sempat nak naik..
ayahnya blom sempat nk ckp apa..
dh meluru beskal dan dia ke bawah..
lajuuuuuuuu tak hengat..
tak sempat nk kejar..
boleh plak dia lupa nk brek cmne..
padahal sebelum ni pandai je..


terus gedebukkk..
langgar divider..
dh terkelepet bawah beskal..
tayar bengkok..
tangan luka..
kepala naik pangkat jadi otromen..
aduiihhh..


sy dh kabo mulanya ngan alan..
jgn bg dia naik dulu sebb nampak jalan mmg curam skit..
tapi tak nak dengar..
over excited..
itu laa padahnya..


lepas tu ada hati nk naik lagi..
tapi tayar dh terangkat..
sebb ada besi bengkok..
so mmg tak dapat naik laa kekdahnya..
sudahnya balik jer ngan hati hampa..
mcm mcm kes..


sy ms dia mula mula kena tu mmg marah betul..
sy marah kt alan ngan ammar sekali..
marah ammar sebb dia tk sabar..
marah alan sebb dia bagi ammar naik beskal kt jalan curam tu even sy dh ckp jangan..
sy marah sampai sy tk kesian kt ammar yg mengadu tangan n kepala dia sakit..
sy geramm dan diam jerrr..tak ckp apa..
tapi utk 10min jer laa..
dh tarik nafas panjang, sy dh rasional skit..
baru lah sy tengok balik luka dia n kepala dia..
kesian sgt plak kt dia..
haihh laa anak..


balik terus tuam ngan ais..
boh minyak gamat kt luka tangan..
urut skit kelangkang,perut n dada dia yg dia ckp sakit skit..
sedihh..
tapi tokleh nangis..


skang ni dh ok skit..
cuma benjol kepala dia je mcm ade lembik lembik skit..
tak surut habis lagi..


tapi budak ammar ni tak pernah serik nak naik beskal lagi..!

Thursday, April 25, 2013

PERGI ATAU TIDAK?

tadika ammar akan membuat lawatan ke petrosains klcc..
pada bulan mei ni..
so sekarang ni surat dh diedarkan utk meminta kebenaran ibubapa..
bayaran utk turut serta rm70..
pergi naik bas reramai..


aduiiii..
sy dalam dilema skang..
patut ke saya beri kebenaran utk ammar ikut sekali lawatan tu..
ermm risau sy..
takut mcm mcm boleh jadi..


first issue, of course ler keselamatan..
sbab ramai kan..
tadika dia ada murid dekat 50-70 org rasanya..
kalau semua pergi..
mcm mana laa cikgu diorg nk control budak ramai mcm tu..
kang mana yg nak terkencing ke..
mana yg lapar..
haihh kelam kabut..
sy dapat bayangkan tu sume..


then kang tau je laa bebudak..
diorg ni mana ler reti dok diam..
kot berlari ke sana sini..
masuk tah mana mana arah..
haihhh jenuh cikgu nk mencari..
alangkan sy ngan alan nk control ammar ni masa keluar pun bercinta rasanya..
inikan plak cikgu nk control budak budak ramai cm gitu..
huhuhu..



then isu naik bas..
yep ammar mmg naik van gi n balik sekolah..
tapi van ngan bas kan lain..
sy takut dia tk behave jer dalam bas..
berlari sana sini..
yelah dah ada kawan kawan sama sekali dalm bas..
takut riang ria sgt, lain lak yg jadi..


ok itu negative sides..
yg ni positive plak..


yes i know this is the right time to let him be independent..
dengan pergi lawatan cm ni makpak leh tgk progress anak anak..
mampu tak diorg behave and jaga diri sendiri..
anak pun suka bila dapat gi lawatan gini..
sebab diorg dapat bergaul ngan kawan kawan..
which most of their time semuanya ngan parents jer..


so ramai kawan kawan sy yg advice soh sy benarkan jer..
tapi tau jer laa hati sorang ibu kan..
mana laa dapat lari dari kerisauan yg menggunung pada anak..
but alan ok jer nk lepaskan dia..


ermm..nanti nanti laa..
akan dipikir pikirkan..

Wednesday, April 24, 2013

OPPA AISY STYLE..!






budak baru berjalan mmg suka melaram..
kekecik lagi dh tunjuk talent..
hihihi..


berbeza ngan abg dia..
ammar dulu tk suka dipakaikan apa pun..
topi ke, spek ke, gitu gini ke..
pakai nya kejap jer..
lepas tu ditarik,then campak terus..


aisy plak..
pakaikan laa apa pun..
confirm dia elok je biarkan..
makin kita gelak gelakkan..makin dia suka..
sajer..selamba je muka dia..
buat org geram jer..
haihhh ikut sape laa ni suka melaram..?


paling dia suka pakai topi abang..
padahal dia ada topi sendiri..
topi abang gak berkenan di hati..
ada gak kadang tu sampai dua topi sekali dia nak pakai..
dia sarung sendiri kt kepala..
oopps bukan laa sarung..
tapi dia acu sendiri kt kepala mcm nk pakai..
so sy pakaikan laa..
lepas tu dok diam je,keras sebab takut topi jatuh..
hahaha..
mcm mcm mamat ni..


ayahnya ammar n aisy..
adakah ini menurun perangai abg masa kekecik dulu?
hahahah

Tuesday, April 23, 2013

YEAY!! AKHIRNYA..

Akhirnya aisy berjalan jua...
Iaitu seminggu sebelum dia genap berusia 1tahun 4bulan..
Hew hew hew..


Officially dia berjalan pada 21april lepas..
Tapi since last week..dia dh mula tunjuk tanda nk berjalan..
Bermula dengan berdiri tegak..
Lepas tu 2-3 hari kemudian dia cuba lak menapak setapak 2..
Menapak setapak 2, lps tu gedebuk jatuh balik..
Then ari ahad lepas laa dia baru berjalan dgn rasminya..


Yg kelako nya..baru baru jalan ni..
Cara jalannya serupa ketam..
Org berjalan ke depan..
Aisy berjalan ke kiri atau ke kanan..
Hihihi..


Tapi harini dia dapat berjalan dgn confidentnya secara betul..
Menghala ke depan..
Adalah dalam 7-8steps before dia jatuh terduduk balik..
Lepas tu sebok nk merangkak balik..
Ermmm..


Akhirnya saat yg ditunggu tiba jua..
Lepas ni bersiap siaga laa wahai ayah aisy..
Hang kena pi ligan anak hang merata weh...

Sunday, April 21, 2013

DIA DARI TULANG YANG BENGKOK..

Kisah Benar. Luahan Pengalaman Seorang Suami



Apabila menatap gambar-gambar ibu bersalin, menerawang fikiran aku teringatkan kembali detik-detik isteri aku ingin melahirkan zuriat pertamaku ke dunia. Ketika diberitahu isteriku dimasukkan ke dalam hospital pada jam 1 pagi aku masih dibuai mimpi di rumah sewa berhampiran universiti. Keletihan akibat kuliah penuh sepanjang hari sebelumnya. Sebelum tidur, aku sempat berbalas-balas SMS dengan isteriku bertanyakan keadaannya ketika itu. Katanya, dia tidak makan sejak petang lagi. Aku menyuruh dia mengambil air susu sebelum tidur.

Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai. Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku teringat yang isteriku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa dirimu..

Apabila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10cm. Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku mula gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk aku sendirian.

Berbekalkan Quran burukku yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara normal. Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku.

Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku ‘’Adik.. Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri adik,’’pelawanya ramah. Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je. Keadaan sebenar isteri aku tidak aku ketahui.

Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteriku perlu dibedah.. Ini kerana bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. Air mata yang cuba ku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan isteriku.. Setiap kali itulah air mataku kan bercucuran jatuh ke tangannya. Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil. Dengan segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu. Para doktor meninggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini kerana doktor telah membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi menyelamatkan bayi yang hampir lemas.

Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami bertentangan. Isteriku perasan mataku kembali berkaca. Dia mula menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangatku.

‘’Abang.. Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk Abang tu?’’

Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama. Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan semangatku yang semakin luntur..

‘’Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya.. ‘’. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..’’

Sekali lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku. Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku. Membesarkan anakku bersama insan pilihanku.
Tamatnya waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan. Aku menghantar Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku juga untuk diriku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya..

Sedari jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik pembedahan. Aku dail, aku telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yanga aku kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteriku yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta. Mulutku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.

1 jam berlalu. Mundar-mandirku tidak mengeluhku untuk aku duduk. Walaupun kakiku lenguh berdiri dari tadi, tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteriku melenyapkan semua keletihan itu. Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata bulat muka mirip anak Cina. Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat dalam. Ibu cina pun ada.

‘’Suami kepada Zulaikha’’ ‘’Suami kepada Zulaikha’’ jerit nurse mencari ‘Yusuf’ Zulaikha.

Orang ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain termasuklah aku. Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu. Sampai nama bini pun lupa daaa..

‘’Ya.. Saya kak. Saya suami dia’’

‘’Encik.. Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia. Tapi sebelum tu, Encik kena kata apa?’’

Nak kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu. Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya anak aku.. Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun.

Mungkin nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni perempuan. Baru aku faham.

‘’Perempuan nurse’’ kataku tersenyum malu.

Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia bulat besar. Taknak tutup pulak tu. Alhamdulillah.

‘’Nurse, macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’ tanyaku setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini.

‘’Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’

Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar, namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami berikan.

Keluarnya isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan. Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya. Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepadaku. Terharu. Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan mengucapkan

‘’Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang’’.

P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.


JUALAN GUDANG PUREEN 2013

Untuk sesape yg ada baby, bakal ada baby atau mmg suka barangan baby..
Boleh laa berkunjung ke jualan gudang pureen ni..
Bermula semalam (20april 2013) sehingga esok (21april 2013)


Ada pelbagai range barangan baby jenama pureen yg telah diturunkan harga..
So klu nk grab banyak banyak pun berbaloi..
Lagipun jualan gini bukan selalu..
So klu beli byk, tahan lama..
Dan worth bila mengenangkan kena harung lautan manusia kt sana tu..
Hihihihi..


Yeeee..
Klu udah namanya jualan gudang..
Mmg ramai bebeno laa umatnya ye..
Sila bersabar..
Sebab bukan anda sorg jer nk beli murah..
Ramaiiiii sgt org pun nk beli barang yg murah..


Kali ini sy tidak ler pegi ke jualan ini..
Sebabnya belum gaji satu hal..
Dan satu hal lg, stok sy utk barangan pureen ni ada lagi..
Cukup ler kot..


Tapi pada yg ade anak kecil..atau baby..
Nasihat sy..usah ler dibawok..
Kesian kt deme..
Panas woo kt situ..
Dh ler ramai org..
Tak bernapaih sok budak dalam tu..
Klu takde sape nk jaga..tak usah ler pegi..
Takler rugi mana pun..
Anak lagi penting..


Oklaa..sekian ler omelan cik jiha propaganza..
Melaporkan dari ataih katil jam 1pagi..
Kikikkik..
Udah ler..teman nk tidoor..
Selamat malam ye semua..!

Friday, April 19, 2013

TEBALOI


ok ini salah satu lagi snek @ buah tangan dari sarawak..


tebaloi ni snek yg diperbuat dari sagu..
sedapp..walaupun keras skit..
dah laa bentuknya mcm kulit kayu keras..
hihihi....
ala ala mkn kulit kayu laa gamaknya..


rasa tebaloi mcm kuih bangkit..
cuma tekstur jer kasar skit..
perasa asli adalah yg paling sedap..
sebab mmg terasa santan dan kelapa yg diadun sekali..
bau pun wangi..


tapi sekarang dah dipelbagaikan..
ada mcm macm perisa tebaloi..
ada strawberi..
ada coklat..
tapi yg tersedap tetap perisa asli..


snek ni sedap dibuat kudapan petang..
krup krap krup krap..
kojap yo dh abis..


so pada sesape yg berkunjung ke sarawak tu..
selain dari bawa balik kek lapis..
boleh juga beli tebaloi ni sebagai buah tangan..

Wednesday, April 17, 2013

WHAT IS GWIYOMI?

Tengok meletop malam tadi..
Parodi gwiyomi ni haa by jihan and man rajalawak..
Kahkahakah..
Pecah perut sy gelak..


Igtkan amenda laa gwiyomi ni..
Rupanya ala ala mcm trend gangnam ngan harlem shake laa..
Byk org dok buat parodi..
Sebab tu meletop pun buat parodi..
Tapi gwiyomi bukanlah sejenis tarian mcm gangnam or harlem shake tu..


Gwiyomi bermaksud cute
Kira mcm aksi aksi comel dan cute laaa senang cite..
Lagu gwiyomi tuh plak dipopularkan oleh Hari,penyanyi dr korea selatan..
So bila aksi comel dan cute dicmpur plak ngan lagu yg super comel..
Jadilah gwiyomi..
Haihh mcm mcm daaa..


Lagu gwiyomi tuh ala ala mcm ajar matematik pun adoo..
1+1=2 , 2+2=4.. Mmg comel..
Hihihi..


Banyak dh org buat parodi gwiyomi ni..
Boleh tgk kat youtube..
Artis korea k-pop pun banyak dh yg buat parodi ni..
Paling comel, ada seorg budk ppuan ni..
Adehh super duper comel..


Tp yg parodi meletop semlm mmg kelako..
Ditmbah ngan man yg dimekapkan comel lote..
Plus perut boroi dia..
Wahahaha..
Alan ckp mcm muka penyanyi negro pun ada bila dh berlipstik mekap bagai tu..
Kikikikki..


KEPUTUSAN PERLAWANAN SUKU AKHIR PIALA FA: JDT vs SELANGOR

Sesejak n9 dh hilang taring..
Sy beralih ke jdt plak..
Sebb sokong alan yg minat kt jdt..
Yeler anak jati johor ler katakan..


Tapi since dr start piala fa awal tahun dulu..
Even jdt ramai star players..tp tahap permainan diorg..
Adehhhh mendukacitakan..
Tak nmpk perkembangan langsung..
Dok takuk tu jer laa tak sudah..
Menyampah..


Pemain import kenmain lagi..
Pun tak menyerlah..
Ermm whats wrong eh?
Coach jdt kottttt..
Mcm tak jadi jer fandi ahmad dok trained jdt team..
Huhuhu..


Ok back to tajuk..
Malam ni JDT berjaya menewaskan selangor ngan perlawanan sengit gak..
Bermula dgn gol permulaan dari mahali jasuli (auwww Tahniah sayang! :by tasha shilla)
Lepas tu berlarutan ke separuh masa kedua tanpa jaringan lagi..
Bila pemain import baru jdt leonel nunnez masuk..
Baru nampak ada 'game' kt situ..
Leonel nunnez sumbatkan 2biji gol pada separuh masa kedua..
Tapi tere ar nunnez, dia sumbat gol dari luar kotak penalti..
Sharp ar tendangan dia..


So aggregat kedua dua team dh jadi sama 3-3
So berlarutan ke extra time 30min..
Pun takde gol jugak..
Sudahnya kena buat tendangan penalti..


Dan lastly lepas berhempas pulas..
Jdt menang bergaya 4jaringan penalti berbalas 2 dari selangor..
So jdt akan masuk ke perlawanan separuh akhir piala fa..


Sebelum tu perlawanan antara kelantan vs sarawak pula..
Membawa kelantan ke separuh akhir..
Score tak pasti plak berapa..


So jdt sila make sure korang prepare and ready bebetul utk separuh akhir ni..
Utk coach fandi ahmad..sila extremekan skit training utk diorg..
And sila rancang strategi terbaik supaya jdt leh menang..
Buktikan anda sebenarnya berbaloi apabila dilantik menjadi coach jdt..
Pesanan dari peminat tak berapa fanatik jdt..
Hahahaha..

Tuesday, April 16, 2013

THAT WINTER, THE WIND BLOWS

Drama korea yg sedang hangat kt channel 393..
Me likeee..!


First attraction..
Pelakon nya sume comel comel belaka..
Hero, heroin termasuk laa yg extra extra..
Hero, jo in sung adehhhh sgt hensem okeh..
Dah ler tinggi menggalah..muka hensem..bibir merah pink..
Heroin song hye gyo yg sgt comel..
Suka ngan songhye gyo since cite autumn in my heart..
Comel sgt..muka innocent..kulit mulus..
Yeler, retis kan...
Confirm jaga betul penampilan diorg..


Secondly..plot cite menarik..
And serius lakonan diorg mmg mantop..
Suka suka suka..


Sinopsis cite adalah mengenai oh young (songhye gyo) seorg gadis buta..
Bertemu dengan oh soo yg mengaku sebagai abang kandung young yg dh lama terpisah..
Sebenarnya abg young yg betul dh mati..
Soo menyamar sebab motif awalnya nakkan harta young yg kaya ni..
But lastly jatuh cinta deeply kt young..
Soo ni sebenarnya sorg kakijudi yg banyak hutang..
So konon dia menyamar jadi abg young, dapatler tempias juta juta utk bayar hutang dia..
Tapi tak laa mudah kekdahnya..
Sebab young ni ada beberapa org yg jaga dia dgn baik..
Dan tak mudah nk percaya yg soo ni abg kandung young..
Gebedak gedebuk..bila dh jatuh cinta..
Sekali dapat tahu, young yg buta ni kena kanser balik..
Sebelum ni mmg ada kanser tp dh recover..
Tuptup ada balik and getting serious..
And sekarang tgh episod young tgh menahan sakitnya tu..
Dan soo tgh memujuk the best neurologist yg kebetulan kakak kpd pembunuh upahan yg sepatutnya bunuh soo..
Kannn berbelit skit..kena tgk baru paham..
Tapi best cite ni..
Dah ler hero heroin cun melecun..
Kahkahkah..


Episod baru setiap rabu nagn kamis kul 9mlm..
Ulangan setiap kamis dan jemahat kul 3+ ptg..
Jom tgk sesama..


Serius hensem gile jo in sung tu..!



Monday, April 15, 2013

CELEBRATION HARI UMUR NAIK SATU LAGI..!





ok semalam kisah besday ammar yg masih fresh from oven..


harini kisah yg dh basi dekat setgh bulan sudah..
hikhikhik..


alkisah, besday sy ni pada 27hb mac aritu..
yg secara kebetulan plak internet kt rumah kong pada tarikh tu..
so tk dapat nk share kt blog..


naik satu tangga lagi umur saya..
huhu rasa tua benaaa dh..
hikss..
takpe yg penting hati still rasa muda..
wakakaka..


celebration utk saya tkde laa sgt..
alan belikan ice cream cake utk saya per request dr besday girl..
besday girl konon...bluweekk..
tapi kek yg dia beli tu mcm utk bebudak plak..
kahkahkah..siap ngan ceklat ayam lagi..
kata alan dia tempah kek tu khas utk saya..
ermm yeler tu..mcm beli yg dh siap jer..
hahaah jahat tol besday girl..siap ragu ragu plak..
lepas tu beli ler dominos as per request gak..
semua adalah request dr besday girl..
ate org yg diraikan..
dia ngikut jer..
tenkiu abangg..


cuma satu jer lagi lom tertunai ni..
besday gegirl ni ngajak gi cameron highland lagi..
nak gi tgk stlobeli..
yg tu dia cakp nanti dulu..
adehhh..
sy ckp dapat gi balik hari pun tkpe..
hahaha..
tp mana bleh..mesti kena tido sana..
br dpt rasa suasana sejuk sambil hembus napas kuar asap di waktu pagi..
kakakakaka...


oklaa..
nanti update lagi.
tata..

Sunday, April 14, 2013

HAPPY 5TH BIRTHDAY AMMAR..!




Semalam  13 april, harijadi ammar yg ke 5..
besar dh budak ni..


kenmain sengih sengih malu sipu sipu bila sy ngan alan nyanyi lagu epi besday kt dia..
lepas tu tny..
"nape ibu nyanyi lagu epi besday kt ammar..?"
kihkihkih..
pueh gak laa nk bagi penerangan..


kek tu dia yg pilih sendiri..
nasib baik sedap..
pandai ammar pilih..


celebration takde apa pun..
cuma beli kek tu jer laa..
esok kot jadi nk buat kan kapkek utk dia bagi kt kengkawn sekolah..
tengok kerajinan omak eh esok..
adehhh..


Ibu dan ayah sentiasa sayangkan ammar..
dari ammar mula bernyawa hingga lah ke syurga nanti sayang..in sha Allah..
Doa ibu dan ayah semoga Ammar akan terus menjadi anak yg soleh..
Ammar terus diberkati dan dirahmati oleh Allah..
Ammar akan berjaya di dunia dan akhirat..
Ammar dikurniakan kesihatan dan rezeki yg melimpah ruah..
Dan Ammar terus menjadi penyejuk mata dan hati ayah dan ibu..
Aaminn..


Besar dah anak ibu ni..
Rasa sebak lakkk haiii...

Saturday, April 13, 2013

AISY = AISEE = IC ??


budak botak ni selalu org confuse kan nama dia..
kalau pegi klenet..nurse ke doctor ke panggil aisi..
huk aloh..
jauh benaaaaa bunyinya..
sebutan yg betul.. AISY (aaiiissshhh)


payah sgt ke nama budak mata boolat ni?
rasanya senang jer..hiksss..
tuh pon ramai yg confuse..


nak kata nama dia janggal or rare sgt..
ramai jer skang ni yg nama aisy..
ke diorg pun selalu kena confuse gak kot..
hahaha..


terbaru pesen budak aisy ni..
dia suka menjerit..
pantang ler klu kita amik benda yg dia pegang..
or angkat dia dr buat benda yg dia suka..eg panjat tangga..
confirm laa dia menjerit sekuat hati..
adehhh..
baru dapat tu jerit jerit ni..
sampai bapak dia pun tk tahan..
nyaring gile..high pitch betul..


umur aisy dh setahun 3bulan..
tapi dia masih belum berjalan..
belom masa lagi agaknya..
takpelaa nak..'
pelan pelan ye..
tapi kan tak sabar nk pakaikan dia kasut nyet nyet..ada lampu liplap..
lps tu bawak pi taman..bg dia lari bebas..
sambil jln terkedek kedek..
kihkihkih..


harapnya tak lama lagi lah...
:-)

Friday, April 12, 2013

I'M BACK

giler lama menyepi dari arena blog..
adehhh...
ada masalah dengan internet connection kt rumah ni..
tuh yg sonyap yo..
tapi..
perghhh rindunya nak merapu dalam blog..


macam macam cerita nk share..
tapi semua dalam paler otak jer..
nih bila dh ok..
lupa dah sume..
huhuhu..


ermm..
nanti nanti sy cuba ingat balik semua benda yg sy nk share..
hahaha..
dh igt sy terus share kt sini..
skang nih senang skit..'
sebab n]dh guna porta wifi celcom..
so memana dok kt dlm rumah ni leh connect..
hahaha..


oklaa..
nnti sy update lg..


p/s: perghhh rs lega dpt menulis balik....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...