Monday, April 13, 2009

HAPPY 1ST BIRTHDAY MY BABY!

Hari nie genap setahun usia anak ibu yg tersayang. Sekejap sgt masa berlalu sehingga tak sedar rupanya dah setahun berlalu sejak kelahiran permata hati ayah dan ibu. Doa ibu untuk Muhammad Ammar adalah semoga Allah SWT sentiasa merahmati anak ibu, memurahkan rezeki, memberi kesihatan yang baik dan ibu sentiasa berdoa agar Muhammad Ammar akan membesar menjadi anak yang soleh,beriman, berbudi pekerti, dan sentiasa menyenangkan hati ayah dan ibu. Aminnn..Doa ibu juga semoga Muhammad Ammar akan menjadi contoh tauladan yang baik untuk adik2 kelak...
Sayangnya pada ulangtahun kali ni, Muhammad Ammar tak sihat. Demam, batuk dan selsema. Meragam tak tentu. Kadangkala sampai ibu hilang kesabaran. Maafkan ibu ye sayang. Adakalanya ibu terlalu letih dan adakalanya ibu tak mengerti apa yg Muhammad Ammar inginkan. Tapi percayalah, ibu sentiasa menyayangi Muhammad Ammar. Tak terniat pun dalam hati ibu untuk terus membiarkan Muhammad Ammar menangis sendiri. Tapi ada masanya ibu tak mampu untuk terus memujuk Muhammad Ammar. Ibu diam sebentar bagi meredakan gelodak hati ibu yg pelbagai. Setelah akal kembali di fikiran, Muhammad Ammar sentiasa menjadi keutamaan ibu...
Doa ibu agar Muhammad Ammar cepat sembuh. Kembali riang dan keletah seperti selalunya. Doa ibu juga janganlah ada sebarang penyakit yg dtg menjengah Muhammad Ammar. Biar Muhammad Ammar sentiasa riang gembira. Amin...
Nanti ibu akan update perkembangan terkini Muhammad Ammar kan entry yang lain..

4 comments:

  1. hepi birthday muhammad ammar...kalau anty singgah ari isnin aritu msti dpt hadiah...hehehe...semoga pjgn umur, murah rezeki ibubapanya, jadi anak yg soleh dan sentiasa menyenangkan hati ibubapanya...

    ReplyDelete
  2. aminnnnnnnnn....tenkiu auntie cila

    ReplyDelete
  3. HAPPY BIRTHDAY TO U...HAPPY BIRTHDAY TO U...HAPPY BIRTHDAY TO AMMAR...HAPPY BIRTHDAY TO U...HEY BABY PLIZZZZ BE A GOOD BOY,GOOD SON TO UR PARENT....SOLEH...PINTAR..RAJIN YER..

    ReplyDelete
  4. tenkiu eh antie eryn..adiah mano??wahahaha

    ReplyDelete

Dah baca..marilah komen plak..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...