Tuesday, December 30, 2008

TAG GAMBAR KAHWIN

Syarat2nya: - Pada yang telah berkahwin,anda dikehendaki postkan gambar perkahwinan anda dlm blog anda... - Pada yang belum berkahwin,postkan gambar perkahwinan yang paling bermakna buat anda yang pernah anda hadiri.. contohnyer perkahwinan X-kekasih ,kawan baik,artis populer..tak kiralah,asalkan ianya membawa seribu erti buat anda...



Ish tak pasal2 ibu kena tagged ngan auntie ain ni. Ermm takpelaa..leh gak ibu tayang gambo kawin. Hehehe..lama dah tak tgk gambar kawin ni..Ayah, jom amik gambar kawin lagi..tingin ar nk jadik artis lagi..hehehhe

Nak tag sape ek..haaaaa...auntie AnnFazar.. sila le ye mama..boh gambor kawin!!hehehe

Monday, December 29, 2008

RENDANG DAGING CILI API

Aritu tetiba tingin plak makan rendang daging. Daging korban masih ade lagi dalam fridge so apa lagi mulakan projek la. Hehehe..

Bahan-bahan:
300g daging (agak2 pon takpe)
35biji cili api kampung (campur merah n hijau)
1inci kunyit hidup
1inci halia
1/2inci lengkuas
2btg serai
5biji bawang merah
2biji bawang putih
1kotak kecil santan
1sudu besar kerisik
daun kunyit/daun limau purut
garam dan gula secukup rasa

Cara:
cili api,kunyit,halia,lengkuas,serai, bawang merah dan bawang putih dimesin halus. Masuk daging yang telah dipotong dan dibersihkan ke dalam kuali.Jangan buka api dapur dulu. Tuang semua bahan mesin ke dalam kuali, tambah sedikit air dan dikacau rata. Baru api dinyalakan.Guna api sederhana ketika mengacau rendang. Setelah air agak kering (jgn sampai kering terus) dan daging sudah empuk baru masukkan santan dan sedikit air lagi. Kacau sampai hampir kering dan masukkan kerisik. Kacau lagi dan masukkan daun kunyit atau daun limau purut. Masukkan juga gula dan garam mengikut citarasa. Sedia untuk dingap.




Wednesday, December 24, 2008

AUSSINO WAREHOUSE SALE

Last Saturday, ibu ajak ayah gi jualan gudang Aussino. Saje nk cari cadar dan towel baru. Barang-barang Aussino berkualiti pada pendapat ibu. Dan kalau nak beli kt butik dia, ermm memang mahal. So bila ade peluang jualan gudang cmni, mana ibu boleh lepaskan peluang. Ibu harap dapatlah cadar dalam 2-3set dan tuala mandi.

Tapi harapan ibu hanya tinggal harapan. Huwaaaaa. Hanya indah khabar dari rupa. Sampai kt sana (dah ler sesat2), tak banyak barang yg tinggal. Yg ade pon, quilt cover (sarung selimut tebal) set. Ibu cari queen fitted sheet. Yg tinggal untuk set queen fitted sheet cuma gambar anjing,burung hantu dan chinese coins. Lor pe hal lak ibu nk beli cadar gambo anjing. Puas ibu selongkar sampai hitam2 tangan dek habuk. Lastly jumpa laa satu, itupon gambar buah oren. Jadilaa ada gak satu so tkde laa rasa hampa datang dari jauh. Kemudian ibu jumpa king fitted sheet. Ibu rembat gak satu sebab dari alang2 sampai, amik jelaa. Towel?? Lagilaa hampeh, satu pon tarak. Bath mat banyak ler..huhu makan hati betul gi jualan gudang ni.

Sampai kt umah ibu buka laa set cadar sebab nak basuh. Cisss sakit hati tol bila ibu tgk, king fitted sheet tu cuma ade cadar dan bolster case. Pillow cases takde even sehelai pon. Hah! Dah le sakit hati sebb barang tak banyak, lepas tu kena tipu lak lagi. Aduyaiiiii..dugaan tol. Dan dan tu ibu rasa nk bakor jer gudang Aussino tu. Nasiblaa yg cadar buah oren tu cukup setnya. Kalau tidak, ade yg ibu gie serang gudang tu esoknya. Huh..serik dah nk pegi jualan gudang Aussino. Kalau nak pegi pon, ibu akan pegi at first week diorang wat sale. Kalau dah masuk 2nd week, mmg takde apa laa...huhuhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...