Thursday, April 23, 2009

NEW BABY..!!

Hahaha gempak je tajuk. Bukan adik ammar pon. Tapi anak kawan ibu masa belajo kt U*M dulu. Tapi we still be friends until now. NUR FARISYA IZNI ni lahir on 4th april 2009. yang cunnya no ic dia..hikhik kecik2 dh ade ic. ala MYKID laa..04040909 gile cun nombor..hehe


nih laa dia anak auntie Ilah..NUR FARISYA IZNI

Wednesday, April 22, 2009

SAKIT GIGI!!


Huh sejak2 pindah ni, mmg jarang leh apdet. Line maxis kt sini tersangat laa teruk. Sangat sakit hati. Baru je leh online, tiba2 ilang...hah sakit jiwa tol. Lepas tu dh taip panjang2 bila nk publish hilangggggggggg.....hah mmg bako darah jer..


ermm bila la ye ibu nk apdet pasal perkembangan terbaru muhammad ammar. ok laa tunggu muhammad ammar kena cucuk dulu ler. Dh dpt berat badan leh la ibu apdet.


4hari ibu sakit gigi. Mula ari sabtu sampai laa ari semalam. Huwaaaa sakit betul tau. Ayah risau n bawak ibu jumpa dentist semalam. Doc cakap gigi ibu ok. Takde lubang2. Maybe makanan terselit kat gigi. Lepas dia korek2 skit n suruh kumur2, ade laa nampak sisa makanan yg kuar. Ingat leh ar elok sakit. Rupanya tak. Kena gak makan antibiotik n painkiller. ermm harini dh ok skit. Doc cakap gigi bongsu ibu tak tumbuh elok. Ada gap skit antara gigi bongsu n gigi kedua last. So makanan akan selalu selit kt situ. Dia soh cabut je gigi bongsu tu sebab gigi tu tak pakai pon. Tapi ibu takut.. Ibu ni ade fobia ngan dentist skit..hehe..Nantilaa kalau dh ade kekuatan nk gi cabut, baru ibu cabut..But for now..is a NO NO..

Monday, April 13, 2009

HAPPY 1ST BIRTHDAY MY BABY!

Hari nie genap setahun usia anak ibu yg tersayang. Sekejap sgt masa berlalu sehingga tak sedar rupanya dah setahun berlalu sejak kelahiran permata hati ayah dan ibu. Doa ibu untuk Muhammad Ammar adalah semoga Allah SWT sentiasa merahmati anak ibu, memurahkan rezeki, memberi kesihatan yang baik dan ibu sentiasa berdoa agar Muhammad Ammar akan membesar menjadi anak yang soleh,beriman, berbudi pekerti, dan sentiasa menyenangkan hati ayah dan ibu. Aminnn..Doa ibu juga semoga Muhammad Ammar akan menjadi contoh tauladan yang baik untuk adik2 kelak...
Sayangnya pada ulangtahun kali ni, Muhammad Ammar tak sihat. Demam, batuk dan selsema. Meragam tak tentu. Kadangkala sampai ibu hilang kesabaran. Maafkan ibu ye sayang. Adakalanya ibu terlalu letih dan adakalanya ibu tak mengerti apa yg Muhammad Ammar inginkan. Tapi percayalah, ibu sentiasa menyayangi Muhammad Ammar. Tak terniat pun dalam hati ibu untuk terus membiarkan Muhammad Ammar menangis sendiri. Tapi ada masanya ibu tak mampu untuk terus memujuk Muhammad Ammar. Ibu diam sebentar bagi meredakan gelodak hati ibu yg pelbagai. Setelah akal kembali di fikiran, Muhammad Ammar sentiasa menjadi keutamaan ibu...
Doa ibu agar Muhammad Ammar cepat sembuh. Kembali riang dan keletah seperti selalunya. Doa ibu juga janganlah ada sebarang penyakit yg dtg menjengah Muhammad Ammar. Biar Muhammad Ammar sentiasa riang gembira. Amin...
Nanti ibu akan update perkembangan terkini Muhammad Ammar kan entry yang lain..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...