Wednesday, March 26, 2014

TABIAT ANAK MUDA SEKARANG

Beberapa hari lepas..
sy ke kedai makan..


Ada sekumpulan remaja..
Dan sy rasa umur mereka dalam lingkungan mereka yg baru habis SPM..
yelah gayanya mcm nk meraikan results spm yg baru diumumkan..
beberapa orang lelaki..dan 2org perempuan..
duduk beramai ramai dengan meja yang dicantum cantumkan..
ok takde apa yg pelik di situ..


Cuma saya terkilan..
Dalam umur semuda itu..
Boleh dikatakan hampir kesemua remaja lelaki itu sudah mula MEROKOK..
Dengan perasaan bangga..
Dengan perasaan "wah aku dh dewasa..aku boleh merokok di tempat awam"
Berkepul2 asap rokok dihembus keluar..
Yelah sekali hembus sampai 2-3 orang..
lepas tu bergilir gilir (mereka dalam lingkungan 10-12 org) menghembus asap..
terus nampak berkabus di situ..
Lepas itu, asap rokok plak disedut masuk ke peparu..
disedut dalam dalam..betul betul menikmati asap racun tersebut..
manakala yg perempuan, elok jer duduk ditengah2 mereka..
menyedut udara+asap rokok tanpa resah gelisah..
hebattt! :(


Sedih saya..


Betul saya sedih..
sebab muda2 lagi mereka dh membiasakan dan mendedahkan diri mereka pada asap racun..
ada tu pula kepalanya berkopiah bagai..tapi mulut berasap2..
seolah bangga betul mereka..
boleh mereka merokok dengan bebas tanpa perlu sorok sorok lagi..


dan yg paling sedih lagi..
semua remaja ni MELAYU..
adehlaaa..


saya juga dari keluarga perokok..
ayah saya, adik adik saya merokok..
dan saya sangat tidak bangga tentang itu..
saya sedih diorg memilih utk meracunkan diri sendiri..
tapi tiada apa yg mampu saya buat..
pilihan adalah di tangan mereka..


tapi untuk diri saya..
saya memilih utk mencari suami yg tidak merokok..
dan sy sangat berdoa dan berharap agar generasi2 saya akan datang tidak akan sesekali merokok..
ia bukan sekadar merosakkan diri sendiri..
ia juga difatwakan HARAM..
membazir duit..
mencemar alam sekitar..


dan kerana perokok perokok tegar juga laa..
kerap hutan2 kecil sekitar putrajaya ni terbakar di musim panas ini..
kerana mereka mengambil jalan mudah mencampakkan puntung rokok mereka di kawasan kering..
puntung rokok yg masih berbara..
lalu mencetus api kecil yg menyambar daun2 dan rumput kering..
selepas itu mencetuskan kebakaran yg besar..
hingga mengorbankan banyak2 pokok2 lain..
dan menyebabkan jerebu..
haihhh...
klu aku tau saper yg baling puntung rokok sampai terbakar semak..
aku kerat je tangan diorang..jahit mulut diorang biar takleh merokok lagi..
kurang hasammm!


ermm..
ingat lah..ROKOK itu HARAM..
ROKOK itu MEROSAKKAN!


No comments:

Post a Comment

Dah baca..marilah komen plak..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...