Sunday, December 13, 2009

MUHAMMAD AMMAR AT 20MOS OLD


Skang ni dah penghujung tahun 2009. Arini juga genap anak ibu ni berusia 20bulan. Lagi 4bulan masuk 2tahun dah. Erkkk...rs mcm baru je ibu ni meneran nk bersalinkan Ammar dulu..seriknya pon tak ilang lagi..tapi Ammar dh nak masuk 2tahun dah. Betapa sekejapnya masa berlalu..wish u were still a baby..hahaha adakah ini tanda2 bahawa ibu perlu pregnant semula??wakakaka...adoii aiii huhuhu..
Lama rasanya ibu tak update milestone Ammar sejak2 berusia 1tahun. Perkembangan Ammar mmg banyak..yeler org makin besar kan..dah tentu macam2 perkembangan yg telah berkembang..(apa daa punya ayat) hehehe..okla ibu update skit milestone Ammar setakat berusia 20bulan ni..
~~Ammar dh pandai salam sambil cium tangan. Kadang2 datang mabuk salam, penat tgn ibu ngan ayah asik kena salam dia. Tapi kalau dtg mood takmo salam..paksa cmne sekali pon tak ingin dia nk salam..
~~Dah pandai babai..kalau naik push car, kemain lagi babai..macam le jauh beno push car tuh nk dibawaknya..hehehe..
~~Pandai tunjuk ngan jari telunjuk kalau nak satu2 benda sambil jerit2. Yeler Ammar tak pandai cakap lagi, so kena la menjerit sambil tunjuk barang yg dikehendaki..adoii bingit telinga tau..
~~Tau dah mana gigi,mulut,hidung busuk,mata cantik,kepala, rambut..tapi takat tu jer laa..yang lain2 blom 'masuk' lagi..
~~Gigi dh penuh. Tapi sgt tidak suka gosok gigi.
~~Suka tgk barney, backkom, upin ipin dan semestinya IKLAN tv...
~~Sgt suka berjoget bila dgr lagu. Jogetnya sama je tak kira laa lagu hiphop ke,dangdut ke..caranya ialah dgn berdiri sambil menonggeng separuh,lepas tu henjut..hahaha reti tak nk tiru?
~~tau dah nk ikut bila ibu atau ayah nk gi mana2. Kalau ayah kuar, smbil bawak kunci kete, for sure dia akan menjerit nk ikut..
~~Masih bercakap bahasa baby. Kadang2 tu tah hape2 yg diomelkan..
~~Dah tak takut makan Scott Emulsion. Dulu payah gile nk bagi dia mkn, skang ni senang je..
~~Sesekali terdengar juga dia panggil ibu. Ayah mmg dah lama dah dia pandai panggil..huhu jeles taww..
~~Masih breastfeed lagi.
~~Berat dah lebih 10kg.
~~Makan apa sahaja asalkan tak memudaratkan dan yg sesuai utk umur dia skang la..
~~Sangat suka pada haiwan. Kalau nampak je apa2 haiwan, mesti buat bunyi2 comel lps tu tunjuk2..kalau kucing ade dekat2 dia..abih kucing tu dicekau dgn tangan.iskk..
~~Sangat suka berlari2 di taman. Nasib baik le putrajya ni banyak taman. Boleh laa tukar2 tempat bawak dia lari2..
Ermm banyak lg perkembangan Ammar ni. Nanti kalau ibu igt, ibu update lagi kt sini. To my little baby..HAPPY 20TH months BIRTHDAY..hehe..Ibu will always love you!!

No comments:

Post a Comment

Dah baca..marilah komen plak..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...