Sesungguhnya saya merasakan gagang telefon itu sangat sedap. Apabila sy mula menggigit telefon itu, ternyata ia adalah sangat keras dan saya tidak dapat menggigitnya. Saya juga perasan telefon itu tiada rasa manis,masin,pahit waima masam sekalipun. Cuma kedengaran bunyi tutttttttt apabila saya meletakkannya di telinga saya. Ibu saya telah banyak kali melarang saya dari menggigit telefon itu kerana takut akan di charge oleh pihak hotel kerana kerosakan barang. Akhirnya ayah saya telah mengangkat saya dari meja itu lalu ibu saya telah menenenkan saya supaya saya tidak lagi menggigit telefon itu. Sekian cerita saya bersama telefon yang baru pertama kali saya jumpa. Bye..
No comments:
Post a Comment
Dah baca..marilah komen plak..!