Thursday, June 25, 2009

KELADI SARAWAK

Lama dah dapat keladi sarawak ni. Maktok yg bekalkan dari JB. Sebelum kawin ngan ayah, mmg ibu tak penah tau kewujudan keladi jenis ni. Sekali bila maktok wat sarapan pagi keladi rebus ni, ibu try la makan. Masa tu cuit skit je sebab benda baru. So rasa mcm tokleh masuk tekak sgt.


And bila dh ade bekalan kt umah, nak tak nak kena gak la rebus. Sayang klu biar je gitu. So bila dah rebus dan buat plak sambal tumis bilis untuk dicecah sekali..hulamakkk sedap ler plak. Rasanya lebih kurang cam keledek tapi tak manis. Lemak dan very gooey gitu. Ayah cakap macam bubble gum sebab keladi ni ala lekit2 skit. Tapi mmg sedap bila dicecah ngan sambal tumis bilis..


Kenyang makan keladi ni. Sesuai untuk menggantikan nasi klu agak2 boring makan nasi tu. Paling best makan masa tgh panas. Tak kira la untuk sarapan atau minum petang.
Rupa asal sebelum direbus

Nih lepas rebus

No comments:

Post a Comment

Dah baca..marilah komen plak..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...