Tuesday, June 30, 2009
Friday, June 26, 2009
SEHARI DI KEBUN ATUK..
Serius gila ayah memetik cili..dh macm apek bila pakai topi tu..hikhikhik amponnnn
Thursday, June 25, 2009
KELADI SARAWAK
Nih lepas rebus
Wednesday, June 24, 2009
JALAN JALAN BUANG DUIT: ZOO NEGARA
Sunday, June 21, 2009
HAPPY FATHERS DAY!!
Friday, June 19, 2009
TAH..TKDE TAJUK..
Washing machine kt bawah tu tgh buat keje. Sambil tunggu, bleh gak update pape yg patut. Apa ibu nk masak arini ye? Ermm pening paler bila pikir pasal masak ni. Hari-hari nk kena pikir apa mau masak. Buntu tol. Ikan caru ade tu. Nak dibakar je or buat sumbat sambal? Kangkung yg maktok bekalkan aritu ade lagi. Nak goreng belacan je ke?? ala...malasnya nk pikior..
(gambar di-google dgn jayanya)
Petang ni nk buat brownies. Auntie eryn ler sebok soh ibu buat. Tah jadi ke tak pegi zoo esok. Sebab adik dia nk bersalin. Dah bersalin ke blom ek. Ermm tgk sume org dok dapat baby ni, ingin gak ibu bagi adik kt ammar. Tapi bila pikir2, cam tak sanggup plak nk harung sakit masa pregnant, bersalin and pantang tu buat masa skang. So maknanya ammar kena tggu lagi la. Hehehe..Mungkin tahun depan leh laa menjalankan proses pembangunan insan. Hehehe.
Oklaa mesin ibu kt bawah tu dh benti. Leh sidai kain. Lepas ni bobok jap. huhuhu..nih penangan INTAN la ni. Adoii jadi kerja aku tunggu tiap malam nk tengok sinetron ni. Bila nak abis ni woiii..??
(gambar telah di-google dgn jayanya)
Wednesday, June 17, 2009
ISKKKK...
Thursday, June 4, 2009
BATMAN????
Batman ketika berumur 1tahun..
Batman dewasa...
Hehehe...NO NO NO....
Batman bukanlah Muhammad Ammar...Muhammad Ammar pon bukanlaa Batman..hehe... Ammar lagi comel dr Batman apa..hikhik..tak caya..lihat gambo kt bawah ni ..hikhikhik..
MAJLIS HARIJADI NYLEA YG PERTAMA
Kita dtg masa majlis dh mula. Sorry wancu..hehe lambat lak skit. Tapi yg pastinya kita sampai gak. Ibu suka tgk kek birthday Nylea. Cantik. Colourful. Rasa pon boleh tahan. Lepas tu cupcakes yg sekeliling kek pon sedap gak. Rasanya besar gak budget untuk kek je tu...hehe
Oklaa nk tgk kek Nylea?Nih dia..
Eh nampak lak hadiah yg Ammar bagi untuk Nylea. Ala beg yg kaler biru tu..hehe. Hadiahnya adalah sepasang baju.
Antara Tetamu yg datang..
Nihlaa birthday girl bersama Muhammad Ammar dan ibu..
Ala Muhammad Ammar ni tgk tempat lain la plak..takpelaa nanti ibu tayang gambo muhammad Ammar jadi batman..heheWednesday, June 3, 2009
NASI AYAM
Ini laa hasilnya. Tah ler apa rasa kt tekak ayah tu. Pada ibu sama dah mcm kt restoran tu..hikhikhik..so malam kang, sila bagi komen ye ayah...huhuhu..tapi klu komen lelebih len kali sendiri masak...(ugutan soh puji wakakakkaka)..
Bahan sup ayam:
Daging ayam
Rempah sup
Bawang putih, bawang merah
Halia
Stok ayam
Garam+gula
Cara:
Tumis bawang merah+putih+halia yang telah ditumbuk. Dah naik bau, masukkan rempah sup. Kacau sebati hingga naik bau rempah. Masukkan ayam. Kacau lagi sehingga ayam mengeluarkan jus. Masukkan air (kuantiti air hendaklah mencukupi utk sup dan untuk dimasak bersama beras) dan stok ayam. Tunggu hingga mendidih dan masukkan garam+gula. Sesuaikan mengikut citarasa.
Keluarkan daging ayam yg dimasak bersama sup tadi. Gaulkan bersama sedikit kicap dan sos tiram. Perap sebentar. Selepas itu boleh laa digoreng atau dibakar sebentar (jgn goreng or bakar lama sgt sebab ayam akan jadi liat dan keras).
Bahan Nasi ayam:
Beras
Sup ayam
Serbuk kunyit
Cara:
Masukkan beras yang telah dicuci dan tos ke dalam periuk. Masukkan sup ayam yg telah dimasak tadi mengikut sukatan air seperti memasak nasi biasa. Masukkan sedikit serbuk kunyit utk mewarnakan nasi. Masak nasi seperti biasa.
Bahan sos cili:
1bj tomato
2tgkai cili merah
sos cili
garam gula
sup ayam
bawang putih ketuk
Cara:
Blend sume bahan kecuali bwg putih. Tuang ke dalam mangkuk baru masukkan bwg putih ketuk.
Bahan sos kicap:
Kicap
Sup ayam
1 ulas Bawang putih (hiris halus)
Cara:
tumis bawang putih dan masukkan sup dan kicap. tunggu mendidih dan tutup api. Kalau tk suka bawang putih leh tapis dulu utk buang hirisan bawang.
Lepas tu leh la disatukan sume bahan-bahan yg telah siap dimasak ke atas pinggan. Ikut ler kreativiti memasing nk susun cmno. Lepas tu leh laa di ngap..hehehe..