Sunday, March 22, 2009

SAMBAL GORENG KELUARGA CIKGU JAAFAR

Lama dah tak post resipi kat sini. So arini ngan sengajanyer membuat entry resipi. Lagipon saje nak tayang, yang ibu pon pandai gak wat SAMBAL GORENG walaupon ibu bukan org JAWA. Tapi dah kawin ngan org Jawa, kenala pandai masak jawa-jawa skit. Hehehe... Sebenarnya masak sambal goreng ni senang. Main lebur lebur je dalam koli. Tapi persediaan nak masak tu yg leceh sikit. Sebab sume kena hiris halus dan ade yang kena digoreng dulu. Tapi bila dah siap mmg sedap sangat. Kalau makan tokleh benti. Hehehe.. Sedap dimakan ngan nasi putih panas/lontong/nasi impit/roti. Serbaguna ni...

Bahan-bahan:
12ekor Udang sederhana
2kpg Tauhu putih
1kpg Tempe (bungkus plastik)
2kpg Fucuk-rendam kembang
1gengam Suhun-rendam kembang
1inci Belacan
sedikit Air asam jawa
3sudu Cili mesin
1/2 kotak kecil Santan
Sedikit air
Secukup rasa Garam gula
Bahan hiris halus:
4biji Bawang merah
1labu Bawang besar
2biji Bawang putih
2biji Cili merah
1biji Cili hijau
1btg Serai
1inci halia
2biji cili kering(gunting halus)
Cara:
Tempe dan tauhu dipotong kecil dan digoreng. Ketepikan. Ambil separuh bawang merah,putih,halia,serai yang telah dihiris dan belacan lalu diblend or tumbuk halus. Tumis bahan blend.Naik bau masukkan selebihnya bahan-bahan hiris termasuklah cili kering. Tunggu garing sedikit dan masukkan cili mesin. Biar naik minyak dan masukkan udang. Masukkan juga air asam jawa.Kacau sebati. Masukkan santan dan sedikit air. Kacau lagi. Tunggu sebentar. Masukkan tempe dan tauhu yang telah digoreng serta fucuk dan suhun. Kacau sebati. Tambah garam dan gula mengikut citarasa. Kacau sebati. Siappp dan sedia untuk dingappp..
Sila abaikan koli ku yg tak bape nk comel tu yeee...

2 comments:

  1. hmm..nih lauk common johor..kat muar nih menu wajib pagi raya(my mom bugis+malay)...cuma style famili sana, ditambah kicap sket..kasi kaler brownish sket heheh...

    ReplyDelete
  2. hoho betul3x...mmg lauk pagi raya.sepenting rendang kt N9.tapi ade org kt umah ni selalu ngidam makan sambal goreng tu sebab selalu kena masak.hehehe..

    ReplyDelete

Dah baca..marilah komen plak..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...