Thursday, February 5, 2009

D' LIMAU NIPIS BANGI

Ibu ni ade perangai pelik skit. Kalau hari cuti je, mmg mood ibu automatically akan hilang untuk masak memasak ni. Hahahaha..org lain cuti, ibu pon nk cuti gak. Asik nk masak je..boring gak tau.

So apa lagi..jalan jalan cari pasal ler..hahaha cari makan laa. Cari pasal buat hape..nyusahkan diri ade le.. yeiinnadda cm pantun la plak..belasah ler..

Makanya dgn itu, kita pon berangkat la ke D Limau Nipis Bangi. Nama gempak kan. Tapi menu dia biasa2 je. Rasa pon biasa2 je. Sedap lagi kt Perantau Bangi tu. Tapi takpe, meh kita cite apa yg dimakan malam tu. Ayah order tomyam,ikan kembung masak pedas,daging black pepper dan sayur kangkong masak belacan. Tomyam mmg menu wajib klu ibu cuba kedai makan baru. Pada ibu, kalau tomyam situ sedap makanya lauk2 lain juga akan sedap. So, akan ade laa lagi kunjungan kali ke-2,3,4 dan seterusnya. Kalau tomyam fail..sekali tu je laa gie. Takmo gi dah kedai tu. So far antara lauk yg diorder mlm tu, yg sedap pada ibu cuma kembung masak pedas tu. Yg lain biasa je rasanya. Macam daging tu..adoiii liat la plak. Tomyam plak, "tak sampai rasa" kata ayah. Hehehe..paham2 sendiri la ek. Muhammad Ammar nya pendapat lak.. "no komen!" sebab dia makan nasi putih je..hikhikhik kesian anak ibu.

So kesimpulannya ibu bagi 3bintang out of 5 je laa kt D Limau Nipis ni. Tuh gambo kt bawah tu gambo pinggan je. Isi2 udah abis ditelan..

Monday, February 2, 2009

PAMERAN KERJAYA BERSAMA ATM

Nih ler aktiviti kita sekeluarga sabtu lepas. Ibu malas sebenonya nk gi pameran ni. Tah ler bagi ibu takde apa pon nk ditgk. Kecuali ler kan klu nak cari keje. Dah namanya pameran kerjaya. Tapi ayah la nk jugak pegi. Dia cakap nk tgk kete kebal. Ha belasah laa. Lagipon kt Dataran Merdeka. Lepas tgk pameran tu leh gi pasar malam jalan TAR. Tempat favourite ibu. Wakakakka.. Best gi pasar malam ni. Banyak benda ade jual. Especially makanan la. Macam macam ada..pilih je laa mana nak.. Tapi yg tak bestnya.. ayah belikan ibu 2 pelastik pop corn je. Dalam banyak2 makanan kt situ...pop corn je ayah bagi beli..huwaaa.. Alasan ayah, ibu dh terlampau banyak makan benda manis minggu ni. So lupakan je la hasrat menikmati makanan lain..wa wa wa wa wa.... Ayah kijammmmmmm..!! Takmo kawan! Ibu nk kek cekelat!

Sunday, February 1, 2009

WISHLIST: VISIONS COOK POTS

Hehehe..agak lama jugak ler ibu dah dapat wishlist ibu ni. Tapi baru je nk upload dalam blog ni haa.. Dah lama sgt ibu ngidam nk benda ni. Akhirnya dapat gak. Tu pon kirim kt mama de yg gi Langkawi. Nak beli kt sini mmg tak dapat ler. Mahal beno regenya.

Lepas ni ade a few lagi wishlist ibu for 2009 ni. Harap dapat ler...Nak tau pe dia?? RAHSIA.. hahahha..dah dapat baru boleh bagitau. Kita tunggu ek..dapat ke tak ditunaikan pada 2009 ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...