Saturday, September 22, 2012

BATUK, BATUK DAN BATUK...

Selagi aisy dan ammar tak baik betul dr sakit 3serangkai ni..
Selagi itu laa, entry sy ada berunsurkan cerita psl diorg..
Huhuhu..


Ibu mana yg tak kesian..
Ibu mana yg sampai hati..
Ibu mana yg tak menangis..
Ibu mana yg tak gundah gelana hatinya..
Bila mana permata hati yg disayangi..
Ditimpa ujian sakit yg berpanjangan..
Alahaii anakku..


Harini sy ke Darussyifa..
Alternatif penyembuhan setelah 3kali ke klinik..
Tapi masih juga berkeadaan yg sama..
Ustaz di sana bekalkan air penawar..
Disuruh mandikan dan beri minum air penawar tu selama 3 hari..
So mulai dr hari ini (jumaat) sehinggalah hari ahad nnt..
Sy akan mandikan aisy dengan air penawar itu..
Semoga berkat ayat ayat Allah yg dibacakan..
Aisy akan segera pulih..
Doakan juga ye..


Kata ustaz itu..
Bermula dari bulan oktober tahun lepas sehingga ke hari ni..
Kebanyakan orang termasuk bayi dan kanak kanak..
Mengalami sakit demam 3 serangkai ini berpanjangan..
Kebanyakan nya laa bukan semua..
Kalau yg batuk tu, berbulan bulan baru sembuh betul..
Kata ustaz, ini mungkin petanda akhir zaman yg Allah tunjukkan..


Kemudian ustaz memberi petua..
Utk org dewasa yg mengalami batuk..
Amalkan makan sesudu madu yg telah dititiskan dengan 3 titik getah betik muda.. Caranya, sesudu madu diletakkan di bawah betik muda..
Dan betik itu dicucuk dengan jarum atau benda tajam bg mengeluarkan getahnya..
Cukup hanya 3 titik..
Baca surah alfatihah 1x dan selawat sebanyak 3x sebelum makan..
Insya Allah, kahak akan keluar melalui muntah..


Buat sementara ini..
Sy hanya menyapu daun kaduk yg telah diramas dengan air dan kapur sireh..
Pada dada dan belakang badan aisy..
Harapannya dapat la aisy tido lena malm ini..
Kesian sgt bila dia tak dapat rehat yg cukup..
Badan pun dh susut..
Matanya kemerahan...
Aduhaii anakku..


Semoga ikhtiar sy dan alan ini akan membuahkan hasil..
Tak sanggup betul melihat anak anak sakit begini..
Semoga Allah juga memberikan kekuatan kepada kami suami isteri..
Agar tabah dan tenang menghadapi apa jua..
Amin Ya Rabbal Alamin..

2 comments:

  1. batuk memang susah nak baik...
    musim jerebu lak now ni..

    ReplyDelete
  2. Aah ler akakdokter...sy nyer batuk pun lom ilang ilang..jngkit dr anak.. Ibu btuk, anak batuk.,siap berduet lg..yg pening bapaknya..hahah

    ReplyDelete

Dah baca..marilah komen plak..!