Saturday, April 28, 2012

BEZA SERAI WANGI DAN SERAI BIASA

Haritu dh buat entry ttg serai nih..
Tapi hilang ler pulak..
Semua sebab new interface tu laaa.
Jahanam sumenya..
Nih dh tukar setting ke old interface..
Senang skit acik.,


Okeh tangan saya yg saya gatal gi tenyeh ngan daun serai wangi tu dh elok..
Dah tak gatal..
Bintik bintik pon dh beransur hilang..
Haaaa itulah padan muka..
Saper suruh pepandai buat ubat sendiri..
Sendiri laa tanggung akibatnya..


Okeh meh sy cite beza antara 2 jenis serai ni..
Dulu saya pn tak reti nk bezakan..
Skang klu tgk sekali lalu, tau dh mana serai wangi n mana serai biasa..


Serai wangi nih tumbuhnya kelompok merimbun
Lepas tuh daunnya tumbuh secara melepai lepai ke tanah..
Kiranya klu dr jauh nmpk pokok serai..
Dan nampak daunnya terumbai umbai bermakna itu adalah serai wangi..
Dan untuk kepastian lagi..pegi dekat ke pokok serai dan petik daunnya..
Akan terbit bau yg sgt segar..
Saya suka bau serai wangi..
Sedapp..
Tapi alan cakap bau serai wangi cm bau tandas..
Mmg ler, sebab banyak pencuci tandas ada serai wangi sebagai bahan utama..
Sebab serangga mmg tak suka bau serai wangi..
Selain baunya yg beri kesegaran pada tandas..
Serai wangi gak sering digunakan utk minyak urut..
Sebab keharuman serai wangi sgt memberi ketenangan..
Ala ala aromaterapi ler jugak..


Serai biasa plak daunnya tumbuh secara menegak ke atas..
Dan pokok serai biasa tak serabut mcm serai wangi..
Kemas jer pokok ni..
Klu rajin trim daun serai biasa, bleh jadi tumbuhan landskap yg menarik..
Daun serai biasa pon takde laa bau yg kuat..
Selain tu, perdu serainya juga besar skit berbanding serai wangi..
Sebab tu ianya sering digunakan dlm masakan..
Masakan berserai sangat sedap dan wangi..
Buat air minuman pon boleh..


Haaa itulaa beza antara serai wangi dan serai biasa..
Senang jer kan..

1 comment:

  1. assalam..
    klo letak gmbr serai2 tu ok jgk..
    hehe...

    ReplyDelete

Dah baca..marilah komen plak..!