Monday, February 28, 2011

23 TIPS RUMAHTANGGA

Tips dari DR FADHILAH KAMSAH

1) selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri.

2) Bila isteri bercakap, pandanglah pada wajahnya. Terima informasi dan proses dengan bijak dan prihatin. Bukan masuk telinga kanan kuar telinga kiri.

3) jangan sesekali membandingkan masakan atau cara hiasan isteri dengan mak anda. Kecuali apa yg dilakukan isteri itu lebih baik or canggih dari mak anda.

4) jangan demand sex sekiranya isteri takde mood or letih. Agama suruh manusia berkahwn bukan untuk memenuhi tuntutan syahwat semata2.

5) sekiranya ada anak, bersama samalah menjaga anak itu. Benih awak juga. Ada jenis suami, yg sampai hati suruh isteri yg sedang makan cebok berak kencing anak sedangkan dia tersandar kekenyangan.

6) jangan sesekali tersandar relax2 depan tv selepas pulang dari keje, sedangkan isteri bila masuk je rumah, terus mengemas, memasak, uruskan anak. Berbulu mata tgk jenis suami mcm ni.

7) apabila makan, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan lah bedal semua hingga yg tinggal utk isteri adalah sisa sahaja.

8) beritahu isteri sekiranya ada tetamu yg ingin bertandang ke rumah. Sekurangnya 2-3 hari lebih awal.

9) jangan sesekali menyakat isteri dengan saiz badannya yg semakin 'sihat' or semakin melidi. Suami juga patut cermin diri sendiri dulu.

10) Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta boleh plak control kentut.

11) Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri anda. Jangan sesekali mencaci mereka di depan isteri walaupun secara bergurau.

12) jangan kedekut kepada isteri dan keperluan rumahtangga.

13) Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Jagalah maruah anda sebagai suami/ lelaki.

14) Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Kalau tau berak, jgn la pulak taktau flush. Susah sangat ke. Takkan itu pun nk kena ajar.

15) Rajin rajin ler bertanya sekiranya isteri memerlukan bantuan anda utk menjaga anak/ kerja rumah. Jangan tunjuk rajin bila tetamu ada dirumah sahaja.

16) Hormatilah isteri seperti mana anda mahu dihormati. Isteri juga manusia. Allah beri banyak keistimewaan kepada isteri tapi selalu diputarbelitkan oleh suami utk kepentingan diri sendiri.

17) jangan main kayu tiga dengan isteri.

18) Sekiranya isteri melakukan kesilapan, tegurlah isteri dengan baik bukan dengan cara menengking. Kalau anda sakit, isterilah yg bersusah payah utk menjaga anda.

19) Kalau isteri tidak sihat, segeralah pergi bawa ke klinik. Tunjukkan anda ambil berat.Janganlah sampai isteri dah tenat pun masih tak perasan.

20) berbincanglah dengan isteri sebelum membuat sebarang keputusan. Tiada salahnya berkongsi pendapat. Ketepikan ego anda.

21) Dalami agama, dan didiklah isteri dan anak dengan ikhlas seperti yang dituntut dalam agama. Ingat, kalau suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri masuk syurga juga. Tapi kalau isteri masuk syurga, belum tentu suami masuk syurga. Kalau suami masuk neraka, belum tentu isteri masuk masuk neraka, tapi kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami masuk neraka juga.

22) Berusahalah dengan ikhlas utk mengekalkan keharmonian rumahtangga. Percayalah, sekali suami berbuat baik utk isteri, isteri akan balas 10 kali..

23) Jangan buat donno kalau isteri merajuk/Kecil hati. Kalau perlu mintak maaf, mintak maaf. Kalau perlu pujuk, pujuklah. Hati org perempuan sgt sensitif. Kalau suami buat tak kisah, perasaan isteri bagai dihiris hiris. Perkara yg dianggap remeh pada suami, boleh jadi barah pada isteri. Jangan pandang endah tak endah pada masalah isteri atau perempuan ini khususnya utk kaum suami dan amnya pada kaum lelaki.

:- SUMBER EMAIL.

P/s: sangat bagus dan penting dibaca oleh para suami.

3 comments:

Dah baca..marilah komen plak..!