Wednesday, August 4, 2010

TIPS: HANYIR AYAM

Kadang2 bila beli ayam, kita akan berbau yg kurang enak. Senang cite, hanyir laa kan. Adakala tak plak...Tapi bila berbau tu, apa ek cara nk bagi hilangkan bau yg sgt tidak sedap itu?

Saya ada 2 cara..bergantung pada mana 1 yg korang suka nk pakai. Ramai org dah tau cara ni. Guna tepung gandum untuk basuh ayam tu. Selepas ayam dipotong mengikut citarasa, gaulkan ayam dengan tepung gandum. Biarkan seketika dan selepas itu dibasuh bersih. Insya allah bau hanyir ayam akan hilang. ..

Cara yg kedua, adalah dengan menggunakan asam jawa. Cara ini adalah cara mak sy dan sy rasa lebih mudah berbanding tepung gandum tadi. Ini kerana ayam yg bersalut tepung gandum yg basah dan melekit adalah agak sukar dibersihkan. Penggunaan asam jawa sama seperti tepung gandum. Asam jawa dilumurkan ke atas ayam yg telah dipotong. Perap seketika barulah dibasuh bersih. Dan ia juga senang dibersihkan. Tidak melekat dan melekit seperti tepung gandum...

Terpulang pada korang..

2 comments:

  1. dah jadi blog petua la plak ek? ari tuh duk post cuti2 mesia jer...hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha..bukan petua laa..aku muda lagi..so ini namanya tips..hahaha..

    abih dah tk cuti2 mesia, cite pasal tips la plak..heheh

    ReplyDelete

Dah baca..marilah komen plak..!