Wednesday, March 24, 2010

MAKANAN YANG MEREDAKAN STRESS

1) Dark Choc
~cari coklat yg mengandungi 70% koko atau lebih. Kerana lebih koko,lebih kandungan flavanoids (unsur merehatkan) yg mengurangkan stress. Coklat juga mempunyai phenethylamine (unsur menaikkan mood).

2) Susu skim
~minum susu rendah lemak membantu mengurangkan stress. Kajian menunjukkan wanita yg minum lebih 4 gelas susu rendah lemak atau susu skim setiap hari dapat mengurangkan simptom pre-PMS yg menyakitkan.

3) Oatmeal
~Sejenis karbohidrat yang menghasilkan serotonin (hormon penenang) yg membantu mengurangkan keinginan untuk makan yg berkarbohidrat tinggi. Oat mempunyai tinggi serat dan ini akan melambatkan proses penyerapan dan juga bermaksud kenyang lebih lama.

4) Salmon
~Kajian menunjukkan asid lemak omega-3 yang biasa terdapat dalam ikan salmon dapat mengurangkan simptom2 stress dengan meningkatkan serotonin. Makanan kaya omega-2 juga akan mengurangkan hormon cortisol dan adrenalin (hormon keresahan/stress).

5) Walnuts
~Kajian menunjukkan ia dapat mengurangkan tekanan darah. Sangat sesuai untuk mereka yg mempunyai darah tinggi!

6) Biji bunga Matahari
~Sumber folat terbaik yang membantu tubuh menghasilkan dopamine (sejenis brain-chemical yg membantu utk bertenang)

7) Bayam
~Kajian menunjukkan magnesium, (yg banyak terdapat pada sayuran hijau berdaun) yg berupaya meningkatkan daya tahan tubuh pada stress.

8) Blueberi
~Antioksidan yg terkandung dalam blueberi dapat mengurangkan hormon stress seperti cortisol dalam tubuh.

No comments:

Post a Comment

Dah baca..marilah komen plak..!