Wednesday, December 16, 2009

BERLARI LARI DI TAMAN

Cantik kan..mcm kt oversea..buat poskad pon leh ni...tempatnya tk la jauh sgt. Dalam putrajya ni jugak..tapi mmg pemandangan kt situ cantik. Angin pon bertiup lembut je..(jah sini ler tempat aku nk ajak ko berkelah tu)..tak sangka ada empangan kt sini. Hahah baru tau sebenarnya kewujudan tempat ni..
Ammar mmg suka berlari2 kt taman ni. So, nasib baik laa pulak ada banyak taman kt sini. So leh laa tukar2 taman. Takde laa boring..
Gambar Ammar ngan ayah kt bawah ni berlatar belakang kan jambatan sebelah ngan taman ni. Cantik kan. Hahaha sume cantik. Itu antara sebab ibu suka tinggal sini. Serba serbi teratur, cantik dan yg penting tak sesibuk tempat lain. Aman damai jer..Nak balik PD pon dekat.Hehehe..

Sebelah taman empangan ni, ada satu lagi taman. Tapi dikenali sebagai Pusat Maritim. Sini pon best juga. Ada kawasan untuk lepak2. Ada kawasan pantai berpasir (ada kolam kecik konon cm air laut laa) untuk kanak2 mandi2. Tapi Ammar ni tkmo mandi kt situ. Pijak pasir pantai pon tkmo. Geli agaknya. Kalau setakat nk lepak2 sini or bawa anak2 main lari2 best tau kt sini. Ada jugak kolam renang untuk mandi manda. Ermm banyak jugak kemudahan kt sini. Antara tau ngan tak tau je..hehehe..Tuh gmbar kt bawah tu Ammar tgh geli pijak pasir, berlatar belakangkan Pullman Hotel..

No comments:

Post a Comment

Dah baca..marilah komen plak..!