Monday, January 19, 2009

MY BEST FRIENDS

Semalam kan ibu cite pasal boyfriend-boyfriend ibu? Arini ibu nak sambung cite pasal bestfriend-bestfriend ibu plak.


Auntie Ann ni ibu kenal since primary school. Kitorang mula berkawan dari darjah 1 sampailaa skang. Kalau kira-kira dh 12tahun ooo persahabatan kitorg. Laaaamaanyaaaa...kalau ade anak dah leh amik UPSR tahun ni. (***hahahaha ibu salah kira daa..sebenonya udah 22 tahun persahabatan ibu ngan auntie ann ni...bukan takat UPSR tapi dh jadi anak bujang daaa..***) Hehehhee... Paling ibu ingat ttg auntie ann ni masa sekolah rendah dulu, ialah dia ni kalau ade jualan susu sekolah mesti dia beli ngan kuantiti yg banyak gile. Siyess ibu tk tipu. Kalau org lain beli setakat 1-2 kotak, tapi auntie ann mesti beli 1-2dozen. Banyak kan. Yelah susu tu sedap lepas tu murah lak tu. Tak silap ibu rege dia dulu 4posen ke 5posen untuk 1kotak. Skang tak dapat dah rege cmtu. Lagipon tah ade ke tak lagi program susu sekolah agaknya.


Kitorang sama kelas dari darjah 1 sampai darjah 5. Masa darjah 6 dia tukar kelas. Then masuk sekolah menengah, kitorg sama kelas balik masa kt tingkatan 2 dan 3. Auntie ann ni belajo pandai, so lepas PMR dia tukar sekolah pi MRSM Jasin. Ibu je stay kt sekolah ni sampai laa form 5. Gamaknya ibu sayang beno ngan sekolah ni. Hehehe. Masuk era Uni, keje sampai la dah kawin dan beranak pinak, we've still been bestfriends. Banyak woo rahsia ibu kt tangan dia. Spashly rahsia time skolah2 dulu ler. Skang ni tiap2 petang selalu la ibu dok ym ngan dia. Banyak cite yg masih kitorg kongsi sampai skang. She's my very good listener and advisor. Susah woo nk cari pendengar yg baik cm auntie ann ni.


Ok now turn Auntie Mai (Mazura) lak. Ibu kenal auntie mai dari primary school gak. Tapi sekelas ngan only in standard 6. Lepas tu sama kelas kt sekolah menengah. Ermm auntie mai ni orangnya pemalu, bersopan santun dan lemah lembut. Kalau cakap pon perlahan je. Ibu mula rapat ngan dia masa sama2 tinggal ngan cikgu siti hajar. Yelah dh tido pon sebilik, mesti laa rapat. After auntie ann pindah sekolah, ibu rapat ngan auntie mai ni la. Sama2 share cite suka dan duka. Ibu ingat lagi masa ibu jadi org tgh antara dia ngan seseorang. Sayangnya tak kesampaian. Takpela mai, you deserved a better man. Dan sekarang telah pon terbukti. Dah lahir pon Nur Sufiah Nabila yg comel bangat tu.


Both of them were my bestfriends. Ibu harap persahabatan ibu ngan diorg akan berkekalan sampai bila2.Love u friends!!

(Auntie Ann=baju merah, Auntie Mai=baju biru)

2 comments:

Dah baca..marilah komen plak..!